SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Februari 2014

PBS: Guru Perlu Laksana Dasar Kerajaan, Bukan Persoal????

Photo: PBS: Guru Perlu Laksana Dasar Kerajaan, Bukan Persoal????GURU adalah kakitangan kerajaan yang dibayar gaji untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan.  Dalam hal ini kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lepas - kerajaan BN.

Suka atau tidak rakyat pilih BN dan BN memperkenalkan dasar pendidikan untuk meningkatkan mutu pelajar sekolah di negara in, guru-guru tidak ada pilihan lain, melainkan ikut dasar tersebut, tak nak ikut, sila berhenti dan mengajar di PASTI atau pusat tuisyen dan sekolah swasta.

Pilihan banyak.

Jangan jadi macam sekarang, dok complaint complaint, sehingga ke tahap nak berdemo menentang dasar yang telah ditetapkan kerajaan pilihan rakyat - kerajaan BN, terutama dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak dibawah sistem ini, penulis tidak mempunyai sebarang rungutan.   Sistem ini tidak membandingkan pelajar A dengan pelajar B (seperti dasar lama), tapi penilaian berdasarkan keupayaan pelajar itu sendiri.

Contoh, setelah 4 bulan berada di Darjah 1, apakah tahap yang pelajar itu perlu menguasai, membaca, mengira?Kalau mencapai tahap yang ditetapkan (band), oklah, kalau tak capai, guru dan sekolah berkenaan perlu buat sesuatu supaya pelajar ini tidak ketinggalan, apa yang lebih baik dari itu?

Itu hanya contoh, sebetulnya dia lebih kompleks dari itu, membaca pun tahap macam mana, merangkak, fasih dan sebagainya.

Jangan lupa, penulis adalah bapa dan juga pengundi BN, maka penulis ada segala hak dalam di Malaysia ini untuk mengkritik para guru jenis yang sukar terima perubahan dan ikut gaya pembangkang.

Masalah sistem PBS ini adalah dengan guru, merungut kerana tak boleh nak update data waktu siang, taknak buat kerja lebih walaupun waktu kerja guru-guru di negara ini adalah jauh lebih singkat dari kakitangan-kakitangan awam yang seperti mereka – tak sampai 8 jam sehari waktu bekerja rasmi.

Bukan rahsia, ramai guru ada terlalu banyak masa untuk buat kerja luar – ajar tuisyen, dirumah atau dipusat tuisyen untuk dapat duit lebih.  Oh, yang itu ada masa, nak update sistem yang kau dibayar gaji untuk melakukannya, takda masa?

Ada lebih 400,000 guru di Malaysia ini dan mungkin separuh dari itu terlibat dengan PBS (sistem lama masih ada).  Dari segi logiknya bila beratus ribu cuba masuk satu pengkalan data untuk kemaskini sistem, apa sistem dalam dunia pun jammed, itupun bodoh benar tak boleh fikir ka?

Kenapa tidak beri peluang kepada Kementerian Pendidikan untuk membaiki sistem ini terlebih dahulu seperti langkah membekukan sementara sistem PBS ini sehingga April yang diambil Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin?

Tapi ada kelompok guru ini nak juga meneruskan demo sebab tak mahu sistem ini dikaji, sebaliknya dihapuskan, eh, siapa kerajaan?  Guru kerja makan gaji dengan kerajaan, ikut sajalah sistem yang ditetapkan Kementerian.  Payahlah dalam dunia bila kakitangan persoal dasar syarikat – umpamanya.

Maka itu penulis sokong kalau guru yang berdemonstrasi pada 22hb ini diambil tindakan tatatertib, pecat dan sebagainya.  Malaysia ini dah cukup banyak ahlil politik, jangan kat sekolah pun ada ahlil politik juga.  Guru yang kat sekolah tu semua hanyalah pekerja, dan tidak ada pekerja boleh lawan taukeh, as simple as that.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu ambil tindakan tegas.  Elok ikut tauladan zaman Tun Dr. Mahathir dulu.  Masa zaman Mahathir, dia tunjuk kepada semua kakitangan awam siapa sebenarnya ketua, langsung tidak ada yang berani angkat muka.

Guru-guru semua sila akur, ini zaman ikut dasar kerajaan, bukan persoal kerajaan, pilih kerajaan pun bukan sebab pRU13 dah berakhir dan BN menang.

Kita tahu majoriti guru nak Anwar jadi Perdana Menteri, maaflah, rakyat Malaysia dah pilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan beliau, maka itu, sila ikut dasar ditetapkan kerajaan.GURU adalah kakitangan kerajaan yang dibayar gaji untuk melaksanakan dasar yang telah ditetapkan kerajaan. Dalam hal ini kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lepas - kerajaan BN.

Suka atau tidak rakyat pilih BN dan BN memperkenalkan dasar pendidikan untuk meningkatkan mutu pelajar sekolah di negara in, guru-guru tidak ada pilihan lain, melainkan ikut dasar tersebut, tak nak ikut, sila berhenti dan mengajar di PASTI atau pusat tuisyen dan sekolah swasta.

Pilihan banyak.

Jangan jadi macam sekarang, dok complaint complaint, sehingga ke tahap nak berdemo menentang dasar yang telah ditetapkan kerajaan pilihan rakyat - kerajaan BN, terutama dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).

Sebagai ibubapa yang mempunyai anak dibawah sistem ini, penulis tidak mempunyai sebarang rungutan. Sistem ini tidak membandingkan pelajar A dengan pelajar B (seperti dasar lama), tapi penilaian berdasarkan keupayaan pelajar itu sendiri.

Contoh, setelah 4 bulan berada di Darjah 1, apakah tahap yang pelajar itu perlu menguasai, membaca, mengira?Kalau mencapai tahap yang ditetapkan (band), oklah, kalau tak capai, guru dan sekolah berkenaan perlu buat sesuatu supaya pelajar ini tidak ketinggalan, apa yang lebih baik dari itu?

Itu hanya contoh, sebetulnya dia lebih kompleks dari itu, membaca pun tahap macam mana, merangkak, fasih dan sebagainya.

Jangan lupa, penulis adalah bapa dan juga pengundi BN, maka penulis ada segala hak dalam di Malaysia ini untuk mengkritik para guru jenis yang sukar terima perubahan dan ikut gaya pembangkang.

Masalah sistem PBS ini adalah dengan guru, merungut kerana tak boleh nak update data waktu siang, taknak buat kerja lebih walaupun waktu kerja guru-guru di negara ini adalah jauh lebih singkat dari kakitangan-kakitangan awam yang seperti mereka – tak sampai 8 jam sehari waktu bekerja rasmi.

Bukan rahsia, ramai guru ada terlalu banyak masa untuk buat kerja luar – ajar tuisyen, dirumah atau dipusat tuisyen untuk dapat duit lebih. Oh, yang itu ada masa, nak update sistem yang kau dibayar gaji untuk melakukannya, takda masa?

Ada lebih 400,000 guru di Malaysia ini dan mungkin separuh dari itu terlibat dengan PBS (sistem lama masih ada). Dari segi logiknya bila beratus ribu cuba masuk satu pengkalan data untuk kemaskini sistem, apa sistem dalam dunia pun jammed, itupun bodoh benar tak boleh fikir ka?

Kenapa tidak beri peluang kepada Kementerian Pendidikan untuk membaiki sistem ini terlebih dahulu seperti langkah membekukan sementara sistem PBS ini sehingga April yang diambil Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin?

Tapi ada kelompok guru ini nak juga meneruskan demo sebab tak mahu sistem ini dikaji, sebaliknya dihapuskan, eh, siapa kerajaan? Guru kerja makan gaji dengan kerajaan, ikut sajalah sistem yang ditetapkan Kementerian. Payahlah dalam dunia bila kakitangan persoal dasar syarikat – umpamanya.

Maka itu penulis sokong kalau guru yang berdemonstrasi pada 22hb ini diambil tindakan tatatertib, pecat dan sebagainya. Malaysia ini dah cukup banyak ahlil politik, jangan kat sekolah pun ada ahlil politik juga. Guru yang kat sekolah tu semua hanyalah pekerja, dan tidak ada pekerja boleh lawan taukeh, as simple as that.

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri perlu ambil tindakan tegas. Elok ikut tauladan zaman Tun Dr. Mahathir dulu. Masa zaman Mahathir, dia tunjuk kepada semua kakitangan awam siapa sebenarnya ketua, langsung tidak ada yang berani angkat muka.

Guru-guru semua sila akur, ini zaman ikut dasar kerajaan, bukan persoal kerajaan, pilih kerajaan pun bukan sebab pRU13 dah berakhir dan BN menang.

Kita tahu majoriti guru nak Anwar jadi Perdana Menteri, maaflah, rakyat Malaysia dah pilih Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Muhyiddin sebagai Timbalan beliau, maka itu, sila ikut dasar ditetapkan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan