SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Februari 2014

Macam biasa...bicara rayuan kes liwat Anwar kena tangguh?????

Photo: Macam biasa...bicara rayuan kes liwat Anwar kena tangguh?????Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan petang Rabu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula saksi pendakwaan bekas pegawai polis Supt Jude Blacious Pereira.

Pereira ialah pegawai polis yang diberi tanggongjawab urus sampel air mani kes liwat Saiful.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian berhujah minta TANGGUH untuk buat rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan hakim menolak panggil Pereira itu.

Kalau dimbas kembali masa perbicaraan asal kes liwat ini dulu ia kena tangguh berkali-kali kerana pelbagai karenah di pihak Anwar.

Sebelum buat keputusan tolak panggil Pereira Hakim tangguhkan perbicaraan selama 10 minit...Panel hakim kemudiannya memberitahu, mereka menerima permohonan Karpal dan kes akan disebut semula pada 28 Febuari depan.

Sepatutnya perbicaraan rayuan itu ditetapkan hari ini (Rabu) dan esok Khamis.

BACA JUGA Pemimpin bertaraf dunia ke mahkamah tanpa penyokong

Karpal mempertikaikan peranan Shafee dalam ikuiri berkenaan dan  dalam kes rayuan kali ini sebagai bercanggah dengan Peraturan 3 (a) dan 5 (a) Etika Perjawatan Perundangan 1976.

Karpal seterusnya memberitahu mahkamah bahawa Shafee pernah didenda RM5000 oleh Majlis Peguam.

Shafee bangun membantah kenyataan Karpal yang menurutnya adalah pendekatan mengikut "pintu belakang" untuk membangkitkan isu denda berkenaan.

Ram Singh yang berhujah selepas Karpal berkata ketika Pereira memberi keterangan, keputusan inkuiri SUHAKAM belum dikeluarkan lagi.

Katanya sekiranya laporan inkuiri itu dikeluarkan lebih awal, sudah tentu hakim ketika itu yang memutuskan memanggil Anwar membela diri sudah pasti akan membuat keputusan yang berbeza.

Dalam hujah balas pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria berkata laporan SUHAKAM diperolehi semasa perbicaraan Anwar sedang berlangsung. Katanya prosiding perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 dan Anwar dipanggil membela diri pada 11 Mei, 2011.

Hanafiah berkata Seksyen 61 diperuntukkan untuk mendapatkan bukti tambahan dan bukan untuk memanggil saksi tambahan.

Katanya kredibiliti Pereira dibangkitkan bukan sahaja semasa pendakwaan tetapi juga ketika pembelaan.

Shafee selepas itu menyambung pendakwaraya berkata di bawah Seksyen 61, Karpal mesti menjelaskan pengenalan tambahan yang dia mahukan.Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan petang Rabu menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula saksi pendakwaan bekas pegawai polis Supt Jude Blacious Pereira.

Pereira ialah pegawai polis yang diberi tanggongjawab urus sampel air mani kes liwat Saiful.

Peguam Anwar, Karpal Singh kemudian berhujah minta TANGGUH untuk buat rayuan di Mahkamah Persekutuan mengenai keputusan hakim menolak panggil Pereira itu.

Kalau dimbas kembali masa perbicaraan asal kes liwat ini dulu ia kena tangguh berkali-kali kerana pelbagai karenah di pihak Anwar.

Sebelum buat keputusan tolak panggil Pereira Hakim tangguhkan perbicaraan selama 10 minit...Panel hakim kemudiannya memberitahu, mereka menerima permohonan Karpal dan kes akan disebut semula pada 28 Febuari depan.

Sepatutnya perbicaraan rayuan itu ditetapkan hari ini (Rabu) dan esok Khamis.

BACA JUGA Pemimpin bertaraf dunia ke mahkamah tanpa penyokong

Karpal mempertikaikan peranan Shafee dalam ikuiri berkenaan dan dalam kes rayuan kali ini sebagai bercanggah dengan Peraturan 3 (a) dan 5 (a) Etika Perjawatan Perundangan 1976.

Karpal seterusnya memberitahu mahkamah bahawa Shafee pernah didenda RM5000 oleh Majlis Peguam.

Shafee bangun membantah kenyataan Karpal yang menurutnya adalah pendekatan mengikut "pintu belakang" untuk membangkitkan isu denda berkenaan.

Ram Singh yang berhujah selepas Karpal berkata ketika Pereira memberi keterangan, keputusan inkuiri SUHAKAM belum dikeluarkan lagi.

Katanya sekiranya laporan inkuiri itu dikeluarkan lebih awal, sudah tentu hakim ketika itu yang memutuskan memanggil Anwar membela diri sudah pasti akan membuat keputusan yang berbeza.

Dalam hujah balas pendakwaan, Timbalan Pendakwaraya Mohd Hanafiah Zakaria berkata laporan SUHAKAM diperolehi semasa perbicaraan Anwar sedang berlangsung. Katanya prosiding perbicaraan bermula pada 3 Februari 2010 dan Anwar dipanggil membela diri pada 11 Mei, 2011.

Hanafiah berkata Seksyen 61 diperuntukkan untuk mendapatkan bukti tambahan dan bukan untuk memanggil saksi tambahan.

Katanya kredibiliti Pereira dibangkitkan bukan sahaja semasa pendakwaan tetapi juga ketika pembelaan.

Shafee selepas itu menyambung pendakwaraya berkata di bawah Seksyen 61, Karpal mesti menjelaskan pengenalan tambahan yang dia mahukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan