SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 13 Mei 2014

SPR masuk campur jika DUN Terengganu bubar???

Photo: SPR masuk campur jika DUN Terengganu bubar???Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya hanya boleh masuk campur dalam krisis politik di Terengganu jika ada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.

Pengerusinya, Tan Sri Aziz Yusof berkata segala isu berbangkit mengenai pergolakan politik negeri itu berada dalam tangan pemimpin parti yang berkenaan.

“Ia terpulang kepada rundingan parti politik. SPR tiada ruang di sini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. SPR akan campur tangan jika ada pembubaran DUN,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita.

Barisan Nasional (BN) sehingga berita ini ditulis bukan lagi menjadi parti majoriti di Terengganu selepas tiga ADUN parti itu mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

ADUN Bukit Besi, Roslee Daud melakar sejarah menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini parti majoriti di Terengganu dengan 15 kerusi berbanding BN yang hanya tinggal 14 kerusi daripada keseluruhan 32 kerusi DUN.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib turut mengumumkan keluar Umno dan menjadi ADUN bebas.

Abdul Aziz berkata, bagi mengelakkan pilihan raya negeri diadakan semula, ADUN kedua-dua parti boleh bertemu dan mengadakan rundingan.

Katanya, ini kerana pembubaran DUN hanya dapat dilakukan jika mendapat perkenan sultan.

“Mungkin mereka berjumpa dan berunding. Itu hal parti masing-masing. Itu pun kalau sultan setuju untuk dibubarkan. Ini masih di peringkat awal. 

“Sultan sahaja yang berhak membubarkan DUN,” katanya.

Ahmad semalam sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas BN menang tipis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata pihaknya hanya boleh masuk campur dalam krisis politik di Terengganu jika ada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja.

Pengerusinya, Tan Sri Aziz Yusof berkata segala isu berbangkit mengenai pergolakan politik negeri itu berada dalam tangan pemimpin parti yang berkenaan.

“Ia terpulang kepada rundingan parti politik. SPR tiada ruang di sini. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. SPR akan campur tangan jika ada pembubaran DUN,” katanya dipetik daripada sebuah portal berita.

Barisan Nasional (BN) sehingga berita ini ditulis bukan lagi menjadi parti majoriti di Terengganu selepas tiga ADUN parti itu mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

ADUN Bukit Besi, Roslee Daud melakar sejarah menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini parti majoriti di Terengganu dengan 15 kerusi berbanding BN yang hanya tinggal 14 kerusi daripada keseluruhan 32 kerusi DUN.

Malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang juga ADUN Kijal bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib turut mengumumkan keluar Umno dan menjadi ADUN bebas.

Abdul Aziz berkata, bagi mengelakkan pilihan raya negeri diadakan semula, ADUN kedua-dua parti boleh bertemu dan mengadakan rundingan.

Katanya, ini kerana pembubaran DUN hanya dapat dilakukan jika mendapat perkenan sultan.

“Mungkin mereka berjumpa dan berunding. Itu hal parti masing-masing. Itu pun kalau sultan setuju untuk dibubarkan. Ini masih di peringkat awal.

“Sultan sahaja yang berhak membubarkan DUN,” katanya.

Ahmad semalam sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas BN menang tipis pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan