SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Pemimpinan Pekak Ker!!!! Ini Kata Kata Dyana : Saya tolak hudud PAS dan tak pakai tudung hak saya????

Pemimpinan Pekak Ker!!!! Ini Kata Kata Dyana : Saya tolak hudud PAS dan tak pakai tudung hak saya????Calon wanita Melayu DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan berkata beliau menolak pelaksanaan hudud di Malaysia dan menyifatkan pilihannya untuk tidak memakai tudung sebagai perkara biasa.

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita Dyana Sofya Mohd Daud yang berusia 27 tahun berkata soal beliau tidak memakai tudung tidak harus diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

"Pada saya isu tudung adalah isu peribadi. Saya hormat perempuan yang pakai atau tak pakai tudung. Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka tv2, tv2 dan tv3 atau astro...kebanyakan mereka tidak pakai tudung. Jadi ia bukanlah masalah. Malah pemimpin kita... wanita melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak berudung (gelak kuat-kuat)"

“Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka TV2,  danTV3 atau ASTRO...kebanyakan mereka tidak pakai tudung,” kata beliau.

“Jadi ia bukanlah masalah.Malah pemimpin kita... wanita Melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak bertudung,” kata beliau sambil ketawa.

Bagaimanapun Dyana tidak mengulas pemimpin-pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bertudung, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar daripada PKR. 

Bagaimanapun Dyana berkata beliau tidak keberatan memakai selendang pada majlis-majlis PAS sebagai tanda hormat kepada parti itu.

“Saya pakai selendang semalam (kerana) saya berada di markas PAS dan saya hanya menyatakan hormat saya (dengan pakai selendang). Masa di Gelang Patah (Johor) pun saya buat perkara yang sama (kerana) program PAS," kata beliau.

Dyana adalah pembantu kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum diangkat menjadi calon parti itu untuk mempertahankan kerusi parlimen Teluk Intan.

Beliau akan ditentang oleh Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, seorang anak tempatan yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal.

Walaupun baru dua tahun menceburi politik, Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS.

DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.

Dyana tidak mengulas mengenai percanggahan pendirian itu namun menegaskan beliau mendokong pendirian DAP menolak hudud di Malaysia dan mendakwa keputusan itu tidak menjadikannya “kurang Islam.”

"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti (DAP), dan pendirian parti ialah kami tidak akan menyokong hudud" katanya dalam ulasan ringkas pertamanya mengenai isu itu.

Beliau berkata sekiranya menang PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini, beliau akan mendokong pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan oleh PAS di Parlimen.

Bagaimanapun Dyana kemudian berkata beliau bukan menolak hudud tetapi hanya tidak bersetuju dengan pelaksanaannya sahaja memandangkan banyak isu lain di negara ini perlu ditangani.

“Kami bukan tolak hudud cuma cara pelaksanaanya. Kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan banyak lagi perkara yang lebih penting perlu kita fokus seperti reformasi sistem kehakiman, reformasi kuasa pemerintahan, kekang rasuah dan banyak lagi. Itu yang perlu kita fokus," kata beliau.

Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian DAP yang menolak hudud dalam apa juga keadaan.

Dalam cubaan untuk mengalihkan perhatian pengundi Melayu daripada isu hudud, Dyana yang hanya menceburi politik dua tahun lalu percaya pelaksanaan undang-undang itu tidak menjadi tumpuan pengundi.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysiasama sekali.

Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.

Calon wanita Melayu DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan berkata beliau menolak pelaksanaan hudud di Malaysia dan menyifatkan pilihannya untuk tidak memakai tudung sebagai perkara biasa.

Dalam wawancara dengan sebuah portal berita Dyana Sofya Mohd Daud yang berusia 27 tahun berkata soal beliau tidak memakai tudung tidak harus diperbesarkan oleh mana-mana pihak.
"Pada saya isu tudung adalah isu peribadi. Saya hormat perempuan yang pakai atau tak pakai tudung. Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka tv2, tv2 dan tv3 atau astro...kebanyakan mereka tidak pakai tudung. Jadi ia bukanlah masalah. Malah pemimpin kita... wanita melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak berudung (gelak kuat-kuat)"
“Ia pilihan peribadi dan ia antara saya dengan Tuhan. Saya rasa adalah biasa untuk melihat perempuan Melayu tidak pakai tudung sekarang. Hanya buka TV2, danTV3 atau ASTRO...kebanyakan mereka tidak pakai tudung,” kata beliau.

“Jadi ia bukanlah masalah.Malah pemimpin kita... wanita Melayu juga tidak bertudung. Kebanyakan mereka tak bertudung,” kata beliau sambil ketawa.Bagaimanapun Dyana tidak mengulas pemimpin-pemimpin wanita Pakatan Rakyat yang bertudung, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah Anwar daripada PKR.Bagaimanapun Dyana berkata beliau tidak keberatan memakai selendang pada majlis-majlis PAS sebagai tanda hormat kepada parti itu.

“Saya pakai selendang semalam (kerana) saya berada di markas PAS dan saya hanya menyatakan hormat saya (dengan pakai selendang). Masa di Gelang Patah (Johor) pun saya buat perkara yang sama (kerana) program PAS," kata beliau.

Dyana adalah pembantu kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum diangkat menjadi calon parti itu untuk mempertahankan kerusi parlimen Teluk Intan.Beliau akan ditentang oleh Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, seorang anak tempatan yang pernah menjadi ahli Parlimen kawasan itu selama dua penggal.Walaupun baru dua tahun menceburi politik, Dyana menjadi pilihan DAP untuk meraih undi Melayu dan meredakan kemarahan mereka terhadap parti itu kerana menentang agenda hudud yang dibawa oleh PAS.

DAP dituduh lidah bercabang kerana menolak usaha PAS itu walapun pada tahun lalu bersetuju PAS boleh meneruskan perjuangan mendirikan negara Islam secara tersendiri.Dyana tidak mengulas mengenai percanggahan pendirian itu namun menegaskan beliau mendokong pendirian DAP menolak hudud di Malaysia dan mendakwa keputusan itu tidak menjadikannya “kurang Islam.”

"Pendirian saya mengenai hudud adalah sama dengan pendirian parti (DAP), dan pendirian parti ialah kami tidak akan menyokong hudud" katanya dalam ulasan ringkas pertamanya mengenai isu itu.
Beliau berkata sekiranya menang PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini, beliau akan mendokong pendirian DAP dan menolak usul berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan yang dicadangkan oleh PAS di Parlimen.

Bagaimanapun Dyana kemudian berkata beliau bukan menolak hudud tetapi hanya tidak bersetuju dengan pelaksanaannya sahaja memandangkan banyak isu lain di negara ini perlu ditangani.
“Kami bukan tolak hudud cuma cara pelaksanaanya. Kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan banyak lagi perkara yang lebih penting perlu kita fokus seperti reformasi sistem kehakiman, reformasi kuasa pemerintahan, kekang rasuah dan banyak lagi. Itu yang perlu kita fokus," kata beliau.

Kenyataan itu bagaimanapun bercanggah dengan pendirian DAP yang menolak hudud dalam apa juga keadaan.Dalam cubaan untuk mengalihkan perhatian pengundi Melayu daripada isu hudud, Dyana yang hanya menceburi politik dua tahun lalu percaya pelaksanaan undang-undang itu tidak menjadi tumpuan pengundi.

DAP sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan dan dituduh anti-Islam kerana berpegang pada pendirian bahawa hudud tidak boleh dilaksana di Malaysiasama sekali.Pendirian yang bertentangan dengan PAS itu juga menjadi duri dalam daging dalam kerjasama antara parti Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan