Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli
membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan parti beliau
“memaksa” Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.
“Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya
memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang,”
katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.
Melalui posting terbaru di laman blognya, Rafizi mengakui tindakan
partinya itu, telah mengakibatkan wang rakyat terpaksa digunakan bagi
membiayai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Beliau dipercayai terpaksa melakonkan aksi permohanan maaf ini setelah
menyedari bahawa tindakan Anwar Ibrahim telah menimbulkan rasa kurang
senang di kalangan pengundi atas pagar.
Menurut ahli parlimen
Padan itu juga, tidak ada penjelasan yang dapat diberikan bagi meredakan
kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu. Selaku orang yang
bertanggungjawab dia juga akan memikul sepenuh tanggungjawab sekiranya
rakyat khususnya pengundi di Kajang bertindak untuk menghukum PKR di
dalam PRK yang bakal berlangsung kelak.
Paling menarik dia
turut mengakui wujudnya
perbezaan pendapat dalam parti itu sehingga
mengakibatkan mereka berpuak-puak sehingga menyebabkan rakyat merasa
kecewa. Oleh itu langkah yang diambil ini kononnya untuk mengelakkan
kerajaan PKR Selangor menerima nasib yang sama ketika Pas memerintah
Kedah pada penggal yang lalu.
Dalam erti kata lain, Rafizi
akhirnya terpaksa mengakui bahawa parti itu sedang bergolak dan saling
berebut kuasa seperti yang dilaporkan oleh pihak media, blog dan laman
sosial sebelum ini.
Persoalannya ialah, mereka sebelum bukan
sahaja menafikan isu pergolakan tersebut malah dengan biadab mengatakan
ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh pihak Umno dan BN.
Maka Rafizi sepatutnya perlu terlebih dahulu memohon maaf kepada semua
ahli Umno di atas fitnah yang telah dilemparkan selama ini. Kerana
pengakuan Rafizi itu jelas membuktikan bahawa PKR selama ini bukan
sahaja cuba menutup isu tersebut, malah telah berbohong kepada rakyat
bagi mengelakkan parti itu menerima cemuhan masyarakat.
Kesimpulannya ialah, permohonan maaf Rafizi itu hanyalah merupakan
taktik murahan demi menagih simpati dan sokongan masyarakat yang jelas
marah dengan permainan ‘sarkas’ politik ini.
Ini kerana
sekiranya kemarahan tersebut GAGAL diredakan, ia bakal mengundang padah
kepada parti itu. Natijahnya, Anwar selaku calon yang bakal diletakkan
bertanding bagi mewakili PKR berkemungkinan besar akan menerima
kekalahan yang memalukan.
Link video permohonan maaf Rafizi Ramli :
https://www.facebook.com/photo.php?v=493345657453666
Tiada ulasan:
Catat Ulasan