SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 3 September 2013

FAKTA EKONOMIS YANG PERLU KITA TAHU TENTANG KENAIKAN BR1M, PETROL RON95 DAN DIESEL ~NajibRazak????

Di bawah adalah penjelasan DS Najib Razak tentang kenaikan harga petrol RON95 dan Diesel sebanyak 20 sen seliter.Harga minyak Malaysia masih antara termurah di ASEAN
1. Kerajaan akan terus bagi subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80sen untuk diesel.
2. Kerajaan akan tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M.
3. Melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

4.Bagi tahun sepenuhnya, negara menjangka dapat berjimat kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion.



5.Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3 % kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

6.Proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.

7.Kerajaan akan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

8.Inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat....Di bawah pula adalah pandangan pakar ekonomi tentang harga petrol terbaru ini. Menurut Dr Yeah Kim Leng, Ketua Ekonomis Rating Agency Malaysia Holding's Bhd's (RAM)
1.Increasing the RON95 pump price by 20 sen to RM2.10 has been hailed as the right move to address the ever-increasing government debt, which currently stands at 53.5% as at the end of last year.

2.Headline inflation at 2% at the end of July is the right timing to introduce a gradual subsidy removal.

3.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) amounting to RM500 was paid out for 2013 and for 2014, BRIM could be increased to RM1,000 or even RM1,500.

4.The household income level for those in the lower income group has risen by 6%-7% from 2009 to 2012, and this would cushion the increase in petrol prices.
Nampaknya, kerajaan masih terpaksa menanggung subsidi yang tinggi iaitu 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel supaya tidak membebankan rakyat.

Dalam masa yang sama, BR1M akan dinaikkan untuk meringankan kenaikan harga petrol itu.

Yang paling penting sekali, pengurangan belanja kerajaan sebanyak RM3.3 bilion itu boleh digunakan untuk manafaat rakyat Malaysia.

Tetapi dalam masa yang sama, MiM sarankan agar pemantauan kepada pihak-pihak yang akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga keperluan rakyat.

Kita lihat juga respons kepimpinan pembangkang yang sudah tentu akan memainkan isu ini. Kita lihat sama ada Lim Guan Eng DAP berani mahu 'mengarahkan' pemilik stesyen minyak untuk tidak menaikkan harga petrol di Pulau Pinang sama seperti yang beliau buat kepada filem Tanda Putera?

Dan kita juga perlu tahu di manakah negara Malaysia jika dibandingkan dengan negara lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan