SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 9 Februari 2014

Photo: PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PKR EKORAN SURAT KELUAR PARTI 'MAIN-MAIN' ADUN HUTAN MELINTANG????Pengakuan seorang lelaki bahawa dia yang menghantar surat keluar parti oleh ADUN Hutan Melintang dari PKR, S.Kesavan kepada Speaker DUN Perak dalam drama yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Kesavan sendiri, sepatutnya dipandang berat dan serius. Malahan, sepatutnya tindakan dari segi undang-undang perlu diambil memandangkan Kesavan dan PKR sedang cuba berdrama bagi tujuan menimbulkan kekacauan.

Daripada maklumat lelaki berkenaan yang mengaku 'orang tidak dikenali' telah mengupahnya untuk menghantar surat tersebut, semuanya berlangsung dalam program anjuran PKR yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Kesavan. Anwar Ibrahim dan Kesavan dilihat berbincang. Surat berkenaan pula telah ditulis lebih awal oleh Kesavan.

Apabila surat tersebut disiarkan dan diterima oleh Speaker DUN Perak, beberapa orang pemimpin PKR segera berdrama. Kesavan kemudiannya kelam-kabut membuat penafian dan mengecam orang yang telah 'menfitnah' dan 'memalsukan' surat berkenaan. Dia kemudiannya membuat laporan polis.

Menurut Kesavan, dia hanya tahu tentang surat tersebut menerusi Whatsapp pada pukul 2:00 petang, sedangkan surat tersebut hanya diserahkan kepada Speaker DUN Perak pada jam 2:30 petang. Dengan kata lain, Kesavan telah mengetahui lebih awal surat berkenaan dan dia sudah terlepas cakap.

Pengakuan lelaki itu bahawa semuanya telah dirancang menjadikan laporan polis yang dibuat oleh Kesavan adalah palsu. Membuat laporan polis palsu boleh menyebabkan seseorang itu jikalau didapati bersalah, akan didenda dan dihukum penjara.

Anwar Ibrahim dan PKR cuba bikin kecoh dan mengalihkan beberapa isu besar melibatkan PKR dan dirinya sendiri. Justeru, dia cuba membuatkan rakyat Malaysia sentiasa sibuk dengan isu-isu yang dicetuskan oleh PKR.
PIHAK BERKUASA PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PKR EKORAN SURAT KELUAR PARTI 'MAIN-MAIN' ADUN HUTAN MELINTANG????Pengakuan seorang lelaki bahawa dia yang menghantar surat keluar parti oleh ADUN Hutan Melintang dari PKR, S.Kesavan kepada Speaker DUN Perak dalam drama yang melibatkan Anwar Ibrahim dan Kesavan sendiri, sepatutnya dipandang berat dan serius. Malahan, sepatutnya tindakan dari segi undang-undang perlu diambil memandangkan Kesavan dan PKR sedang cuba berdrama bagi tujuan menimbulkan kekacauan.

Daripada maklumat lelaki berkenaan yang mengaku 'orang tidak dikenali' telah mengupahnya untuk menghantar surat tersebut, semuanya berlangsung dalam program anjuran PKR yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim dan Kesavan. Anwar Ibrahim dan Kesavan dilihat berbincang. Surat berkenaan pula telah ditulis lebih awal oleh Kesavan.

Apabila surat tersebut disiarkan dan diterima oleh Speaker DUN Perak, beberapa orang pemimpin PKR segera berdrama. Kesavan kemudiannya kelam-kabut membuat penafian dan mengecam orang yang telah 'menfitnah' dan 'memalsukan' surat berkenaan. Dia kemudiannya membuat laporan polis.

Menurut Kesavan, dia hanya tahu tentang surat tersebut menerusi Whatsapp pada pukul 2:00 petang, sedangkan surat tersebut hanya diserahkan kepada Speaker DUN Perak pada jam 2:30 petang. Dengan kata lain, Kesavan telah mengetahui lebih awal surat berkenaan dan dia sudah terlepas cakap.

Pengakuan lelaki itu bahawa semuanya telah dirancang menjadikan laporan polis yang dibuat oleh Kesavan adalah palsu. Membuat laporan polis palsu boleh menyebabkan seseorang itu jikalau didapati bersalah, akan didenda dan dihukum penjara.

Anwar Ibrahim dan PKR cuba bikin kecoh dan mengalihkan beberapa isu besar melibatkan PKR dan dirinya sendiri. Justeru, dia cuba membuatkan rakyat Malaysia sentiasa sibuk dengan isu-isu yang dicetuskan oleh PKR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan