KAJANG -
Keputusan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh
dari PKR meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu ternyata mengundang pelbagai respon negatif daripada pengundi di situ.
Suri rumah, Salabiah Simat, 37, berkata, tindakan Chin Cheh itu dianggap tidak amanah dan menganiaya pengundi yang telah mengundi beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 lalu.
"Saya rasa dia memang tidak amanah semasa PRU-13 sebelum ini, sepatutnya beliau tidak meletakkan jawatan beliau kerana pengundi telah memilih sebagai wakil rakyat.
"Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan ini juga tidak perlu diadakan kerana ianya jelas membazir," katanya kepada Rakyatnews di Sungai Kantan di sini.
Sementara itu bagi kakitangan kerajaan,Mad Yusof Mad Yunos, 60, perletakan jawatan tersebut adalah tindakan yang mengejutkan dan mampu mengganggu keharmonian penduduk di Kajang.
"Dalam keadaan yang boleh dikatakan agak selesa yang membawa maksud penduduk tempatan menikmati keharmonian tetapi tiba-tiba ADUN yang telah dipilih oleh rakyat meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab.
"Keperluan mengadakan PRK itu memang terletak di tangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi pada pandapat saya ianya jelas menunjukkan pembaziran yang terpaksa ditanggung kerajaan," ujarnya.
Bagi seorang pemandu teksi, Ahmad Fauzi Sharif, 56, tindakan tersebut perlu dipersoalkan kerana ianya jelas hanya permainan politik di dalam PKR itu sendiri.
Katanya, pencalonan Anwar untuk menggantikan tempat Chin Cheh perlu disiasat kerana niat tersembunyi beliau terhadap kawasan Kajang meragukan.
"PRK ini hanya pembaziran, persoalannya mengapa ADUN terbabit perlu meletakkan jawatan dan mengapa Anwar Ibrahim perlu bertanding di sini dan mengganggu orang di Kajang.
"Kita tidak tahu apa dalam fikiran dia (Anwar) jadi ianya meragukan apa yang bakal beliau lakukan di Kajang," katanya.
Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.
Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tempoh berkempen selama dua minggu bermula selepas tarikh penamaan calon yang dijadualkan pada 11 Mac

Tiada ulasan:
Catat Ulasan