SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 22 Ogos 2013

Provokasi Pembangkang : Tuntut Benteras Jenayah Dan Mempertahankan Membela Penjenayah????

Setiap kali berlaku kematian para penjenayah di negara kita maka pakatan pembangkang akan tampil berlagak wira yang kononnya mempertahankan keadilan para penjenayah. Dalam pada masa yang sama, mereka jugalah yang kerap menuntut dan menyalahkan pihak polis dalam membenteras jenayah yang kini mula bertambah ganas dan sadis...Pakatan Pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS dilihat sebagai sengaja mencetuskan provokasi terhadap kerajaan dalam isu penjenayah ini. Sikap talam dua muka mereka telah menyebabkan rakyat dan kerajaan muak dengan lakonan yang penuh kontradik dalam membela dan menggalakkan jenayah.

Lakonan mereka yang sering menyalahkan polis dalam isu jenayah ganas yang semakin berleluasa menunjukkan seolah-olah mereka cukup prihatin dengan keselamatan rakyat Malaysia. Namun pembohongan ini terbongkar dengan sendiri apabila mereka dengan cukup lantang membela kononnya keadilan penjenayah yang telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda dan membunuh ramai nyawa yang tidak berdosa.

Fenomena mangsa jenayah Kugan atau penipuan Teoh Beng Hock ataupun mangsa jenayah tembak yang cukup ganas ini langsung tidak disentuh oleh pakatan pembangkang. Mereka kelirukan rakyat dengan fakta-fakta ciptaan mereka sendiri dalam mencetus kebencian rakyat kepada kerajaan.

Pihak polis telah menjalankan tugas mereka dalam menangani isu beberapa tembakan yang telah mengakibatkan kematian dan ketakutan terhadap rakyat. Sepatutnya apabila penjenayah yang terlibat dapat dibenteras maka ianya mengundang kelegaan terhadap rakyat. Namun keluarga kepada suspek penjenayah ini telah melemparkan tuduhan pula terhadap pihak polis. Kita sedang menanti adakah pihak pembangkang akan berarak dan berdemo untuk membela kematian kelima-lima suspek penjenayah penembak upahan ini.

Sekumpulan penjenayah berusia antara 20 hingga 30-an yang dipercayai anggota kongsi gelap maut selepas berbalas tembakan dengan polis yang menyerbu sebuah pangsapuri. Polis kemudian menemui tiga pucuk pistol bersama suspek yang dipercayai terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Polis telah mengikut SOP ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi membenteras penjenayah penembak upahan. Oleh itu pihak Polis telah menafikan dakwaan yang telah dilemparkan oleh keluarga kepada lima lelaki yang ditembak mati pihak berkuasa di Sungai Nibong. Keluarga suspek penjenayah menuduh anggota polis tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang operasi itu.

Dakwaan bahawa polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa memperkenalkan diri, itu adalah tidak benar. Polis telah memperkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk, mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis....Sementara itu Polis menjalankan Op Cantas Khas untuk membendung aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan Negara di sekitar Lembah Kelang. Ini bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang berkaitan aktiviti kongsi gelap serta jenayah yang menggunakan elemen senjata api dan senjata tajam, dipergiatkan di sekitar Lembah Kelang oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama semua ibu pejabat polis daerah berkaitan.

Pihak pembangkang cuba mengalihkan perhatian kerajaan Barisan Nasional dalam mentadbir negara dengan baik. Segala usaha dan rancangan yang baik dan dapat memberi manfaat yang banyak kepada rakyat akan disanggah dan di rosakkan dengan segala alasan negatif mereka. Oleh itu kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib harus bijak menilai segala bangkangan yang merosakkan dari pihak pakatan haram. Fokus terhadap pentadbiran yang terbaik maka akan dapat menlenyapkan segala fitnah pembangkang dan gunting dalam lipatan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan