SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 22 Februari 2014

Air Selangor ~ Rafizi Dan Khalid Bertarung????

Photo: Air Selangor ~ Rafizi Dan Khalid Bertarung????Isu air Selangor kini seolah-olah cuba dijadikan medan “peperangan” baru konflik dalaman PKR.   Khalid Ibrahim  pada awalnya iaitu sejak 2008 enggan memberi kelulusan kepada pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) tiba-tiba membuat ‘pusingan ‘ dalam isu pembinaan Loji Langat ke-2 .

Manakala Rafizi pula kononnya  mempertikaikan  alasan SYABAS dalam gangguan terbaru di Selangor  bahawa dua LPA ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Konflik dalaman PKR bakal menyaksikan pertarungan sengit dua kumpulan yang cuba berlagak pandai.  Isu penstrukturan air Selangor di ‘panas’kan oleh Khalid.  Pemimpin dan ahli-ahli PKR kononnya mula menghidu sesuatu yang  “pelik” dengan percaturan kerajaan Negeri Selangor dengan kerajaan pusat.

Kononnya Khalid telah  memberi tafsiran yang jauh menyimpang dari apa yang dimaksud seksyen-seksyen di bawah Akta WSIA 2006 tersebut.  Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006) atau dikenali sebagai Akta 655 menyebut bahawa kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) berkuasa dengan budibicaranya melantik ‘seseorang’ untuk melaksanakan proses pengambilalihan pengurusan air dari syarikat konsesi air tersebut. 

Para pemimpin PKR mempertikaikan  isu ini kononnya  Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pula mengatakan bahawa ia mempunyai kuasa penuh untuk melantik ‘dua orang pentadbir air ’ bagi proses itu dalam seksyen tersebut.  Menurut mereka Seksyen 114 Akta WSIA tersebut memberi kuasa penuh kepada kerajaan pusat melalui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk “merampas” hak kawalan, urustadbir, harta dan eset syarikat konsesi air tersebut yang kemudiannya diserahkan kepada SPAN untuk menguruskannya bagi pihak kerajaan pusat.

Pemimpim PKR seolah-olah mengesyaki Khalid telah berkomplot dengan kerajaan pusat dalam isu air ini untuk melucutkan  hak kerajaan negeri Selangor  sebaik saja seksyen ini berkuatkuasa. Mereka mempertikaikan juga kenyataan  Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam sidang akhbar  bahawa di bawah “Seksyen 115” WSIA 2006 – kerajaan pusat akan menyerahkan kembali hak pengurusan air kepada Kerajaan Selangor yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor. Mereka menuduh Khalid telah  jauh tersasar dari maksud Seksyen 115 tersebut.

Menteri Besar memberi kelulusan dengan alasan bahawa Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir Disember 31, yang lalu.

Rafizi Ramli  pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman beliau yang memfitnah SYABAS . Beliau cuba memberikan alas an kononnya wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi. Ia nya seperti memberi  alasan agar jangan menyaman beliau.

Sudah sampai masanya Rafizi ini diajar secukupnya agar tidak terus menabur fitnah dengan segala putar belit fakta. Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi atas kenyataan yang beliau buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Nampak gayanya Khalid dan Rafizi cuba menjadi juara dalam isu air Selangor. Hakikatnya masalah air di Selangor sepatutnya telah lama selesai sekiranya  projek  pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) berjalan.  Rakyat sebenarnya tahu bahawa Pakatan ini umpama “tong kosong” yang kuat berbunyi tapi isinya “hampeh”. Kepakaran mereka dalam menabur janji dan memanipulasi isu akhirnya akan memakan diri sendiri. Rakyat tahu hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir Negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.Isu air Selangor kini seolah-olah cuba dijadikan medan “peperangan” baru konflik dalaman PKR. Khalid Ibrahim pada awalnya iaitu sejak 2008 enggan memberi kelulusan kepada pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) tiba-tiba membuat ‘pusingan ‘ dalam isu pembinaan Loji Langat ke-2 .

Manakala Rafizi pula kononnya mempertikaikan alasan SYABAS dalam gangguan terbaru di Selangor bahawa dua LPA ditutup kerana kandungan ammonia di dalam air sungai melebihi kapasiti pemprosesan yang dibenarkan di sedangkan sekiranya LPA itu dinaiktaraf lebih awal, ia boleh menangani air sungai yang mempunyai kandungan ammonia lebih tinggi.

Konflik dalaman PKR bakal menyaksikan pertarungan sengit dua kumpulan yang cuba berlagak pandai. Isu penstrukturan air Selangor di ‘panas’kan oleh Khalid. Pemimpin dan ahli-ahli PKR kononnya mula menghidu sesuatu yang “pelik” dengan percaturan kerajaan Negeri Selangor dengan kerajaan pusat.

Kononnya Khalid telah memberi tafsiran yang jauh menyimpang dari apa yang dimaksud seksyen-seksyen di bawah Akta WSIA 2006 tersebut. Seksyen 114, Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA 2006) atau dikenali sebagai Akta 655 menyebut bahawa kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) berkuasa dengan budibicaranya melantik ‘seseorang’ untuk melaksanakan proses pengambilalihan pengurusan air dari syarikat konsesi air tersebut.

Para pemimpin PKR mempertikaikan isu ini kononnya Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pula mengatakan bahawa ia mempunyai kuasa penuh untuk melantik ‘dua orang pentadbir air ’ bagi proses itu dalam seksyen tersebut. Menurut mereka Seksyen 114 Akta WSIA tersebut memberi kuasa penuh kepada kerajaan pusat melalui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk “merampas” hak kawalan, urustadbir, harta dan eset syarikat konsesi air tersebut yang kemudiannya diserahkan kepada SPAN untuk menguruskannya bagi pihak kerajaan pusat.

Pemimpim PKR seolah-olah mengesyaki Khalid telah berkomplot dengan kerajaan pusat dalam isu air ini untuk melucutkan hak kerajaan negeri Selangor sebaik saja seksyen ini berkuatkuasa. Mereka mempertikaikan juga kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan dalam sidang akhbar bahawa di bawah “Seksyen 115” WSIA 2006 – kerajaan pusat akan menyerahkan kembali hak pengurusan air kepada Kerajaan Selangor yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor. Mereka menuduh Khalid telah jauh tersasar dari maksud Seksyen 115 tersebut.

Menteri Besar memberi kelulusan dengan alasan bahawa Kerajaan Pusat menguatkuasakan Seksyen 114, ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir Disember 31, yang lalu.

Rafizi Ramli pula mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya membazir wang dengan membayar peguam untuk menyaman beliau yang memfitnah SYABAS . Beliau cuba memberikan alas an kononnya wang berkenaan lebih wajar digunakan untuk menukar sistem penapis di loji-lojinya supaya kegagalan yang menyebabkan penutupan dua loji pembersihan air (LPA) dapat dielakkan berlaku lagi. Ia nya seperti memberi alasan agar jangan menyaman beliau.

Sudah sampai masanya Rafizi ini diajar secukupnya agar tidak terus menabur fitnah dengan segala putar belit fakta. Syabas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi atas kenyataan yang beliau buat mengenai masalah bekalan air yang melibatkan lebih 100,000 pintu rumah di sekitar Lembah Klang.

Puncak Niaga sudah pun bersetuju untuk memasang sistem penapis yang menggunakan Sodium Aluminosilicate yang menelan belanja RM5 juta yang dijangkakan akan meningkatkan keupayaan kedua-dua LPA itu memproses air berkandungan ammnoia yang lebih tinggi dari 1.5 mg/liter.

Nampak gayanya Khalid dan Rafizi cuba menjadi juara dalam isu air Selangor. Hakikatnya masalah air di Selangor sepatutnya telah lama selesai sekiranya projek pembinaan Loji Langat (projek Langat 2) berjalan. Rakyat sebenarnya tahu bahawa Pakatan ini umpama “tong kosong” yang kuat berbunyi tapi isinya “hampeh”. Kepakaran mereka dalam menabur janji dan memanipulasi isu akhirnya akan memakan diri sendiri. Rakyat tahu hanya kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir Negara dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan