SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 30 Januari 2014

Rafizi Ramli Mohon Maaf Kerana Membazir Wang dan Masa Rakyat #PRKKAJANG????


 Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutamanya pengundi di Kajang yang terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa dan wang rakyat ketika mana rakyat sedang mengharungi kesukaran ekonomi.

"Tidak ada alasan untuk membazirkan wang rakyat dan untuk itu saya memohon maaf dan parti bersedia untuk dihukum oleh pengundi di Kajang," katanya yang mengaku bertanggungjawab menyusun langkah politik itu.

ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melalui sepucuk surat kepada Speaker DUN Selangor pada Isnin atas alasan "demi kepentingan politik".

Tindakannya itu mengejutkan beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mendapat kecaman banyak pihak termasuk badan pemantau pilihan raya, Bersih 2.0.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Rafizi mengakui tidak ada penjelasan yang dapat meredakan kemarahan rakyat terhadap langkah politik itu tetapi meminta masa dan ruang untuk mewajarkannya.

Beliau juga memohon maaf atas perbezaan pendapat dalam PKR yang dilihat sebagai berpuak-puak dan mengecewakan rakyat dan menjelaskan ia sedang ditangani bagi mengelak pengalaman sama seperti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sebelum ini.

Jelas Rafizi, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya.

Beliau mengaku langkah itu tidak popular tetapi ia sesuatu yang diperlukan oleh Pakatan Rakyat untuk menjadikan Selangor sebagai kubu kuatnya.

"Selangor harus lebih baik daripada hari ini sekiranya ia mahu jadi wadah Pakatan dalam usahanya menawan Putrajaya," katanya.

Rafizi menyamakan strategi Pakatan Rakyat itu dengan

PRK Kajang: Penyokong Anwar Serang Pemuda Pas????

Para penyokong Anwar, menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

“Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,” katanya..Bertindak atas kenyataan tersebut, para penyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mula menyerang Syarhan dan jenteranya. Paling menarik serangan tersebut turut ditujukan kepada Suhaizat Kaiat dan jentera Pemuda Pas Pusat secara keseluruhan dengan pelbagai kata-kata keci dan hinaan.








Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak matang, tidak bijak dan terencat akal, malah ada yang menyifatkan Pemuda Pas sebagai pencacai dunia dan akhirat, ‘kangkung’, mentaliti ‘orang ulu’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ada mengatakan kenyataan itu sebagai satu tindakan yang tidak bermaruah kerana menyokong isu yang menguntungkan Umno.

Tidak tahan dengan cacian dan kejian itu, beberapa orang penyokong Pas mula tampil bagi mempertahankan tindakan tersebut. Mereka menyifatkan ia sebagai bukti bahawa Pemuda Pas bukan menyokong secara membabi-buta atau sebagai lembu yang dicucuk hidung.

Kesimpulannya, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor adalah merupakan satu tindakan tidak boleh diterima sama sekali.

Alasan untuk meredakan pergolakan dan pergeseran antara kumpulan Azmin dan Khalid Ibrahim tidak boleh dijadikan alasan sama sekali. Ini kerana selain membuang masa ia juga merupakan satu pembaziran wang rakyat demi nafsu politik dan kepentingan peribadi.

Malah ia juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gabungan antara PKR dan Pas sangat rapuh. Walaupun secara luaran mereka nampak seperti menyokong antara satu sama lain, namun pada hakikatnya boleh di ibaratkan sebagai ‘gunung berapi’ yang hanya menanti masa untuk meletup.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Anwar kerana tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Umno selama ini adalah benar. Iaitu Anwar bukanlah ‘pemimpin anugerah tuhan’ seperti yang dikatakan tetapi adalah merupakan individu yang tamak dan kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian tersebut.

Permainan Politik Anwar Ibrahim sudah bermula????

Keputusan Pilihanraya umum ke 13 yang masih memihak kepada Barisan Nasional sebagai pemerintah yang Sah Kerajaan Malaysia menggagalkan Impian mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Walaupun menang di Parlimen Permatang Pauh dan memenangi Majoriti Kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, kumpulan Pembangkang yang diketuai oleh Anwar masih gagal merampas kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan namanya semakin tenggelam Pasca PRU 13 menyebabkan beliau mengambil langkah drastik memainkan beberapa isu di Negeri Selangor. Perletakan jawatan Adun Kajang dr PKR, merupakan gambaran awal kepada strategi politik yang telah dicatur oleh ketua pembangkang tersebut.

Ramai masih tertanya-tanya apa sebenar yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim di Selangor. Persoalan kini, adakah Permainan Politik Anwar sudah bermula. Kita tunggu dan lihat.

PRK Kajang: Cubaan Anwar Kurangkan Suara Cina Dalam DUN Selangor????


SEPANJANG yang penulis tahu, Anwar bukanlah satu manusia yang berani ambil risiko. Dari dia masuk politik, sampai jadi Timbalan Perdana Menteri, banduan, bekas banduan dan kemudian ketua pembangkang, Anwar sentiasa cari jalan selamat untuk hidup dan relevan dalam politik.

Risiko, kalau adapun yang Anwar berani ambil, hanya setelah tahu dia tidak akan menang dalam apa cara sekalipun.

Contohnya, sebelum PRU13 yang lepas, Anwar diam-diam jumpa PM minta nyawa sebab dah tahu dia akan kalah, tanpa pengetahuan DAP dan PAS. Itu playsafela tu, nak selamatkan tengkuk sendiri.

Anyway, benda itu dah lepas, biarkanlah, lagipun bukan soal itu yang penulis nak ’tinggi cahaya’ (highlight) kan hari ini.

Yang penulis nak sentuh hari ini ialah, keberanian Anwar buat suka hati dia sekarang ini ialah kerana Anwar tahu cina yang ada di Malaysia hari ini bodoh-bodoh belaka. Suka hati dialah nak arah ADUN letak jawatan supaya dia boleh ganti dan sebagainya sebab ini semua calculated risk - cina pasti akan sokong.

Si bodoh yang letak jawatan tak sampai setahun menang sebagai ADUN itupun dari bangsa yang sama juga.

Anwar dah baca dah, cina kat Kajang nun akan tetap undi dia kerana DAP sudah makan budi dengan Anwar yang kononnya berjaya pujuk orang Melayu untuk menerima parti rasis tersebut – pedulilah duit rakyat terbazir atau tidak.

Entah berapa percent sangatlah Melayu yang undi DAP ni, tapi pada DAP, 1% pun dah cukup besar rahmat. Banding dulu (sebelum 2008), haram apa percentage pun tak ada.

Tapi masalahnya, sebab Anwar kemaruk, kerajaan dan rakyat yang kena tanggung kos ‘wayang kulit’ Anwar untuk jadi Menteri Besar Selangor setelah hasrat nak jadi Perdana Menteri Malaysia kian tak tercapai.

Belanja nak buat pilihanraya kecil ni bukan sikit, lebih satu juta, berapa banyak kangkung boleh beli tu? Bila PM bagi contoh kangkung, pandai kata menghina rakyat dan buat parodi, yang dia senang-senang hati arah ADUN turun supaya dia boleh isi kekosongan itu, nak kata apa pulak?

Anwar Sudah Jadi Pelawak Yang Penuh Kegilaan” – Khairy Jamaluddin???

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter....Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’.

Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.

“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.

Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan

SULTAN MELAKA' MAHU PENGUNDI PILIH ANWAR IBRAHIM


Selasa, 28 Januari 2014

Membaca Anwar Ibrahim Yang Licik?????Hari ini disahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kerusi DUN Kajang selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba semalam.

Dalam sidang media yang dibuat hari ini di ibu pejabat PKR, turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kononnya memperlihatkan sokongan padunya akan tindakan Anwar untuk bertanding di DUN tersebut.

Ketika sidang media diadakan, Anwar memberitahu tindakan beliau bertanding sebagai calon adalah kerana bagi memastikan pucuk pimpinan PKR bertambah kukuh demi mencapai hasrat parti PR untuk menawan Putrajaya.

“Kita bermesyuarat dan keputusan kita ialah menumpukan DUN Kajang dan keputusan kita bersama untuk memastikan pimpinan PKR bergerak menjadikan tapak yang kuat, untuk mengambil alih Putrajaya,” kata Anwar.




Umum mengetahui, ramai pemimpin parti PR bersetuju apabila Anwar diangkat menjadi calon untuk bertanding selain sebagai landasan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor selepas ura-ura mengatakan Khalid bakal dipecat.

Isunya adalah kerana pergaduhan peribadi yang tercetus antara Khalid dan Azmin yang berlarutan sekian lama hinggakan Anwar terpaksa mengambil keputusan seperti ini.

Namun, biarpun Anwar begitu lantang mengkritik Khalid sebelum ini dan juga selepas diumumkan Azmin digugurkan dari ahli lembaga PKNS, Anwar nampaknya masih memerlukan khidmat Khalid sebagai MB Selangor.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Anwar dalam sidang media pengesahan beliau bertanding dalam PRK Kajang.

“Jadi setakat ini kita minta MB (Khalid) teruskan tugasnya sehingga kita lihat seterusnya,” katanya.

Ini menampakkan semakin jelas permainan yang cuba dilakukan oleh Anwar apabila menampakkan sisi dirinya yang begitu telus kononnya mahu memperjuangkan matlamat parti PR tetapi berteka-teki dengan membiarkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar tanpa kata putus yang tepat.

Secara tidak langsung, Anwar masih lagi bertekai-teki sama ada beliau akan menjadi calon untuk jawatan MB Selangor selepas Khalid dilucutkan jawatannya.

Malah, Khalid juga seolah-olah menutup mata tentang isu dirinya akan disingkirkan dari mentadbir Selangor selepas hampir sepenggal lebih menyandang jawatan besar itu dengan mengumumkan sendiri pencalonan Anwar.




“Itu bukan isunya sekarang, sekarang kerja kita ialah membantu untuk DUN Kajang menang, laporan akhbar boleh membantu juga supaya tidak perlu ada pertandingan di situ,” kata Khalid.

Dalam perkembangan sama, Azmin juga memainkan peranan beliau dengan memuji dan ‘membodek’ langkah yang dibuat oleh ketuanya dengan hasrat dirinya tidak akan tersingkir dari pergaduhan antara dirinya dan Khalid.

Kata Azmin, tindakan Anwar itu satu tindakan yang wajar dan patut dipuji kerana dilihat sebagai perjuangan untuk memartabatkan parti.

“Saya rasa ini melibatkan soal perjuangan parti, bukan soal kepentingan peribadi,” kata Azmin.

Justeru, dalam soal perebutan kuasa yang berlaku di Selangor, inilah permainan dan teka-teki yang cuba dimainkan oleh Khalid, Anwar dan Azmin dan alasan mahu memperjuangkan dan memartabatkan parti PR adalah satu alasan yang tidak ikhlas.
PRK Untuk Selesai Kemelut Dalam Parti… Bazir Duit Rakyat, Berapa Mantan YB Dapat??????Perletakan jawatan ADUN Kajang semalam sememangnya menjadi kejutan apatah lagi ianya berlaku dalam keadaan tiada isu-isu besar yang terpalit ke atas dirinya.

Apa punca, sebab musabab perletakkan jawatan Lee Chin Cheh?

Paling menguntungkan ialah Anwar Ibrahim, kerana pasti keadaan ini ibarat “diversion” kepada isu Jepun dan isu anaknya yang sedang panas diperdebatkan. Lebih hebat lagi, bukan sekadar mengalihkan isu, tetapi suasana yang sedang diciptanya memberi ruang dan peluang untuk menyelesaikan masalah dalam parti. Bijak bukan?



Demokrasi, itu bakal diucapkan oleh Anwar Ibrahim dalam menghalalkan strateginya, sedangkan apa yang rakyat perlu tahu ialah, pilihanraya kecil yang bakal berlangsung dijangka menelan kos sekitar RM2 juta. Dan kos ini bermakna wang rakyat. Bukankah mereka seringkali mendesak agar Kerajaan berjimat dan jangan boros menggunakan wang rakyat? Wang rakyat digunakan untuk selesaikan masalah dalam PKR di Selangor! Membazir!

Perletakan jawatan ADUN Kajang itu juga bermakna beliau tidak layak menerima pencen wakil rakyat. Apakah wujud gantirugi yang bakal diperolehi hasil perletakan jawatan tanpa sebab itu? Atau sekadar membiarkan ianya hanyut begitu sahaja… ini politik, bukan kebajikan, and money do the talks! Nothing is free in PKR.

You do not believe it? Please ask Johari Abdul. He knows how “minyak pelincir” works.

Sejarah sudah tercipta pada PRK DUN Penanti apabila BN mengambil sikap untuk tidak campurtangan serta tidak meletakkan calon hanya semata menjadi sebahagian dari “pemain politik” garapan PKR. Kekosongan DUN Kajang bukanlah berasaskan norma biasa seperti kematian, atau akibat hukuman penjara, waima ketidakpuasan wakil rakyat terhadap parti yang diwakilinya.

Kekosongan DUN Kajang adalah satu lagi aktiviti luar norma dan songsang yang sudah menjadi trend dan kebiasaan Parti Keadilan Rakyat dalam cita-cita menyelesaikan masalah dalamannya.

Bagi penulis, Barisan Nasional harus mengekalkan prinsip yang sama ditunjukkan pada PRK DUN Penanti tahun 2009. Tidak perlu terikut-ikut dengan permainan politik songsang PKR.

PRK DUN Kajang: Pembaziran Wang Rakyat Demi Nafsu Serakah Politik PKR????

Dalam Pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanja RM 1.3 juta untuk kos pengurusan perjalanan pilihan raya tersebut. Kali ini dianggarkan sekitar RJM 1.5 juta akan diguna oleh SPR bagi melaksanakan satu lagi pilihan raya kecil. Jika dahulu akibat kematian penyandang jawatan, kali ini pilihan raya terpaksa diadakan bagi memenuhi nafsu serakah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, daripada PKR Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan turut mendapat perhatian bekas mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Menurut Asri, tindakan tersebut hanya akan mengorbankan duit rakyat.

“Berapa banyak wang rakyat terkorban jika YB asyik letak jawatan. Jika alasan kukuh takpa. Ini apa alasan?” katanya di dalam laman twitter rasminya malam semalam.

Selain Asri, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin turut dilihat mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial twitter miliknya, dengan ‘menyerang’ mereka yang dilihat cuba untuk menyingkirkan bosnya.

Faekah melalui tweet lewat malam tadi meminta mereka yang berada di luar Selangor agar meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959. Dia turun mengingatkan ‘mereka’ tindakan itu boleh dilihat sebagai menghina Sultan Selangor.

“Politician outside Selangor, do study State’s Constitutions, the process and procedure. Don’t insult Sultan and never overestimate yourself,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mereka yang ingin memecat Khalid itu sebagai ‘bernafsu besar’.

“Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?” soalnya.

Kerusi Dun Kajang N25 bakal menyaksikan pilihan raya kecil apabila bekas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan media tiga perenggan Isnin malam, Lee antara lain hanya berkata keputusannya untuk meletakkan jawatan adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat (PR) berkhidmat untuk rakyat Selangor’.

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh speaker DUN Selangor Hannah Yeoh petang semalam yang mengatakan akan memaklumkan secara kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Yeoh turut berkata, dia telah menerima surat peletakan jawatan Lee.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penganalisis politik yang melihat peletakan jawatan itu bagi membolehkan ‘kemelut’ dan ‘pergolakan politik’ PKR Selangor di selesaikan. Malah ada yang merasakan tindakan itu bagi membolehkan Anwar bertanding di peringkat DUN sekali gus mengambil alih jawatan Menteri Besar.

Mungkin kerana ingin mengampu dan membodek Anwar, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan media yang menyokong Ketua Pembangkang itu diletakkan sebagai calon.

Melalui kenyataan 5 perenggan yang dikeluarkan petang tadi, dia mengatakan HANYA Anwar yang sesuai menjadi calon.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang,

Melayu P.Pinang Senasib Dengan Umat ISLAM Di BOSNIA?????


Kisah penghapusan etnik ini sudah berlaku sejak dulu lagi , jika dulu kita mendengar kisah bagaimana orang-orang Yahudi di bunuh dengan kejam oleh tentera Nazi di Eropah kini penghapusan etnik ini berlaku secara senyap-senyap dengan menggunakan kaedah yang berbeza.

Situasi sama pernah berlaku di Benua Afrika , Somalia , Myanmar , Bosnia dan banyak negara lain sebelum ini namun sesuatu yang agak mengejutkan adalah cubaan untuk menghapuskan etnik ini juga berlaku di sebuah negara seperti Malaysia.

Walaupun tidak di buat secara terang-terangan , ianya boleh di ibaratkan sebagai penghapusan etnik terhadap orang-orang Melayu di Pulau Pinang.



Malah tindakan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sebenarnya jauh lebih ZALIM kerana mereka bukan sahaja bertindak menghalau tetapi menyiksa zahir dan batin setiap daripada mangsa tindakan tersebut.

Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman yang mendakwa lebih 200 gerai milik peniaga Bumiputera dirobohkan dan diberi notis mengosongkan tempat oleh pihak berkuasa tempatan di 22 kawasan di negeri itu sejak 2010 merupakan antara bukti kaedah pengusiran ini di lakukan.

PAS Harus MEnilai Tingkah Laku PKR Mainkan....Politik KOtor PKR????

Menurut sumber, mereka sudah bosan dengan permainan PKR dan Dap sering kali membuat keputusan membelakangi Pas.


Terbaru, kemelut melanda PKR Selangor dimana Adun Kajang meletak jawatan.Walaupun Pas memenangi kerusi Dun lebih banyak berbanding PKR di Selangor, tapi keputusan yang dibuat banyak meminggirkan parti itu dan Khalid gagap dikatakan hanya menjadi boneka kepada Dap.

PERKATAAN "MAAF" MENJADI SENJATA PUAK CINABENG UNTUK TERUS MENGHINA MELAYU DAN ISLAM????DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA ???


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.
Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

DEWAN PEMUDA PAS TUNTUT PENJELASAN MUNASABAH ADUN KAJANG LETAK JAWATAN?????

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila,
perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor. Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.



Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

NASRUDIN TANTAWI SUDAH SEDAR ANWAR IBRAHIM SEORANG YANG GILA BABI?????

Untuk pertama kalinya aku setuju dengan Nasrudin Tantawi.

Semoga ahli PAS yang lain dapat bukak mata apa yang sedang terjadi dan sedar siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.
Baca dengan teliti penulisan di bawah dan berlapang dada menerimanya hakikat siapa Anwar, rakan kongsi PAS dalam pakatan anda.
JPX

Nasrudin Hassan
Kajang Pak Malang



1. Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main - main jerr !

2. Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

3. Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.

4. Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

5. Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan. Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan - rakan kompenan Pakatan Rakyat. Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

PRK KAJANG: BN PASTIKAN ADANYA PERTANDINGAN???

Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya akan menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan DUN berkenaan berikutan peletakan jawatan oleh Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu semalam.

"Mengikut amalan demokrasi di negara ini sekiranya sesuatu kawasan itu kosong dan SPR juga mengumumkan perlunya ada pilhan raya.. menjadi amalan biasa untuk kita meletakkan calon... takkan kita nak biar begitu saja.

"Tidak kira siapapun calon diletakkan pembangkang...kita akan umum calon selepas pengumuman SPR nanti," katanya pada sidang media selepas Majlis Perutusan Menteri Pendidikan di sini sebentar tadi.


Bukan mudah untuk Anwar jadi MB, kata Agus?????


Jika benar spekulasi bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi DUN Kajang bagi membolehkan dirinya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka perkara tersebut bukanlah semudah yang 'dirancangkan'.

Menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ini kerana kuasa melantik seseorang Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terlebih dahulu.



"Andaikanlah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bertanding dan menang, apakah beliau akan menjadi MB? Jawapannya tidak semudah itu.

"Pertama, beliau tetap memerlukan sokongan rakan-rakan lain dalam kalangan Pakatan, dan kedua, beliau memerlukan perkenan Tuanku Sultan.

"Ini kerana kuasa melantik menteri besar adalah kuasa budi bicara Sultan," katanya menerusi status di laman sosial Facebooknya, semalam.

Umum mengetahui bahawa

BEKAS ADUN KAJANG LARIKAN DIRI DARIPADA WARTAWAN?????

Apakah sebenarnya yang berlaku susulan daripada peletakan jawatan serta-merta ADUN Kajang, Lee Chin Cheh sehingga ada berita yang mengatakan ini adalah arahan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang akan bertanding di DUN Selangor bagi menyelesaikan persengketaan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali?

Speaker DUN Selangor. Hannah Yeoh dalam pada itu telah menerima surat peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN dan akan mengemukakan kepada SPR pada hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan.



Tindakan ahli PKR secara mengejut ini bukanlah kali pertama bahkan pernah dilakukan oleh orang yang sama di mana ketika itu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya yang juga bekas banduan, Anwar bertanding biarpun Pilihan Raya Umum Ke-12 belum sampai setahun.

Perbuatan itu jika dilihat lebih terarah untuk kepentingan politik PKR sahaja berbanding asas sebenar pilihan raya adalah untuk memilih pemimpin bagi memimpin dan memelihara kebajikan rakyat.

Harus diingat bahawa mengadakan PRK dengan saja-saja seperti yang dilakukan PKR sekarang ini adalah sebenarnya merugikan wang rakyat. Apakah PKR tidak tahu atau buat-buat tidak tahu kos yang terpaksa dibelanjakan SPR untuk mengadakan pilihan raya melibatkan jutaan ringgit?

Jika kerusi DUN atau Parlimen itu kosong disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia atau dikenakan penjara sehingga hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat, itu boleh diterima, tetapi jika mengosongkan kerusi dengan serta-merta tanpa sebab seperti yang dilakukan ADUN PKR itu sesuatu yang sangat-sangat salah.

Juga, tindakan Lee Chin Cheh yang mengosongkan kerusi ADUN Kajang dilihat sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi Kajang dalam PRU-13 sebelum ini. Secara jelas, pemimpin PKR hanya lebih mementingkan kuasa politik berbanding membantu rakyat di kawasan yang dimenangi mereka.

Ini seolah-olah PKR cuba mempermainkan pengundi Kajang yang memilihnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukannya sesuka hati meletak jawatan demi kepentingan politik seseorang sahaja.

PRK DUN KAJANG - YUKTES VIJAY AKAN LAWAN ANWAR????


Bekas pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay hari ini mengumumkan hasrat untuk mencabar dan bertanding di kerusi N25 Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Kajang...Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada 5 Februaru ini berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor.
Jadi sama-sama kita tunggu.....

INI BARU GEMPAR!!! 8 LAGI ADUN PKR BAKAL LETAK JAWATAN MENJELANG KHAMIS??????


PKR memang dah biasa buat kerja-kerja alihkan isu ini dengan mengorbankan orang-orang mereka sendiri. Ingat tak lagi bagaimana Wan Azizah diarahkan lepaskan Parlimen Permatang Pauh untuk Anwar bertanding, kemudian Penanti, kemudian Bukit Selambau... semuanya demi politik Anwar Ibrahim yang sedang kacau bilau ketika itu.

Sekarang, Anwar kacau bilau lagi dengan projek Jepunnya yang serba memalukan, projek Khalid Ibrahim yang dah makan kulit muka, projek Azmin Ali yang tetap kantoi nak jadi Menteri Besar Selangor, selain projek menipu tentang perbendaharaan negeri serta perolehan negeri yang tidak lagi dapat ditutup atau diselindungi dengan pembohongan demi pembohongan.

Mahu tidak mahu, memang kena buat dramalah...

Di Selangor, BN menerusi UMNO hanya menang 12 Kerusi DUN. Pusing kut mana pun, malah walau berganding dengan PAS yang menang 15 Kerusi DUN pun, UMNO tidak akan mungkin dapat jadi Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi inilah masanya untuk PKR alihkan segera isu-isu tentang konflik dalaman parti tersebut terutama menjelang pemilihan parti yang sudah tidak lama lagi akan berlangsung. Malah turut berpeluang mengalihkan isu perceraian Nurul Izzah dan suaminya yang begitu hangat hujung minggu lepas.

Sudah terdengar cerita kononnya 8 orang ADUN PKR Selangor akan meletakkan jawatan sebagai protes kepada Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Makna kata, kalau benarlah berlaku, maka akan adalah 8 PRK di Selangor.

Nak minta DAP dan PAS bersetuju agar DUN di Selangor bubar, memang tak bolehlah. Jadi, kenalah PKR sahaja yang bubarkan kerusi yang mereka miliki.

Drama dan terus berdrama puak-puak PKR nih...

Anehnya, MELAYU-MELAYU SELANGOR SUKA TENGOK DRAMA NI sebagaimana sukanya sesetengah orang melongo sampai terjelir-jelir lidah menonton Anugerah Juara Lagu!!!

Selasa, 3 September 2013

DAP KENA HENTAM DENGAN ROS?????

Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini membidas DAP kerana tidak pernah memaklumkan apa-apa maklumat atau perkembangan mengenai pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dilaporkan mengambil tempat pada 29 September ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, daripada memberi maklumat rasmi kepada ROS, DAP sebaliknya dilihat lebih gemar membuat pengumuman melalui media massa.
''Sampai hari ini saya tak terima apa-apa daripada DAP, apa benda dia nak buat saya pun tak tahu. DAP cakap (buat pemilihan) pada September, saya pun hanya tahu melalui media massa.
''Sekarang dia cakap cakap sahaja, saya pun tak tahu apa yang DAP mahu lakukan sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen pendaftaran kepada 20 parti politik baharu di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai perkembangan terkini pemilihan semula CEC DAP.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mempersoalkan kenapa DAP belum menyerahkan 500 surat pengesahan yang dikatakan ditandatangani oleh wakil yang tidak hadir dalam pemilihan CEC akhir tahun lalu, untuk mengesahkan bahawa mereka telah menerima notis tersebut tetapi tidak menghadirinya atas sebab peribadi.

''Mana senarai, mana surat itu? Pada 20 Ogos lalu, dia cakap mahu serahkan, hari ini sudah 2 September," katanya mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa surat berkenaan akan diserah oleh DAP walaupun tidak diminta ROS.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata, permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai parti politik tidak dapat diproses kerana parti pembangkang tidak mengemas kini maklumat yang sudah diubah.
''Mereka tidak maklumkan kepada ROS walaupun maklumat Jawatankuasa Bertindak Sementara (Protem) mereka telah ditukar

Apa Tindakan Paling Wajar Dikenakan Pada Puak Kurang Ajar Ini?????


Sehingga saya menulis artikel ini, difahamkan Hishamuddin Rais dan Adam Adli sedang ditahan di Balai Polis (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan mengibarkan bendera “Sang Saka Malaya” pada malam kemerdekaan baru-baru ini.......Selain Isham Rais dan Adam Adli, turut dikatakan terlibat mengibarkan bendera “songsang” itu ialah Sasterawan Negara, A Samad Said, yang mendeklamasikan sebuah sajak yang dia sendiri saja yang faham pada malam tersebut. Namun dia dikhabarkan belum ditahan polis…

Ramai benar rakyat yang marah pada geng “sesat” dan tidak tahu sejarah itu. Yang paling marah ialah pakar-pakar sejarah negara seperti Prof Datuk Ramlah Adam, Prof Madya Dr Sivamurugan dan pelbagai pihak yang mengecam tindakan bodoh tersebut.

Boleh dikatakan majoriti rakyat yang prihatin mahu kumpulan biadap yang mencemarkan malam ambang merdeka itu dikenakan tindakan tegas. Paling berat, mereka mengesyorkan agar geng kurang ajar itu dilucutkan kerakyatannya.

Nama BOS Kongsi Gelap Akan Di Dedahkan????

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan mendedahkan nama-nama ketua atau dalang kumpulan kongsi gelap di negara ini seperti mana pendedahan 49 kumpulan gengster yang diumumkan baru-baru ini.....Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pendedahan itu mungkin akan dilakukan polis jika perlu dan signifikan dengan setiap tindakan serta siasatan yang dilakukan oleh PDRM.......Katanya, polis ketika ini mempunyai semua maklumat berkaitan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara termasuklah nama ketua yang bertanggungjawab menjadi dalang utama kumpulan.

"Jika perlu kita akan umumkan mereka yang menjadi ketua bagi kumpulan-kumpulan kongsi gelap ini,
rasa selain dari mendedahkan nama ketua , tindakan atau operasi untuk menangkap mereka-mereka ini juga perlu di lakukan.Tak guna dedah nama sahaja tanpa tindakan , tak ada kesan !!..

Harga petrol naik~ Rafizi ajak Khairy debat lagi...Inilah Isu Saja Dapat Dimainkan Oleh PR???????


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk satu lagi pusingan debat, kali ini berkenaan isu kenaikan terbaru harga minyak.........Seperti mana yang dijangka, Rafizi Ramli menyelar tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.....Najib yang juga Menteri Kewangan berkata tindakan itu diambil sebagai langkah awal mengurangkan defisit negara selain menjimat dana untuk membiayai program-program membantu rakyat berpendapatan rendah termasuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Rafizi mendesak perbahasan diadakan antara beliau dan Khairy untuk mengupas fakta-fakta yang menyebabkan kepada kenaikan harga minyak oleh kerajaan.

"Saya minta supaya Datuk Seri Najib untuk membenarkan Khairy Jamaluddin berdebat dengan wakil Keadilan mengenai isu harga minyak ini kerana saya pasti beliau bersedia untuk berdebat kecuali presiden Umno tidak membenarkan.

Rafizi mendakwa kenaikan harga minyak berpunca daripada salah urus ekonomi dan berkata kerajaan seharusnya mengurangkan subsidi untuk sektor korporat yang termasuk penjana elektrik bebas.

PR diam bila Pulau Pinang naikkan 100% surcaj air????


P
etrol memang sudah dijangka naik harga ekoran harga minyak dunia yang sedang melambung naik sekarang ini, apatah lagi, ambang perang di beberapa buah negara, terutama sekali di negara-negara pengeluar minyak sedang mula tercetus......Usaha Kerajaan Malaysia untuk menahan kenaikan harga tersebut, tidak mampu bertahan lama memandangkan tiada sebarang petunjuk, harga komoditi berkenaan akan menurun dalam tempoh terdekat ini.

Kalau zaman Perang Dunia Kedua dahulu, getah dan timah naik harga berkali-kali ganda kerana perang, sekarang ini yang naik harga pula adalah Petroleum.

Dan petroleum bukan boleh ditoreh atau pokoknya boleh ditanam di mana-mana sahaja sebaliknya pemilikan petroleum melibatkan syarikat-syarikat negara dan kapitalis-kapitalis yang memang mengharapkan sebarang spekulasi dan faktor kenaikan harga akan berlaku sekerap yang mungkin.....

LIM GUAN ENG PATUT DAH BOLEH KELUARKAN ARAHAN, HARAMKAN STESEN MINYAK DI SELURUH PULAU PINANG????


Masa filem TANDA PUTERA hendak ditayangkan di Pulau Pinang, Guan Eng segera mengeluarkan arahan MENGHARAMKAN tayangan filem berkenaan, kononnya filem tersebut memaparkan fakta-fakta sejarah yang telah diputarbelitkan dan memberi kesan buruk kepada DAP. Apabila orang ramai mentertawakan kekalutan dan kegelabahan Guan Eng, anak Lim Kit Siang itu segera membetulkan kenyataannya bahawa ARAHAN PENGHARAMAN itu sebenarnya bukanlah arahan tetapi NASIHAT.

Begitu juga apabila perarakan dan demonstrasi menentang Kerajaan UMNO, bukan main lagi Guan Eng memberikan hujah-hujahnya membenarkan perbuatan berkenaan tetapi apabila demonstrasi dan perarakan menentangnya dibuat di Pulau Pinang, kelam-kabut Guan Eng memanggil polis yang dilabelkannya sebagai ANJING UMNO untuk menghalang semua demonstrasi dan perarakan.

Bila para pecacai DAP mengutuk PDRM dan menyifatkan PDRM tidak mempunyai kuasa untuk menghapuskan penyangak dan penjenayah, maka Guan Eng tampil pula dengan cerita menggantikan PDRM dengan pelbagai cdangan tidak masuk akal, termasuklah mengecilkan jumlah keanggotaan PDRM yang disifatkannya sebagai membazir.

ADAM ADLI & HISHAMUDDIN RAIS DITAHAN POLIS ???

Padan muka! Inilah respons kita apabila mengetahui 2 penyokong pembangkang yang biadap dan kurang ajar telah ditahan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi....Mereka ditahan kira-kira jam 9 malam semalam sewaktu sedang makan malam di Kampung Baru. Media melaporkan mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana tindakan mereka mengibarkan bendera Sang Saka dan menghina bendera Jalur Gemilang.....Dan jika disabitkan, mereka akan :
...boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun????

Dinasti Lim” Wajar “Kembiri”kan Anthony Loke…????

Saya tak tahulah orang lain, namun jika saya yang menerajui takhta “Dinasti Lim”, sudah tentu saya perintahkan Anthony Loke Siew Fook dijatuhkan hukuman “kembiri” dan dilarang sama sekali menjawat jawatan di dalam organisasi “chauvinis ultra kiasu”…Bukan apa. Sebelum ini Anthony Loke ada berjanji akan mengemukakan sejumlah 500 surat asal yang telah ditandatangani oleh para perwakilan DAP sebelum pemilihan CEC parti itu yang diadakan pada akhir tahun lalu kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Namun walaupun janji Setiausaha Organisasi DAP itu dilafazkan pada 19 Ogos lalu, dia masih dilaporkan gagal menunaikan janjinya itu. Pada saya, perkara itu mampu menjejaskan kreadibiliti dan imej bersih telus yang kononnya ada pada DAP, bukan?

Memang ada beberapa pihak sebelum ini yang tampil mendesak dan mencabar Anthony untuk menunaikan janjinya. Namun pada saya, apa yang Anthony nak tunaikan jika sememangnya surat asal tersebut tidak pernah wujud? Kalau tak wujud, macam mana dia nak serah pada RoS?

Saya yakin, jika surat itu wujud, tak payah didesak atau diberi tempoh seminggu. Dia janji nak serah pada RoS pada 19 Ogos (Isnin), esoknya 20 Ogos (Selasa) pun dia boleh serah terus pada RoS, bukan? Apa masalahnya sampai perlu surat itu “diperam”?

Ummu Jah Sudah Sedia, PAS Bila Lagi????


Alhamdulillah, syukur pada Allah apabila media melaporkan tentang balu pengasas pertubuhan Al-Arqam, Hatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah telah mengumumkan kesediaannya untuk bertaubat dan kembali pada Islam sebenar....Sebelum ini Ummu Jah memang terkenal dengan kontroversi di seluruh dunia apabila berkali-kali ditahan atas tuduhan mengamalkan ajaran sesat, “aurat Muhammadiah”. Berbaik sangka dengan keikhlasannya untuk bertaubat nasuha, kita wajar berfikiran positif atas kenyataan Ummu Jah itu.

Lagipun, siapalah kita untuk menutup pintu taubat padaNya, bukan? Dan Allah sendiri berfirman bahawa Dia sentiasa mendengar taubat hambaNya dan pintu taubatNya sentiasa terbuka pada mereka yang kesal serta ingin pulang ke pangkal jalan…

Meskipun mengamalkan ajaran sesat sebelum ini, Global Ikhwan Sdn Bhd milik Ummu Jah dilihat sangat berjaya apabila dilaporkan memiliki aset dan aliran tunai berjumlah ratusan juta ringgit. Pandai sekali bekas pengikut Al-Arqam berniaga, bukan?

FAKTA EKONOMIS YANG PERLU KITA TAHU TENTANG KENAIKAN BR1M, PETROL RON95 DAN DIESEL ~NajibRazak????

Di bawah adalah penjelasan DS Najib Razak tentang kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter.Harga minyak Malaysia masih antara termurah di ASEAN
1. Kerajaan akan terus bagi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80sen untuk diesel.
2. Kerajaan akan tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.
3. Melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

4.Bagi tahun sepenuhnya, negara menjangka dapat berjimat kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion.

Isnin, 2 September 2013

KERAJAAN PR UMUM PENURUNAN HARGA MINYAK DI SEMUA NEGERI PAKATAN??????

Terkini! Penurunan Harga Minyak.
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.

Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.....?

KECOH HARGA PETRON95 NAIK RM0.20 TETAPI SENYAP SUNYI SURCAJ AIR DI PULAU PINANG NAIK 100%?????


Drama antara Pengarah KPDNKK dan Menteri KPDNKK yang menolak 'kebocoran' cerita kenaikan harga PETRON95 dan Diesel, masih lagi diperkatakan. Dan barangkali Perdana Menteri tidak dimaklumi tentang kenyataan yang telah dibuat oleh Pengarah KPDNKK bernama PN NORIZAN RAMLI dan Menterinya, Hasan Malek menafikan kenaikan berkenaan hanya beberapa jam sebelum pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri......Kalau Perdana Menteri tahu dan diberitahu, tentulah KESILAPAN semudah dan selawak itu, tidak akan menjadi bual bicara.

Apa pun, petrol memang sudah dijangka naik harga ekoran harga minyak dunia yang sedang melambung naik sekarang ini, apatah lagi, ambang perang di beberapa buah negara, terutama sekali di negara-negara pengeluar minyak sedang mula tercetus. Usaha Kerajaan Malaysia untuk menahan kenaikan harga tersebut, tidak mampu bertahan lama memandangkan tiada sebarang petunjuk, harga komoditi berkenaan akan menurun dalam tempoh terdekat ini.

Baik Bincang Dengan Biawak Dari Bincang Dengan Anwar Dajjal?????

BERITA awal yang mengatakan Anwar Ibrahim sudah bersedia menerima kekalahan dalam PRU13 yang lepas, nampaknya sudah terbukti palsu walaupun yang siarkan mula-mula tu ialah portal pro pembangkang sendiri, The Malaysian Insider.

Tapi berita yang dia nak berbincang dengan Perdana Menteri tu, nampaknya memang cerita betul. Entah apa mimpi peliwat tua tu tiba-tiba pulak nak berbincang dengan Perdana Menteri, gebang macam hebat sangat. Pakai undang-undang mana pulak yang ‘kuat’ kononnya ni nak bincang dengan yang ‘lemah’?

Apa pun, penulis suka nak mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya tolak saja cadangan si Anwar ni. Dari bincang dengan dia, lebih baik bincang dengan apa makhluk Allah yang lain di muka bumi ini, nak-nak yang ada otak tapi takdak akal macam beruk dan biawak, sama juga hasilnya.

ANWAR IBRAHIM KEMBALI DIPERKATAKAN! PAS TERLAMBAT LAGI????

Anwar Ibrahim tahu apa yang sedang berlaku dan Anwar Ibrahim sangat marah dengan PAS kerana parti yang ditubuhkan dari sisi rusuk UMNO itu, disifatkan sebagai mengkhianati perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri. Malah lebih teruk lagi, di dalam PKR sendiri, Anwar Ibrahim dan anak beranak sedang terancam apabila sudah ada gerakan untuk menyisihkan Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah secara sistematik.
Beberapa arahan yang dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim telah dibocorkan oleh kelompok dalaman PKR sendiri.

Kebelakangan ini, Anwar Ibrahim sentiasa dalam tekanan. Beberapa gerakan di dalam PAS terutama sekali dalam kes penyapuan elemen Anwarinas dalam parti, telah memberi kesan yang amat besar kepada Anwar Ibrahim. Cengkamannya ke atas PAS, nampaknya kian berakhir, terutama menjelang pemilihan utama parti berkenaan.

Lebih teruk lagi buat Ketua Umum PKR itu ialah apabila sudah beberapa kali, segelintir pemimpin PAS yang selama ini mendiamkan diri dan hanya membiarkan sahaja mereka dikuasai oleh penyokong serta penyembah Anwar Ibrahim, kini sudah bersuara, menyanggah beberapa keputusan dan dasar Pakatan Rakyat, sekaligus memberi malu kepada Anwar Ibrahim sendiri.

Dan yang paling ditakuti oleh Anwar Ibrahim ialah apabila sudah ramai penyokong dan pemimpin PAS yang memberikan persepsi negatif terhadap DAP, sambil mengungkit-ngungkit perbuatan serta tindakan dan keputusan Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu yang terlalu banyak merugikan PAS.

Disebabkan itulah, Anwar Ibrahim cuba mensensasikan isu kononnya Najib Abdul Razak, UMNO dan Barisan Nasional cuba mengadakan rundingan meja bulat dengannya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan, bukan PAS yang terlebih dahulu berada di meja rundingan dengan UMNO dan Barisan Nasional, sebaliknya dia sendiri.

Itulah sebabnya, para pecacainya sudah mulai bising. Kata mereka, Anwar akan lebih disanjung sekiranya dia meneruskan tentangannya terhadap UMNO, Barisan Nasional dan Najib Abdul Razak.

Malangnya, di pihak lawan, Najib, UMNO dan Barisan Nasional tidak hingin langsung bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim sebagaimana yang diberitahu oleh Ketua Umum PKR itu kepada para penyokongnya. Yang beria-ia buat cerita adalah Anwar dengan harapan, cerita itu akan menjadi kuasa pendesak bukan sahaja kepada UMNO dan Barisan Nasional serta Najib Abdul Razak, tetapi khususnya kepada PAS yang semakin menyakitkan hati Anwar!!!

GRADUAN UNDANG2 UITM KESAYANGAN DAP..??????

Dyana Sofya Mohd Daud (gambar)berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu. Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas. Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM.....Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu. "Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan media pro-Pakatan baru-baru ini.

Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.

16 September : Yahudi kecewa janji Anwar jadi PM hanya bohong????


Masih ingatkah anda dengan 16 September? Hari yang diwar-warkan
Anwar sebagai hari peralihan kerajaan BN ke kerajaan PR. Dengan begitu
yakin sekali Anwar menjanjikan kepada pengikut-pengikutnya yang bebal
bahawa dia akan menjadi PM dan ke Putrajaya pada 16 September 2008.
Anda juga tahu apa yang jadi selepas itu. Impian tinggal impian,
cita-cita tak kesampaian, hanya orang gila saja percaya orang gila
macam Anwar.

Tapi tahukan anda bahawa sebenarnya rancangan Anwar hampir
berjaya?