Seorang wanita
yang juga petugas Barisan Nasional (BN) daripada PPP ditumbuk di Taman
Desa Aman di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak,
Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, wanita berusia 58 tahun itu
ditumbuk semasa berkempen dari rumah ke rumah. Katanya, wanita itu
telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut. "Tiga atau empat orang daripada parti PPP telah membuat kempen rumah ke rumah.
Apabila mereka tiba di satu rumah, suspek telah menumbuk dan menendang salah seorang daripada ahli PPP tersebut.
"Kami telah mengenal pasti suspek berusia 61 tahun berkenaan.
Suspek telah datang ke balai polis membuat laporan bahawa kumpulan PPP itu datang ke rumahnya untuk mencuri buah mempelam.
Suspek pergi menemui kumpulan berkenaan dan berlaku pertengkaran dan kejadian tumbukan," katanya.
Kok Liang berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan
tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dewan Serbaguna Ibu pejabat Polis
Daerah Hilir Perak di sini hari ini.
Jelas Kok Liang, pihak
polis akan menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 323 mendatangkan
kecederaan dan kertas siasatan dakwaan akan diserahkan kepada Timbalan
Pendakwa untuk keputusan.- antarapos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan