Keputusan DAP kelmarin yang memutuskan supaya pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan, dipercayai ada kaitan
dengan desakan satu kumpulan dalam parti itu yang tidak menyokong
Dinasti Lim....Kumpulan ini sudah tidak mahu lagi DAP dipergunakan atas
kepentingan peribadi. Dan tidak rela imej parti terus tercemar dari hari ke hari, bulan ke bulan.
Lagi pun Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung Lim
Guan Eng sudah mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam
pemilihan CEC 15 Disember lalu. Tetapi yang peliknya selama lapan bulan
ini masih enggan melakukan pembetulan dan pemilihan semula.
Selain itu, DAP mahu mengelakkan persepsi rakyat terutama penyokong kuat
kaum Cina mereka bahawa DAP adalah milik 'syarikat Sdn Bhd' anak
beranak Kit Siang.
DAP tidak pernah lupa sejarah bagaimana
sekitar akhir 1990-an selepas Guan Eng dipenjara kerana satu kes
mahkamah, bapanya, Kit Siang telah menggunakan seluruh parti itu untuk
membela nasib dan kebebasan anaknya.
Ketika itu, Kit Siang
dikatakan telah menguar-uarkan kononnya anaknya itu dipenjara kerana
mempertahankan hak seorang gadis.....a. Dan apabila Kit Siang cuba
mempergunakan DAP, ada kumpulan lain dalam parti itu yang tidak puas
hati dan kecewa dengan caranya, telah cuba menggulingkan Kit Siang dan
kroninya secara 'gerakan bawah tanah'.
b. Waktu itu DAP
berpecah dua dengan Kit Siang terpaksa berdepan dengan kumpulan yang
dikenali 'Knock Out Kit Siang (KOKS). Karpal Singh waktu itu berpihak
kepada kumpulan Kit Siang.
c. Berikutan insiden itu, seorang
pemimpin DAP, Teoh Teik Huat yang merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang
dan menganggotai kumpulan KOKS dibuang dengan cara kuku besi.
d.
Selain itu, jawatankuasa disiplin DAP turut bertindak ke atas pemimpin
DAP lain yang tidak puas hati dengan Kit Siang seperti Wee Chee Keong,
Gooi Hock Seng dan Teik Huat. Mereka bersama para penyokong
masing-masing dipaksa untuk berhenti atau dipecat......e. Dan itulah
punca mengapa Kit Siang dan Karpal Singh tewas untuk kali pertama
masing-masing di kawasan Parlimen Bukit Bendera dan Jelutong pada
pilihan raya umum 1999.
f. Mereka dikatakan dihukum oleh ahli parti dan pengundi berikutan krisis dalaman DAP waktu itu.
Dan terbaharu, malam kelmarin, sejarah seakan-akan berulang apabila
penyokong dan akar umbi DAP kembali menolak cara Kit Siang dan Guan Eng
yang didakwa mempergunakan parti untuk kepentingan mereka. Mereka tidak
mahu agenda DAP menjadi agenda keluarga Kit Siang.
"Malam tadi
(kelmarin) juga ada kumpulan yang memaksa Guan Eng mengadakan pemilihan
semula CEC. Mereka mengatakan parti akan hancur jika ROS batalkan
pendaftaran DAP....Mereka mahu Guan Eng hentikan drama ini sebab rakyat
dah tahu apa yang DAP buat. Selama lapan bulan ini hanya Kit Siang dan
Guan Eng sahaja yang enggan buat pemilihan semula.
Kami pelik juga
sebab setiap kali sebarang pemilihan diadakan sejak 47 tahun ini, mesti
ada kalangan anak beranak mereka di ranking atas," kata seorang pemimpin
kanan DAP kepada Utusan Malaysia kelmarin.
Memang, hakikatnya
DAP tidak boleh lari daripada mengadakan pemilihan semula CEC. Bukti
begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika
pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada
753 anggota delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada
pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada
15 Disember itu.
Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP
berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana
mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika
pengundian....Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang
kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama
iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin,
Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.
Sebelum itu atau
lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut
berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan
undi pemilihan itu. Ekoran kesilapan itu, wakil Melayu, Zairil Khir
Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan
terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.
Zairil yang
sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20
menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas
undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.
Apa yang
menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya
setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah
sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun
daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan
CEC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan