Kalimah Allah merupakan
pengukur akidah dan fahaman yang begitu berani cuba dipesongkan dari
jiwa umat Islam. Musuh dalam dan luar selimut sentiasa berusaha mencari
kaedah secara halus dan kasar untuk mengoyangkan dan menghancurkan
akidah dan pegangan umat Islam. Ianya merupakan perkara utama dalam
mengukur relevan kita sebagai penganut Islam
sejati....Selama ini Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merupakan parti
politik yang mempergunakan Islam begitu angkuh menuduh UMNO dengan
tuduhan yang cukup mencabar UMNO sebagai pejuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama
Islam dan Negara. Namun isu kalimah Allah yang cuba dimanipulasikan oleh
pihak Kristian yang dipengaruhi oleh pakatan pembangkang telah secara
terang dan nyata membongkar pihak yang sebenarnya berjuang demi agama
Islam yang maha suci.....
Perjuangan untuk memertabatkan dan
menjaga akidah umat Islam melihat UMNO bersama NGO yang menyokong UMNO
dan kerajaan Barisan Nasional seperti PERKASA dan JATI terus melangkah
tanpa menoleh walau seinci kebelakang berjuang demi Islam. PAS telah
menyatakan pendirian mereka dengan jelas bahawa kepentingan politik
mengatasi kepentingan Islam dengan terus mengunci mulut dan berdiam diri
dalam perjuangan kalimah Allah ini.
UMNO dan penyokong mereka
telah sambut penuh kesyukuran apabila Mahkamah Rayuan telah menolak
permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan
Malaysia berhubung isu kontroversi melibatkan penggunaan kalimah Allah
dalam majalah mingguan Herald. Maka media utama pro kerajaan juga telah
menjadikan ini sebagai tajuk utama penuh syukur. Namun perkara
sebaliknya berlaku terhadap media utama pakatan pembangkang. Mereka
seolah-olah terlalu jijik dengan Islam dan Kalimah Allah sehingga tidak
tergamak menyebut dalam berita utama masing-masing.
Pihak PAS
dan PKR merupakan antara mereka yang menyokong dan mendesak supaya
kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk
bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa Indonesia.
Isu murtad
Nor Azman Beginda yang terbongkar juga telah membuka mata umat Islam.
Nor Azman Beginda merupakan saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat
Anwar . Beliau adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak yang lepas. Nor
Azman murtad terbongkar apabila anaknya membawa sosej babi ke sekolah
menjadi isu yang menggemparkan negara. Namun pihak PAS dan PKR membisu
apabila terbongkarnya isu murtad Azman.
Tambahan pula isu
Gereja Methodist Damansara Utama yang menjalankan kegiatan dakyah
terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan juga membongkar pendirian
PAS dan PKR yang begitu sanggup menjual Islam demi kepentingan politik
mereka. Kegiatan murtad yang bertopengkan program bantuan kemanusiaan
dan jamuan makan menjadi asas agenda jahat mereka . Malahan tindakan
JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan murtad telah dituduh sebagai
satu “serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam
sebuah gereja”.
Pendedahan Datuk Hasan Ali bahawa bahawa
terdapat bukti kegiatan memurtadkan umat Islam oleh gereja Methodist
tersebut akhirnya mengejutkan umat Islam. Ini akhirnya telah
menyebabkan beliau dipecat dari jawatan Exco Agama dan juga dipecat dari
Parti Islam Semalaysia. Islamkah parti itu apabila memecat sesiapa
sahaja yang mempertahankan Islam? Bermula dari saat itu maka PAS telah
tunjukkan dengan terang bahawa nama parti Islam mereka hanyalah pada
nama sahaja. Mereka tidak pernah ikhlas pun memperjuangkan kedaulatan
martabat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan