SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 9 Februari 2014

Sayang Nya Haramkah Pada Teresa KOk.....Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap???


Photo: Sayang Nya Haramkah Pada Teresa KOk.....Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap???Dalam Harakahdaily.net lidah rasmi parti Pas pada hari ini memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Pas dan Dap untuk mengecam tindakan NGO Melayu yang dianggap kononnya membuat tindakan jahiliyah yang bertentangan dengan dunia moden yang berpaksikan kematangan dan intelektual yang tinggi.

Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap.

Persoalannya sekarang dimanakah pemimpin Pas ketika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat.

Kenapa pemimpin Pas jadi bisu apabila berhadapan dengan Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi adalah bercanggah dengan usaha perdamaian.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 120 mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang tetap menegaskan bahawa khutbah Jumaat perlu diubah.

Kenapa pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam hanya diam membisu dalam isu penghinaan khutbah Jumaat ini sedangkan apabila pemimpin zionis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikecam Pas bingkas bangun mempertahankan seolah-olah mereka itu pemimpin Islam.

Jika dilihat senario perbuatan biadap mereka ini memang sepatutnya mereka ini dikecam sebegitu rupa mungkin pemimpin Pas sudah termakan budi jadi nak tak nak mereka terpaksa mempertahankan pemimpin Dap daripada diganggu.

Oleh itu Pas usah dabik dada mengatakan parti mereka memperjuangkan Islam dan hentikanlah penipuan terhadap umat Islam yang dibuat dalam setiap ceramah di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.

Kasihanilah penduduk kampung yang tidak berdosa yang pernah ditipu oleh pemimpin Pas. Demi untuk mendapatkan kuasa bersama dengan pemimpin Dap mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Dalam Harakahdaily.net lidah rasmi parti Pas pada hari ini memberi ruang seluas-luasnya kepada pemimpin Pas dan Dap untuk mengecam tindakan NGO Melayu yang dianggap kononnya membuat tindakan jahiliyah yang bertentangan dengan dunia moden yang berpaksikan kematangan dan intelektual yang tinggi.

Lidah rasmi Pas membuat 7 posting yang berkaitan dengan kecaman yang dianggap menghina Teresa Kok dan pemimpin Dap.

Persoalannya sekarang dimanakah pemimpin Pas ketika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan khutbah Jumaat.

Kenapa pemimpin Pas jadi bisu apabila berhadapan dengan Lim Kit Siang?

Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi adalah bercanggah dengan usaha perdamaian.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T dalam surah Al Baqarah ayat 120 mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang tetap menegaskan bahawa khutbah Jumaat perlu diubah.

Kenapa pemimpin parti yang dikatakan memperjuangkan Islam hanya diam membisu dalam isu penghinaan khutbah Jumaat ini sedangkan apabila pemimpin zionis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dikecam Pas bingkas bangun mempertahankan seolah-olah mereka itu pemimpin Islam.

Jika dilihat senario perbuatan biadap mereka ini memang sepatutnya mereka ini dikecam sebegitu rupa mungkin pemimpin Pas sudah termakan budi jadi nak tak nak mereka terpaksa mempertahankan pemimpin Dap daripada diganggu.

Oleh itu Pas usah dabik dada mengatakan parti mereka memperjuangkan Islam dan hentikanlah penipuan terhadap umat Islam yang dibuat dalam setiap ceramah di ceruk-ceruk kampung dan pedalaman.

Kasihanilah penduduk kampung yang tidak berdosa yang pernah ditipu oleh pemimpin Pas. Demi untuk mendapatkan kuasa bersama dengan pemimpin Dap mereka sanggup melakukan apa sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan