Pembangkang akan
kembali ‘bernyawa’ selepas ini, setelah Mahkamah Rayuan sebentar tadi
membuat keputusan untuk membebaskan 2 bekas anggota Unit Tindakan Khas,
Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Omar dari dakwaan membunuh
Altantunya Shaariibu...
Sejak PRU13 yang lepas, pembangkang seakan mati kutu, cuba nak buat havoc dengan siri kempen Blackout 505, gagal mendapat sambutan sebesar yang mereka jangkakan.
Dengan keputusan terbaru Mahkamah ini, penulis hampir pasti pembangkang
akan ada modal semula untuk memulakan siri ceramah setiap malam,
mempersoalkan keputusan Mahkamah tersebut dan kaitannya dengan Perdana
Menteri.
Kononnya ada konspirasilah, ada arahanlah, itulah,
inilah dan sebagainya. Menipu macam ini memang kepakaran pembangkang,
kalau rayuan ditolak tadi pun, pembangkang masih ada alasan jugak untuk
mempolitikkan perkara tersebut, jadi janganlah terkejut.
Kebetulan ada pulak bodoh-bodoh dibawah ni yang bersedia menganguk saja
apa yang keluar dari mulut pembangkang, tak kiralah tak masuk akal macam
mana pun.
Penulis tidak dapat memastikan alasan sebenar
disebalik pembebasan ini kerana belum sempat mendengar penghakiman penuh
oleh panel hakim Mahkamah Rayuan, tapi penulis yakin panel hakim
Mahkamah Rayuan yang jauh berpengalaman itu mempunyai segala sebab yang
baik untuk membuat keputusan tersebut.
Apa pun penulis menyeru
agar kita semua (terutama balaci pembangkang) menerima keputusan
Mahkamah ini dengan hati terbuka serta tidak mengambil peluang ini untuk
menambah koleksi dosa fitnah sedia ada.
Ingat dulu, bila
Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat walaupun
jelas air mani dia yang dijumpai dalam dubor Saiful Bukhari, kenapa
balaci bersorak-sorak menerima keputusan tersebut?
Berbanding
dengan pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul ini yang lebih bersifat
circumstancial evidence (bukti berdasarkan keadaan) semata-mata kerana
tidak ada senjata pembunuhan ditemui, motif dan sebagainya, kes Anwar
kalau nak diikutkan jauh lebih kukuh tapi dia masih bebas jugak, kenapa
tidak ada sesiapa nak persoal?
Dan cubaan terbaru dia untuk
melengahkan-lengahkan rayuan tersebut juga adalah bukti kepada keyakinan
kita semua bahawa Mahkamah Tinggi dulu memang terkhilaf apabila
membebaskan Anwar, dan Anwar tahu tu. Sebab tu dia cari jalan macam
mana pun untuk lengahkan kes.
Lagipun, sudah terbukti kes
pembunuhan Altantunya ini tidak ada kaitan dengan Najib kerana isu utama
yang cuba dikaitkan pembangkang antara Najib dengan Altantunya iaitu
’skandal’ pembelian Scorpene- yang mana telah dibuktikan tidak berasas
sama sekali kerana Najib tidak pernah mengenali Altantunya.
Altantunya hanya mempunyai kaitan dengan Razak Baginda, itu pun mula
berjumpa pada 2004 sedangkan perjanjian jual beli Scorpene telah selesai
pada 2002 lagi!!
Walaupun begitu, penulis rasa Anwar Ibrahim
tidak akan berdiam diri, dia pasti ada akal lain macam mana nak
’hidup’kan semula isu ini dan dalam masa yang sama melengahkan proses
rayuan terhadap kes liwatnya. Dulu Kapal masuk hospital, lepas ni tak
tahulah siapa lagi nak masuk hospital.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan