SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 16 Mei 2014

Polis Tahan Pengganas di Kepong....???

Photo: Polis tahan pengganas di Kepong....Syabas PDRM???Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan dan sedang merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India berjaya ditahan polis di negara ini kelmarin.

Suspek yang berusia lewat 40-an dan berasal dari sebuah negara di Asia Selatan itu ditahan dalam satu operasi khas sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di sebuah kawasan perumahan di Kepong di sini pada pukul 11.55 pagi.

Lelaki tersebut ditangkap susulan pemantauan ke atas aktiviti suspek sejak Disember tahun lalu dan maklumat sama turut disalurkan kepada pihak berkuasa India.

Guna pas lawatan sosial

Difahamkan, suspek yang berusia 40-an direkodkan masuk ke negara ini sejak 2011 menggunakan pas lawatan sosial.

Dalam satu kenyataan semalam, Bakri berkata, Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada pihak berkuasa India mengenai siasatan itu pada 9 April lalu dan hasilnya tiga dalang kumpulan pengganas terbabit ditahan di Chennai, India, 29 April lalu.
Buat masa ini suspek ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan susulan, katanya.

Akhbar The Times Of India pada 5 Mei lalu melaporkan pihak berkuasa India menahan seorang warga Sri Lanka, Sakir Hussain di Chennai pada 29 April lalu kerana disyaki ada kaitan dalam rancangan untuk menyerang kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Chennai dan kedutaan Israel di Bangalore.

Akhbar itu melaporkan sehari selepas penahanan Sakir, pihak berkuasa negara itu kemudian menahan dua rakyatnya berasal dari Choolaimedu dan Sowcarpet, Chennai, yang mendalangi rancangan serangan itu
Syabas PDRM!!! Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan dan sedang merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India berjaya ditahan polis di negara ini kelmarin.

Suspek yang berusia lewat 40-an dan berasal dari sebuah negara di Asia Selatan itu ditahan dalam satu operasi khas sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di sebuah kawasan perumahan di Kepong di sini pada pukul 11.55 pagi.

Lelaki tersebut ditangkap susulan pemantauan ke atas aktiviti suspek sejak Disember tahun lalu dan maklumat sama turut disalurkan kepada pihak berkuasa India.

Guna pas lawatan sosial

Difahamkan, suspek yang berusia 40-an direkodkan masuk ke negara ini sejak 2011 menggunakan pas lawatan sosial.

Dalam satu kenyataan semalam, Bakri berkata, Polis Diraja Malaysia memaklumkan kepada pihak berkuasa India mengenai siasatan itu pada 9 April lalu dan hasilnya tiga dalang kumpulan pengganas terbabit ditahan di Chennai, India, 29 April lalu.
Buat masa ini suspek ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 untuk tindakan susulan, katanya.

Akhbar The Times Of India pada 5 Mei lalu melaporkan pihak berkuasa India menahan seorang warga Sri Lanka, Sakir Hussain di Chennai pada 29 April lalu kerana disyaki ada kaitan dalam rancangan untuk menyerang kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Chennai dan kedutaan Israel di Bangalore.

Akhbar itu melaporkan sehari selepas penahanan Sakir, pihak berkuasa negara itu kemudian menahan dua rakyatnya berasal dari Choolaimedu dan Sowcarpet, Chennai, yang mendalangi rancangan serangan itu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan