Anggota DAP yang menerima
surat saman RM10 juta daripada anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok, hari
ini mengemukakan dokumen yang didakwa bukti penyelewengan Kok kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya ke sini
(pejabat SPRM) untuk memberi bukti kepada SPRM berhubung (dakwaan)
penyelewengan tersebut selain untuk membersihkan nama saya,” kata Danny Leong Eng Tiom kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen tersebut di pejabat SPRM di sini.
Bekas pembantu peribadi Kok, Tony Tan turut mengemukakan dokumen yang
didakwa bukti mengenai penjualan ‘patung kung fu’ menjelang PRU13 oleh
bekas majikannya itu untuk tujuan dana DAP.
Leong menerima
surat saman itu baru-baru ini kerana mempersoalkan dana kutipan untuk
kempen DAP pada PRU13 lepas berjumlah RM186,000 didakwa diseleweng oleh
Kok.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao
yang turut hadir mendakwa pihaknya mempunyai 10 lagi bukti penyelewengan
dilakukan oleh lima pemimpin PKR dan lima pemimpin DAP.
“Kita
masih mengumpulkan bukti yang betul-betul lengkap sebab mereka (PKR dan
DAP) boleh ‘spin’ jika kita beri bukti yang tidak lengkap kepada SPRM,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan