SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 21 Februari 2014

Hina Sultan ~ Karpal Singh Bersalah Atas Tuduhan Menghasut...Padan Mukanya????

Photo: Hina Sultan ~ Karpal Singh Bersalah Atas Tuduhan Menghasut...Padan Mukanya???? [KEMASKINI] Mahkamah Tinggi hari ini mensabitkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di firma guamannya, enam tahun lalu selepas gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hukuman tersebut ditangguhkan pada 7 Mac ini bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan mitigasi bagi meringankan hukuman.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang  itu berkata, beliau menerima keputusan yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dan akan membuat rayaun dalam masa 14 hari.

"Kami terima keputusan itu dan kami akan memfailkan notis rayuan yang harus dibuat dalam masa dua minggu bermula hari ini." katanya kepada kepada selepas keluar dari kamar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Turut hadir mendegar keputusan itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim isterinya Presiden PKR Datin Sri WanAzizah, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan.Pengerusi DAP itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.[KEMASKINI] Mahkamah Tinggi hari ini mensabitkan Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di firma guamannya, enam tahun lalu selepas gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Bagaimanapun, hukuman tersebut ditangguhkan pada 7 Mac ini bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan mitigasi bagi meringankan hukuman.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang itu berkata, beliau menerima keputusan yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dan akan membuat rayaun dalam masa 14 hari.

"Kami terima keputusan itu dan kami akan memfailkan notis rayuan yang harus dibuat dalam masa dua minggu bermula hari ini." katanya kepada kepada selepas keluar dari kamar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dalam penghakimannya, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Turut hadir mendegar keputusan itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim isterinya Presiden PKR Datin Sri WanAzizah, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada 11 Jun 2010, Karpal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012, memerintahkan Pengerusi DAP itu membela diri atas tuduhan berkenaan.Pengerusi DAP itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan