SEMALAM Pejabat Perdana Menteri
(PMO) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesahkan bahawa ilusi
kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana
Menterinya, adalah kekal sebagai satu ilusi semata-mata.....Tidak wujud
tawaran, tidak wujud perjanjian dan sebagainya seperti yang didakwa oleh
Anwar.
Malangnya, kenyataan rasmi itu
telah dikritik sesetengah pihak (atau satu pihak saja), sebagai terlalu
lewat dan pelbagai kecaman lain yang tidak masuk akal sama sekali,
serta lebih berupa serangan peribadi terhadap individu tertentu.
Macamlah kenyataan rasmi dari PMO setaraf kenyataan dalam kedai kopi
yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan suka-suka macam itu saja.
Kenyataan dari pejabat rasmi seperti PMO perlu dibuat dengan
berhati-hati dan setelah mendapat pengesahan dari pihak-pihak lain yang
terlibat, termasuk kelulusan dari Perdana Menteri sendiri.
Tersalah tulis nanti, tak pasal-pasal masuk Mahkamah pulak sebab PMO
bukan oraganisasi tidak rasmi macam Pakatan Rakyat yang tidak boleh
disaman dan sebagainya. Apatah lagi dalam isu ini ia berkaitan dengan
Anwar Ibrahim, raja saman. Anwar Ibrahim seperti yang kita tahu bukan
saman sebab dia betul, tapi saman sebab nak nampak dia betul.
Sudah berapa kes saman malu yang asalnya bersungguh-sungguh dikemukakan
Anwar Ibrahim akhirnya ditarik balik dengan pelbagai alasan dan/atau
sengaja ditangguhkan, pun kerana pelbagai alasan juga. Antaranya, saman
terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin (tarik balik)
dan saman terhadap Datuk Nallakarupan (sengaja dilewat-lewatkan oleh
Anwar).
Maka itu PMO perlu berhati-hati dalam memberikan
kenyataan terhadap dakwaan Anwar atau jabatan tersebut tidak ada kerja
lain melainkan turun naik Mahkamah untuk melayan saman Anwar.
Selain itu dalam hal ini, bila Anwar membuat dakwaan bahawa dia
ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam ilusi kerajaan
perpaduan dengan BN, dia bukan menyeret nama Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak seorang saja, malah nama bekas Timbalan Presiden
Indonesia, Jusof Kalla juga.
Sebagai agensi rasmi mewakili
Perdana Menteri, PMO perlulah mendapat pengesahan dari pihak-pihak
terbabit mengenai kesahihan dakwaan tersebut sebelum sebarang kenyataan
rasmi mengenainya boleh dikeluarkan. Ini penting untuk menjaga
intergriti jabatan tersebut kerana ia mewakili Perdana Menteri.
PMO tahu pendirian rasmi Perdana Menteri dalam isu tersebut, tapi Jusof
Kalla? Salah tulis pasal Jusof Kalla, hubungan Indonesia-Malaysia
pulak yang bergolak.
Justeru tidak hairanlah kenapa dakwaan ini
memerlukan sedikit masa untuk disediakan kerana memerlukan pengesahan
dari pihak-pihak berkaitan sebelum boleh diedarkan kepada umum.
Lagipun ini bukan cerita baru, sudah 3 bulan sejak isu yang bermula
dengan dakwaan Anwar tidak mematuhi perjanjian sulit dengan Najib mula
dibangkitkan Jusof Kalla.
Banyak juga yang sudah dijelaskan
secara rasmi atau tidak (termasuk oleh Perdana Menteri sendiri), tapi
bila Anwar masih tebal muka membangkitkan cerita sama dengan tokok
tambah kononnya ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika UMNO
akan menghadapi pemilihan tertinggi parti, maka ini masa yang sesuai
untuk PMO masuk campur.
Sebab kita tahu Anwar bawak cerita
bohong ini sekarang kerana dia menyasar untuk melaga-lagakan penyokong
Perdana Menteri dan Timbalannya agar UMNO berpecah belah.
Yang kita pun nak masuk dalam perangkap dia buat apa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan