SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 25 Ogos 2013

PEMIMPIN PEMBANGKANG KENAL PEMBUNUH ALTANTUYA YANG SEBENARNYA ?????

Contempt of court is a court order which in the context of a court trial or hearing, declares a person or organization to have disobeyed or been disrespectful of the court's authority....Terjemahannya :

Menghina mahkamah adalah satu perintah mahkamah yang dalam konteks perbicaraan mahkamah atau pendengaran, mengisytiharkan seseorang atau organisasi telah tidak mematuhi atau telah tidak menghormati kuasa mahkamah.
Seorang hakim boleh mengenakan hukuman seperti denda atau penjara bagi seseorang yang didapati bersalah menghina mahkamah.
Di bawah pula adalah beberapa kenyataan Chegu Bard di dalam Keldaian Keadilan Daily tentang keputusan pembebasan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan Altantuya. Di antaranya, Chegubard menulis 'pembunuhnya juga dibebaskan'! Bukankah kenyataan itu contempt of court namanya?
1. Sememangnya dari awal kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut. Kemenangan ini membolehkan kedua-dua ‘pak sanggup’ ini dibebaskan, hari ini.
2. Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.
3. Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah.
4. Keputusan ini juga seharusnya memberikan ‘motivasi’ besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja ‘black-ops’ dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.
5. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar. seterusnya
MiM berharap agar Panel Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun supaya meneliti kenyataan Chegu Bard ini.

Dan jika benar, MiM berharap agar mereka mengambil tindakan tegas demi membersihkan nama mereka sendiri dan juga nama baik sistem kehakiman di negara ini.

Enough of the oppositions damaging and humiliating the institution!

Chegu Bard, calon PKR yang kalah di Sungai Acheh, Pulau Pinang itu juga menulis :
Negara hari ini menjadi kartun apabila membayangkan ‘sebenarnya’ Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.
Seronoknya Chegu Bard buat assumption sedemikian tetapi beliau terlupa kenyataan beliau itu pasti akan tertempelak ke muka boss beliau sendiri, Anwar Ibrahim...Isunya tentang kes liwat Saiful Bukhari :
“Semua confirm ada DNA di dalam dubur Saiful. Dan semuanya confirm, bahawa DNA itu adalah sumbernya air mani.
“Bukan sahaja mereka temui DNA dalam dubur Saiful, mereka dapat kenal pasti sumber DNA itu iaitu air mani “Lelaki Y” (Anwar Ibrahim) dan air mani itu ada lagi kat dalam (dubur)”, kata Zulkifli Noordin....Sebagai jawapan balas kepada kenyataan CheguBard dan penyokong pembangkang itu, rakan MiM berikan satu sindiran pedas yang pasti menutup mulut pro-pembangkang :
Saiful liwat diri sendiri dan calit air mani Anuwar dalam duburnya sendiri? Anuwar hantar air dia pakai pos laju kot ?
So how now?

Dan sebelum ini, Anwar telah 2 kali dibebaskan oleh sistem kehakiman yang mereka kutuk sekarang dek kes Altantuya.

Untuk pengetahuan kita semua, CheguBard @ Badrul Hisham Saharin adalah calon PKR yang kalah di Sungai Acheh, Pulau Pinang pada PRU13 yang lepas. Yang malunya ialah berlaku perebutan calon di antara Chegubard dan calon PAS di situ.

Sebelum ini juga, kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat 505 yang diketuai oleh CheguBard dari SAMM telah dimalukan dan seperti diperbodohkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang apabila gesaan mereka supaya majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun lepas tidak diendah oleh Pakatan Pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan