Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP
Khairi Ahrasa polis akan memanggil anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok
dalam masa terdekat bagi menyiasat klip
video ‘Onederful Malaysia CNY 2014′ selepas tiga pelakon dalam klip
video itu memberi keterangan mereka semalam di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur.Selain Kok, polis juga akan memanggil beberapa individu yang membuat laporan polis berhubung klip video itu bagi melihat apakah sentimen yang dikatakan mendatangkan kegusaran kepada rakyat negara ini.
Khairi berkata apabila selesai siasatan itu kelak, pihaknya akan merujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Dalam klip video berdurasi hampir 12 minit itu, Kok berlakon sebagai pengacara yang menemu ramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina baru-baru ini dan mereka mengeluarkan kenyataan menyindir, antaranya mengenai pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.
Antara yang paling menimbulkan kemarahan ialah kata-kata yang menghina Sabah “…anda boleh melancong ke Sabah dan berpeluang melihat lanun dengan pertunjukan bonus penculikan dan babak tembakan,”
Dialog ini memberi tafsiran Sabah sudah tidak selamat kepada Pelancong asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan