SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 27 Mei 2014

TOYOTA WISH REMPUH ANGGOTA POLIS HINGGA MAUT DITEMUI DIBAKAR PENJENAYAH...???

SEBARKAN...Diminta mengesan penjenayah yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish warna emas no pendaftaran WRU 5308 kerana telah merompak dan merempuh seorang anggota polis di jalan Alor Pongsu. Anggota polis tersebut telah terkorban demi menyelamatkan keadaan di Krian. Alfatihah

Ketua Polis Perak dan keluarga serta seluruh warga PDRM Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham L/KPL 169004 Mohd Azuan Bin Abdullah (URB IPD Kerian) berusia 25 tahun yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Mei 2014 lebih kurang jam 10 pagi. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian ketika sedang mengejar dua buah kereta yang terlibat dalam satu kes samun dekat Alor Pongsu.


Dalam kejadian lebih kurang jam 9.30 pagi tadi, pasukan polis menerima laporan dari orang awam mengenai satu kejadian samun van rokok. Pasukan URB yang berada berhampiran dengan tempat kejadian berjaya mengesan suspek yang menaiki Toyota Wish dan Honda Civic. Dalam kejadian kejar-mengejar di kawasan Batu 10 menghala Alur Pongsu, Allahyarham Mohd Azuan dirempuh dari belakang oleh suspek yang memandu kereta Honda Civic.

Orang ramai yang melihat kejadian dan mempunyai maklumat diminta menyalurkan maklumat tersebut kepada IPD Kerian di talian 05-7215222.
Allahyarham dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada Ahad ini 1 Jun 2014. Jenazah allahyarham akan di bawa ke Air Bemban, Kulai untuk dikebumikan.

Kak Yong Shariena's photo. PDRM Perak hari ini kehilangan seorang anggota yang sangat berani dan komited dalam menjalankan tugas. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh beliau dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang soleh dan beriman. Al-Fatihah.
Kak Yong Shariena's photo.
























































































Kak Yong Shariena's photo.
Kak Yong Shariena's photo.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan