Pemerhatian penulis di laman media sosial berkenaan PRK Kajang
menyaksikan kebanyakan kempen haram yang sedang dianjurkan oleh PKR
memuatkan sebahagian besar penyokong PAS.Walaupun lazimnya kelihatan kibaran bendera PKR, namun hasil pemerhatian membuktikan warna hijau PAS memenuhi ruang tontonan umum.
Kadang-kala tertanya-tanya juga, apakah penyokong PAS tidak pernah tersedar bahawa PRK Kajang adalah bersifat individu, iaitu khusus untuk “menyelamatkan” Anwar Ibrahim semata. Tidakkah mereka sedar, bahawa mereka bakal diperalatkan sederap yang mungkin?
PRU13 menyaksikan kerusi-kerusi DUN Selangor milik PKR adalah hasil kerja pilihanraya jentera PAS. Malah, penulis yakin, ramai yang bersetuju dengan pendapat penulis bahawa seluruh negara, jentera PAS dikerahkan untuk memenangkan calon-calon PKR. Hakikatnya, mereka sering menggunakan kaedah 3 serangkai, wakil PKR, PAS dan DAP dan jumlah wakil juga disusun rapat agar dapat mengaburi mata rakyat sewaktu berkempen. Hakikatnya, lihat sahaja sewaktu penamaan calon. PKR hanya bermegah dengan kibaran bendera, manakala baju hijau PAS memenuhi ruang perarakan.
Anwar Ibrahim terus hidup dengan helah muslihatnya terhadap mereka. Hidup rakyat? Cuba renung kembali motif Anwar Ibrahim bertanding di PRK Kajang. Demi rakyat? Apa motif sebenarnya sehingga tahaluf siyasi versi Pakatan dirobek-robek sebelum digobek-gobek untuk memperdaya sekutunya?
Lihat sahaja Ustaz Salleh Man di Penang, calon PAS yang menang PRU 13 dan dijanjikan jawatan oleh Anwar Ibrahim. Apakah Anwar Ibrahim menunaikan janjinya? Itulah taraf atau darjat PAS selamanya dalam tahaluf siyasi kebanggaannya, seandainya mereka tidak mahu ubah nasib mereka sendiri.
Atas dasar tahaluf siyasi inilah yang menyebabkan PAS terus-terusan “samikna wa atokna”; kami dengar dan kami taat, secara membuta tuli tanpa menggunakan akal fikiran anugerah Illahi.
Kini, Mat Sabu sudah mengarahkan kader-kader Anwarisma yang bertapak kukuh di dalam Unit Amal Parti Islam Se Malaysia untuk bangkit menyahut “seruan Allah” – mempertahankan Teresa Kok atas dasar Teresa Kok adalah rakan kepada umat Islam dan sedang dianiaya oleh BN dan UMNO.
Laungan takbir sedang memuncak-muncak meniti di setiap bibir pejuang Islam yang bernaung di bawah unit berkenaan. Teresa Kok harus diselamatkan, kerana sumbangannya kepada Islam, tulisan JAWI dan Melayu cukup tinggi berbanding UMNO dan Barisan Nasional!
“Sahaja aku berjuang demi Anwar Ibrahim dan Teresa Kok, Lillahi Ta’ala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan