SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 3 Mei 2014

UMNO persoal keikhlasan Pas laksana hudud????


Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.
UMNO hari ini mempersoalkan keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan, sama ada ia benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik semata-mata.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan kenyataan pemimpin DAP Teresa Kok Selasa lepas yang mendakwa Pas ingin melaksanakan hukum itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu, selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

“Jika benar apa yang dinyatakan Teresa bahawa ia untuk memerangkap UMNO dan mencapai tujuan politik Pas semata-mata tentunya hukum hudud yang bakal dilaksanakan dan hajat untuk mendapatkan sokongan daripada UMNO merupakan taktik politik yang harus dinilai semula oleh semua orang Islam di Malaysia,” katanya pada persidangan akhbar di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, UMNO akan mengkaji kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Pas mengenai maksud tersurat dan tersirat tujuan parti itu ingin melaksanakan hukum hudud.

Beliau berkata, UMNO tidak pernah menolak hukum hudud, malah memberi dukungan kepada cadangan melaksanakannya yang merupakan hukum qat’ie (yang tidak boleh dipertikai) selagi ia berlandaskan hukum Islam sepenuhnya berdasarkan kepada nas, Ijma’ Ulama’ dan Qiyas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan