SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 25 Ogos 2013

Wajah Baru Ahli Parlimen Lembah Pantai...Anak Dajjal...hahah???

Agak memalukan apabila anak kepada ahli politik yang ‘tersohor’, Nurul Izzah Anwar mengadu kepada media asing yang setiap bulan duit beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen tidak cukup.....Ahli Parlimen Lembah Pantai ini memberitahu media Indonesia di pejabat Kontras Menteng, Jakarta Pusat seperti dalam laporan yang dipetik dari Sinar Harian bahawasanya beliau hanya bergantung kepada bajet yang minimum.

Malah, bajet yang ditawarkan dan mahu diberikan oleh Kerajaan Persekutuan setiap tahun bernilai RM1.5 hingga RM2 juta kepada dirinya kata Nurul Izzah ditolak mentah-mentah.

“Setiap tahun saya menolak bajet bernilai RM1.5 hingga RM 2 juta yang ditawarkan.

“Saya memilih untuk menggunakan anggaran peribadi yang sering membuat saya mengalami defisit setiap bulan,” kata Nurul Izzah.

Dalam laporan itu juga, Nurul Izzah memberitahu ada sebab mengapa beliau menolak mentah-mentah tawaran bajet dari kerajaan Persekutuan. Katanya, menjadi Ahli Parlimen bukanlah sebagai satu medium atau cara mudah untuk mendapatkan dana tambahan untuk kepentingan diri sendiri.

Niat awal Nurul Izzah yang tidak mahu menggunakan wang dari kerajaan bolehlah dinilai sebagai sangat bagus kerana mungkin juga beliau risau apabila duit sudah berada di tangan, mungkin kerja-kerja untuk mentadbir negeri, kawasan parlimen beliau dan juga parti PKR sendiri akan tergendala. Orang kata, gelap mata selepas dapat duit berkepuk-kepuk.

Tambahan pula, alasan Nurul Izzah menyatakan menolak mentah-mentah pemberian bajet kerana bukanlah untuk kegunaan diri sendiri sepertinya sudah mengetahui diri beliau tidak mampu menggunakan bajet ke saluran yang betul.
Maksudnya, menggunakan duit tersebut bukan untuk menjaga kebajikan rakyat dan pastinya akan menggunakan bajet tersebut untuk hal-hal peribadi.

Disebabkan itulah Nurul Izzah memberikan alasan awal-awal supaya dirinya tidak akan dipersalahkan oleh mana-mana pihak hatta rakyat juga kerana tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik.

Tetapi, tindakan Nurul Izzah yang mengadu kepada media asing seperti Indonesia mengatakan setiap bulan kewangan beliau tidak cukup dan mengalami defisit menunjukkan sikap dan sifatnya yang tidak ubah seperti kebudak-budakkan.

Nurul Izzah sengaja mencemarkan imej dan memburukkan nama Malaysia kepada negara lain. Malah, ia telah memberikan gambaran kepada pihak luar yang keadaan politik di Malaysia adalah sangat teruk.

Secara tidak langsung juga, mengundang campur tangan dari kuasa asing kepada dunia politik Malaysia. Tindakan Nurul Izzah ini sama seperti tindakan ayahnya sendiri, Anwar Ibrahim yang sebelum berlangsungnya PRU13 beberapa bulan lepas telah mengundang Senator Bebas Australia, Nick Xenophon sebagai pemerhati Pilihan Raya Malaysia.

Walhal, peranan pemerhati pilihan raya dari negara luar bagi menjaga PRU13 adalah tidak perlu sebenarnya. Kerana, pilihan raya yang berlangsung sejak dahulu lagi masih dijalankan dengan telus dan amanah. Cuma dari pihak pembangkang sahaja mereka gemar mengeluarkan fitnah PRU di Malaysia tidak pernah adil dan mengakui parti pembangkang, PKR sentiasa menjadi mangsa kalah.

Akibat dari tindakan Anwar yang menjemput Xenophon secara tiba-tiba dan Xenophon diarahkan pulang sehari selepas tiba di KLIA, Malaysia dikecam teruk oleh negara Australia. Media-media Australia begitu hebat memainkan isu Xenophon ini hinggakan laporan media sana mengatakan teruk dan kritikal demokrasi dunia politik di Malaysia.

Justeru, tindakan Nurul Izzah yang terlalu ringan mulut mengadu kepada media Indonesia mengenai kedudukan kewangan beliau sebagai Ahli Parlimen tidak cukup setiap bulan akan mencetuskan keadaan yang sama seperti situasi menangani Xenophon.

Kali ini negara Indonesia pula yang ditarik oleh Nurul Izzah untuk memburukan imej politik Malaysia.

Dan apabila kenyataan Nurul Izzah ini mendapat perhatian dari kuasa negara asing, ia akan memberikan kesan kepada kerajaan Persekutuan sekarang sama ada tidak akan berlakunya sebarang kerjasama politik mahu pun usaha baik menjaga kestabilan ekonomi, keselamatan negara dan sebagainya dengan negara-negara lain.

Di waktu itu, parti pembangkang akan gelak sakan kerana sedikit demi sedikit, kepercayaan negara luar kepada Malaysia akan berkurangan. Jelas ia akan memudahkan buat pembangkang menjahanamkan negara Malaysia sama seperti impian dan cita-cita yang selama ini mereka aturkan.

Juga, tradisi anak-beranak ini yang gemar mengadu domba untuk meraih simpati negara luar yang pembangkang sering ditindas selain gemar menyalahkan pihak-pihak tertentu pastinya akan diteruskan sampai bila-bila.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan