GOMBAK Bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa kerisauan beliau
sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri
Besar di Selangor.
Dr. Mahathir mendakwa, "rakyat tidak akan selamat" sekiranya Anwar menjadi Menteri Besar di negeri itu.
"Tentulah saya 'takut'. Rakyat tidak akan selamat. Dia akan lebih terpengaruh (bila menjadi menteri besar nanti) dengan kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang dia suka," kata Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir mengulas dakwaan Anwar dalam ceramah di Kajang pada 17 Februari lalu bahawa bekas Perdana Menteri itu takut sekiranya beliau menjadi Menteri Besar.
"Saya fikir dia tidak layak jadi Menteri Besar. Dia tubuh satu parti semata-mata untuk tentukan dia jadi Perdana Menteri bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air. Cuma untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.
"Masuk dalam UMNO pun pasal nak jadi Perdana Menteri. Bukan nak berjuang pasal UMNO pun," kata Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran dan pengumuman Prof. Johan Galtung untuk menduduki Kerusi Yayasan Keamanan Perdana Global (PGPF) Tun Dr Mahatir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Sementara itu, Dr. Mahathir menegaskan Barisan Nasional (BN) mesti bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac nanti.
"Tak kiralah UMNO, MCA atau Gerakan. Yang penting BN mesti bertanding.
"Siapa pun boleh bertanding bukan sahaja pemimpin nasional. Herman Tino pun layak bertanding. Dalam sistem kita mereka boleh bertanding," kata Dr. Mahathir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan