SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Februari 2014

Mat Taib Pilihan Anwar Bimbing Teraju Selangor Bukti Hanya UMNO Layak????

Photo: Mat Taib Pilihan Anwar Bimbing Teraju Selangor Bukti Hanya UMNO Layak????Kenyataan Anwar Ibrahim yang akan membawa masuk veteran UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor bakal meminggirkan para pemimpin pakatan yang tidak layak dan tidak berkalibar untuk mentadbir Selangor. Ini secara tidak langsung memberi pengiktirafan bahawa sesungguhnya hanya UMNO yang layak mentadbir Selangor. Pakatan telah membuktikan kegagalan mereka dalam hal pentadbiran.

Kita memang tahu bahawa Anwar Ibrahim ini mempunyai terlalu banyak kelemahan dan kejahatan dalam diri beliau namun satu perkara yang kita tidak boleh sangkal adalah kelebihan beliau menilai kredibiliti dan potensi pemimpin seperti Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Modus operandi pembangkang yang bertubi-tubi menyerang peribadi para pemimpin berkalibar UMNO sememangnya bertujuan memberi tekanan kepada pemimpin tersebut untuk keluar dari UMNO dan mereka akan segera merampas pemimpin tersebut untuk mentadbir negeri-negeri yang mereka dapat tawan. Namun hakikat ini tidak mampu dilihat oleh pemimpin tertinggi kita. Sepatutnya kita tidak menari mengikut rentak mereka kerana ini akan menjadi punca utama kekalahan kita.

Kerajaan perlu berfikir dan bertindak sepuluh langkah ke hadapan bagi memastikan kita tidak terus dipermainkan oleh pembangkang. Kejayaan pentadbiran Tun Mahathir sebelum ini kerana Tun mampu berfikir lebih sepuluh langkah kehadapan sehingga melumpuhkan pembangkang. Namun kita kalah apabila pembangkang menyerang peribadi pemimpin hebat seperti Tun dan lain-lain lagi sehingga membawa kepada perletakan jawatan Tun.

Anwar dengan megah telah mengistiharkan pengiktirafan terhadap Tan Sri Muhammad Taib. Tan Sri tetap manusia biasa. Beliau tidak mampu bertahan apabila terdapat gerakan sulit “menghentam” beliau secara berterusan. Anwar pula telah bertindak secara berbeza dengan mengiktiraf kepakaran program desa yang dimiliki Mat Taib juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor. Tambahan pula Selangor amat maju dalam pentadbiran Mat Taib sebelum ini.

Mat Taib yang kecewa setelah ditindas oleh pakatan sulit “seseorang” telah mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia. Manakala jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009).

Anwar seperti biasa akan meghalalcarakan apa sahaja perbuatan beliau apabila dalam ceramahnya turut mempersoalkan pertikaian berhubung kempen PRK DUN Kajang PKR yang dilakukan di luar waktu berkempen. Kepakaran Anwar yang sentiasa mencabar perundangan negara perlu diambil tindakan. Rakyat memang muak dengan sikap jahat beliau.

Rakyat mahu kerajaan bertindak tegas terhadap para pemimpin pakatan pembangkang yang melanggar peraturan, undang-undang, perlembagaan dan adab sopan negara demi kesejahteraan negara. Sikap terlalu berlembut pihak yang bertanggungjawab dalam Kementerian Dalam Negeri terhadap pesalah pemimpin pakatan pembangkang membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah mereka ini talibarut pembangkang sehingga membiarkan undang-undang negara terus dipermainkan sesuka hati.Kenyataan Anwar Ibrahim yang akan membawa masuk veteran UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor bakal meminggirkan para pemimpin pakatan yang tidak layak dan tidak berkalibar untuk mentadbir Selangor. Ini secara tidak langsung memberi pengiktirafan bahawa sesungguhnya hanya UMNO yang layak mentadbir Selangor. Pakatan telah membuktikan kegagalan mereka dalam hal pentadbiran.

Kita memang tahu bahawa Anwar Ibrahim ini mempunyai terlalu banyak kelemahan dan kejahatan dalam diri beliau namun satu perkara yang kita tidak boleh sangkal adalah kelebihan beliau menilai kredibiliti dan potensi pemimpin seperti Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Modus operandi pembangkang yang bertubi-tubi menyerang peribadi para pemimpin berkalibar UMNO sememangnya bertujuan memberi tekanan kepada pemimpin tersebut untuk keluar dari UMNO dan mereka akan segera merampas pemimpin tersebut untuk mentadbir negeri-negeri yang mereka dapat tawan. Namun hakikat ini tidak mampu dilihat oleh pemimpin tertinggi kita. Sepatutnya kita tidak menari mengikut rentak mereka kerana ini akan menjadi punca utama kekalahan kita.

Kerajaan perlu berfikir dan bertindak sepuluh langkah ke hadapan bagi memastikan kita tidak terus dipermainkan oleh pembangkang. Kejayaan pentadbiran Tun Mahathir sebelum ini kerana Tun mampu berfikir lebih sepuluh langkah kehadapan sehingga melumpuhkan pembangkang. Namun kita kalah apabila pembangkang menyerang peribadi pemimpin hebat seperti Tun dan lain-lain lagi sehingga membawa kepada perletakan jawatan Tun.

Anwar dengan megah telah mengistiharkan pengiktirafan terhadap Tan Sri Muhammad Taib. Tan Sri tetap manusia biasa. Beliau tidak mampu bertahan apabila terdapat gerakan sulit “menghentam” beliau secara berterusan. Anwar pula telah bertindak secara berbeza dengan mengiktiraf kepakaran program desa yang dimiliki Mat Taib juga amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor. Tambahan pula Selangor amat maju dalam pentadbiran Mat Taib sebelum ini.

Mat Taib yang kecewa setelah ditindas oleh pakatan sulit “seseorang” telah mengumumkan menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Beliau juga telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia. Manakala jawatan tertinggi yang pernah dipegangnya adalah naib presiden Umno (2000-2003), dan ketua penerangan Umno (2008-2009).

Anwar seperti biasa akan meghalalcarakan apa sahaja perbuatan beliau apabila dalam ceramahnya turut mempersoalkan pertikaian berhubung kempen PRK DUN Kajang PKR yang dilakukan di luar waktu berkempen. Kepakaran Anwar yang sentiasa mencabar perundangan negara perlu diambil tindakan. Rakyat memang muak dengan sikap jahat beliau.

Rakyat mahu kerajaan bertindak tegas terhadap para pemimpin pakatan pembangkang yang melanggar peraturan, undang-undang, perlembagaan dan adab sopan negara demi kesejahteraan negara. Sikap terlalu berlembut pihak yang bertanggungjawab dalam Kementerian Dalam Negeri terhadap pesalah pemimpin pakatan pembangkang membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah mereka ini talibarut pembangkang sehingga membiarkan undang-undang negara terus dipermainkan sesuka hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan