TIBAI
biasanya cukup 'sensitif' bila timbul sesuatu isu yang melibatkan
gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anih juga dicelah kehangatan
isu ADUN PKR Kajang letak jawatan 'suka-suka' untuk beri laluan kepada
Ketua Umum PKR itu bertanding,TIBAI yakni singkatan pada 'Tolak Individu
Bernama Anwar Ibrahim' masih belum menibai.
Musyridul AM TIBAI,Zahid Md Arip yang dihubungi Agendadaily pagi Rabu ketawa besar bila ditanya mengapa beliau menyepi seribu bahasa.
"Bukan apa...saya jatuh kasihan pulak pada Anwar," katanya dengan nada sinis.
Ini katanya kerana agak terkejut melihat pertama kali rakan dan sahabat
handai Pakatan Rakyat sendiri yang menibai sakan Anwar dan PKR.
"BERSIH ,Datuk Ambiga ,PAS Selangor,Ketua Pemuda PAS Selangor, bekas
Ketua Pemuda PAS Nasarudin Tantawi dan ramai lagi sudah tibai...jadi
biarlah kita tengok dari jauh cukup,"kata bekas Naib Ketua Pemuda
Keadilan itu.
zahidarip
Bagi Zahid kalau kawan-kawan
sendiri sudah berbunyi begitu semua ini sudah cukup jelas membuktikan
alasan yang diberi untuk mengosongkan kerusi DUN Kajang memang tidak
masuk akal dan mengarut.
Katanya dolak dalik Anwar tentang isu jawatan Menteri Besar Selangor juga buat orang ketawa dan ketawa.
"Bunyi macam kartun...tiba-tiba nak bertanding kerusi Dewan Undangan
Negeri...cakap pula tak ada kaitan dengan jawatan Menteri Besar dan tak
ada kaitan dengan krisis Khalid dan Azmin,"ujarnya.
Zahid tidak
menolak kemungkinan setelah dipujuk rayu semuanya akan bersatu hati
semula menjelang pilihanraya kecil nanti."Ini sudah tabiat
pembangkang...tetapi reaksi awal mereka pasti membuat ramai yang celik
pada tingkah laku politik Anwar yang sebenar,"katanya.
Jangan
kata Zahid saja sehingga sekarang ramai yang masih tidak nampak lojik
perlunya PKR senang-senang ikut suka hati mengosongkan kerusi DUN Kajang
untuk Anwar bertanding.
Apa lagi Anwar nafi spekulasi beliau hendak jadi Menteri Besar ganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
Juga tidak masuk akal dakwa Anwar beliau nak jadi ADUN Kajang sebahagian dari strategi Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.
Mana lojiknya hanya dengan duduk di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri
yang terletak disebelah Putrajaya boleh beri kelebihan untuk capai
hajat itu.
Selain dari kenyataan BERSIH,kritikan Nasarudin
Tantawi dalam facebooknya cukup menusuk hati.Jarang sekali beliau lepas
cakap begitu.
Kalau ditinjau di blog-blog,facebook dan twitter
cukup ramai yang masih buat lawak dan persoalkan tindakan PKR buka pintu
pilihanraya kecil tidak tentu pasal yang pastinya akan membazirkan wang
rakyat.
Pandangan ini disuarakan oleh pelbagai lapisan rakyat melangkaui batas parti.
Rasanya memang jenuh Anwar dan orang-orangnya kena bersilat putar balik mood untuk terima langkah PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan