SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 22 Ogos 2013

Khawarij Bernama Wan Ji Cuba Selamatkan Tengkuk dan Nama Baik PAS???

Semalam, pendedahan telah dibuat oleh beberapa buah blog dan portal berhubung perancangan selama 30 tahun salah seorang pentaksub Nik Aziz dan juga Lim Guan Eng bernama Wan Ji yang juga seorang blogger yang dikenali sebagai Al-Bakistani...Walaupun PAS sudah lama terutama menerusi kempen dan ceramah, mempersalahkan sistem monarki atau beraja dan menuntut sistem kekhalifahan yang mereka sendiri gagal bezakan antara kedua-dua sistem tersebut, namun PAS tidak pernah mempunyai keberanian untuk bercakap terus-terang. Setiap kali terdedah, setiap kali itulah juga mereka akan berbelit sana sini untuk membela diri.

Begitu jugalah halnya dengan Wan Ji.

Kalau dalam klip video tersebut, bukan main bersemangat dan ‘pandai’ lagi dia menunjukkan perancangan selama 30 tahun untuk menghapuskan sistem kesultanan Melayu di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik, sesuai dengan kehendak DAP, semalam Wan Ji menafikan yang dia merancang begitu. Sebaliknya dia memberitahu, apa yang dikatakannya di dalam klip video tersebut hanyalah kiasan dan perancangan menerusi FIQH TAWAQQU’.

Fiqh tawaqqu’ ini merupakan istilah moden yang diberikan oleh para ulama dan pemikir namun intipati ilmu dan kefahaman di dalamnya sudah diterokai dan dicerna sejak sekian lama. Fiqh tawaqqu’ merupakan suatu ilmu di dalam merancang suatu jangkaan bagi masa hadapan, dalam meraikan penjagaan maqasid syariah atas tunjang utama iaitu dharuriyat khamsah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

Atau lebih tepat lagi, Fiqh Tawaqqu’ merupakan suatu ilmu khusus merancang bagi para alim dan pemikir dengan beberapa kaedah tertentu.

Dr Wahbah Az-Zuhaily menyatakan, Fiqh Tawaqqu’ merupakan penelitian di dalam mengeluarkan hukum daripada usul syariat bagi menjaga maslahat, menolak mudharat, dan menetapkan kaedah yang tepat dan dipraktikkan bagi kaedah sad zarai’ . Dan keistimewaan di dalam fiqh tawaqqu’ merangkumi ilmu fiqh iftiradi .

* Fiqh iftiradi ialah meletakkan suatu hukum bagi perancangan masa hadapan dengan jangkaan semata-mata tanpa ada panduan ke atas hukum yang sama yang berlaku semasa. Imam Abu Hanifah menyifatkan bahawa fiqh iftiradi sebagai persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Dr Muhamad Kamal Imam, pengajar di Universiti Al-Azhar, Iskandariah menyifatkan fiqh tawaqqu’ merupakan ilmu perancangan di dalam menggambarkan sesuatu situasi yang bakal berlaku di masa hadapan, dan menggunakan kaedah feqah bersesuaian usul dan maqasid syariah sebagai suatu persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam klip video yang telah tersebar itu, Wan Jin bagaimanapun tidak kelihatan seperti membincangkan Fiqh Tawaqqu’ sepertimana yang didakwanya. Bahkan Fiqh Tawaqqu’ hanya digunakan sebagai alasan untuk dia menutup perkara sebenar.

Sebaliknya di dalam klip-klip video tersebut, pertuturannya dalam menyatakan Sultan-Sultan Melayu berstatus mudarat sama banyak dengan babi. Rancangannya digelarkan sebagai INFLASI SULTAN. Bahkan dia begitu bangga menceritakan rancangannya untuk menyelaraskan gelaran SULTAN sebagai SETAN.

Berselindung dengan istilah-istilah agama telah dijadikan sebagai perisai paling ampuh oleh golongan Khawarij seperti Wan Ji. Biarpun dia kelihatan seperti seorang yang berilmu, hakikatnya mudarat daripada ilmu yang ada padanya, jauh lebih besar berbanding memberi manfaat.

Justeru, tindakan tegas seharusnya diambil untuk individu yang bercakap pandai seperti Wan Ji. Setidak-tidaknya sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia yang lain agar sentiasa menggunakan ilmu yang ada pada mereka ke jalan kebaikan, bukannya menghuru-harakan negara.??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan