SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 12 Februari 2014

Anwar gagal lagi gugur Shafee dalam kes liwatnya????

Photo: Anwar gagal lagi gugur Shafee dalam kes liwatnya????Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad  Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya.

Pasukan panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan, permohonan Anwar tidak berjaya ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.

"Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan Mat Zain yang hanya dibuat diluar dan beliau tidak hadir.

"Jadi kami tidak boleh terima itu," katanya .

Lain-lain panel hakim hari ini terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Zaleha Zahari dan Jefrey Tan Kok Wha.

Anwar dalam pada itu berkata adalah sukar untuk menerima keputusan itu bagaimanapun menegaskan akan terus lawan.

"Susah untuk lawan peguam Umno , dan mereka selalu menggunakan peguam Umno," kata Anwar.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada 28 Januari lalu tetapi ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari yang sama bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, panel hakim tersebut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD berkenaan iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

Cubaan kali kedua untuk menggugurkan Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pihak pendakwaan pula mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya.

Pasukan panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan, permohonan Anwar tidak berjaya ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.

"Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan Mat Zain yang hanya dibuat diluar dan beliau tidak hadir.

"Jadi kami tidak boleh terima itu," katanya .

Lain-lain panel hakim hari ini terdiri daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Zaleha Zahari dan Jefrey Tan Kok Wha.

Anwar dalam pada itu berkata adalah sukar untuk menerima keputusan itu bagaimanapun menegaskan akan terus lawan.

"Susah untuk lawan peguam Umno , dan mereka selalu menggunakan peguam Umno," kata Anwar.

Rayuan tersebut sepatutnya didengar pada 28 Januari lalu tetapi ditangguhkan selepas peguam Tommy Thomas yang mewakili Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari yang sama bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.

Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan, permohonan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang merit dan hanya bersandarkan kepada akuan berkanun Mat Zain yang bersifat dengar cakap (hearsay).

Hakim tersebut turut menyatakan, akuan berkanun terbabit merupakan satu perkara yang remeh dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rayuan kes liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Selain itu, panel hakim tersebut menyatakan, terdapat kecacatan tersembunyi dalam akuan berkanun terbabit iaitu percanggahan identiti pembuat SD berkenaan iaitu nombor kad pengenalan dan alamat telah dipadamkan.

Cubaan kali kedua untuk menggugurkan Shafee dilakukan oleh Anwar setelah usaha kali pertamanya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September 2013 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November tahun sama.

Permohonan pertama Anwar untuk menggugurkan Shafee adalah berdasarkan kelayakan pelantikan beliau dan atas alasan wujud percanggahan kepentingan kerana peguam terkenal itu dikatakan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar.

Pihak pendakwaan pula mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan tersebut.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berusia 67 tahun itu didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan