Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim akan menggunakan sesiapa sahaja termasuk bekas Menteri Besar
Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib demi menyudahkan matlamatnya
menjadi Menteri Besar negeri itu, kata Penganalisis Politik Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain.Atory berkata walaupun Mat Taib pernah terpalit dengan tuduhan salah urus wang sehingga terpaksa meletak jawatan sebagai menteri besar pada tahun 1998, ia tidak menjadi masalah kepada Anwar.
"Anwar Ibrahim dia akan menggunakan siapa sahaja yang boleh membantu dia.Dia pun (Anwar) sama-sama bermasalahlah dengan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib," katanya kepada Antarapos.
Atory berkata dengan meraih sokongan Mat Taib, Anwar juga berupaya memperluaskan pengaruhnya dalam PAS.
"Dia (Mat Taib) dah masuk Pakatan Rakyat (Pakatan), kerusinya masuk PAS, tentulah mempunyai akses yang lebih untuk Anwar dapatkan kerjasama daripada Mat Taib untuk membantu Selangor.
Mat Taib sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Umno pada tahun 2000, dan Ketua Penerangan Umno pada 2008.
Beliau juga pernah menganggotai Kabinet di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Muhammad pada 1986 hingga 1997 menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada 11 April 1998, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia.
Bagaimanapun pada tahun 2008, beliau menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah namun digugurkan daripada kabinet pada tahun 2009.
Tahun lalu Mat Taib membuat kejutan apabila menyertai PAS dan membantu parti itu memenangi 15 kerusi di Selangor pada pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun Mat Taib berkata beliau bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Anwar dalam sebarang peranan yang difikirkan sesuai.
Anwar baru-baru ini mengumumkan akan membawa masuk bekas veteran Umno itu, ke dalam pentadbiran Selangor selepas selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Mac nanti.
Ketua pembangkang itu juga berkata, kepakaran program desa yang dimiliki Muhammad juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan