SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 3 Mei 2014

Pemilihan PKR ~ Daripada Slogan Reformasi, Kini Bertukar Jadi Slogan Mari Baling Kerusi????

Photo: Pemilihan PKR ~ Daripada Slogan Reformasi, Kini Bertukar Jadi Slogan Mari Baling Kerusi????Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan kecelaruan, keganasan, huru hara dan tunggang langgang yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut menggambarkan bahawa budaya politik kasar dan ganas sedang subur dan mekar dalam PKR.

Menurut beliau, inilah agaknya budaya politik baru yang dikatakan oleh Anwar satu ketika dulu yang kemudiannya disemai namun hasilnya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding budaya politik yang sedia ada di negara ini.

“PKR tidak pernah berubah. Daripada slogan reformasi dan kini dalam pemilihan PKR ianya bertukar kepada slogan baling kerusi. Kita dapat lihat, inilah budaya politik ganas, kasar yang ternyata tidak sihat sama sekali untuk iklim politik di Malaysia sedang tumbuh mekar di dalam PKR.

“Inilah akibatnya apabila sudah terbiasa dengan budaya demostrasi jalanan yang ganas maka apabila sudah terbiasa bertempur dengan pihak berkuasa, terjadilah sebagaimana yang boleh lihat menjadi budaya dalam PKR.

“Sesudah puas bertempur dan membuat huru hara di jalanan menentang pihak berkuasa, hari ini dalam pemilihan parti, mereka bertempur sesama sendiri pula. Slogan lawan tetap lawan kini telah bertukar menjadi slogan bergaduh dengan kawan-kawan,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, budaya politik ganas dan kasar seperti yang diperlihatkan oleh ahli dan kepimpinan PKR ini merupakan budaya luar yang diimpot masuk, di mana ianya ternyata amat bercanggah sama sekali dengan budaya masyarakat Malaysia, khususnya budaya masyarakat Melayu di negara ini.

“Kita tidak mahu budaya politik ganas dan kasar seperti ini menular ke dalam budaya politik berhemah di negara kita ini. Budaya seperti inilah yang menyebabkan berlakunya kecelaruan dan tunggang-langgang pada setiap kali berlangsungnya pemilihan PKR.

“Bak kata seorang negarawan Indonesia, Bapak Mohd Nasir, bahawa inilah sikap dan kelemahan orang Melayu yang suka bergaduh dan berperang. Namun apabila musuh telah tiada, akhirnya mereka berperang sesama sendiri, di mana akhirnya menyebabkan bangsa Melayu menjadi berpecah belah dan hancur.

“Apa yang dikatakan oleh Bapak Mohd Nasir itu dapat dilihat dengan jelas dalam budaya politik baru yang di bawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya,” tegas beliau.

Justeru itu, beliau menasihati agar Anwar dan juga PKR janganlah sibuk mengkritik parti-parti politik lain, khususnya UMNO sebaliknya perbetulkan dulu budaya politik kasar, caca merba dan tunggang-langgang yang berlaku di dalam partinya terlebih dulu.

“Saya minta Anwar dan juga kepimpinan PKR tidak payahlah nak kritik orang lain tak betul dan sebagainya. Tengok diri di cermin dulu. Budaya politik yang dibawa di dalam PKR adalah jauh lebih buruk daripada budaya politik yang sedia ada di negara kita.

“Bak kata pepatah, PKR seumpama ayam yang kokoknya berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Mereka mengkritik parti lain kononnya tidak demokrasi, penuh penipuan dan penyelewengan tetapi kritikan mereka itu seumpama menepuk dulang terpercik air ke muka sendiri, bahkan mereka sendiri lebih teruk dari pihak yang dikritik itu,” ujar Ruslan.Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyifatkan kecelaruan, keganasan, huru hara dan tunggang langgang yang berlaku di dalam pemilihan parti tersebut menggambarkan bahawa budaya politik kasar dan ganas sedang subur dan mekar dalam PKR.

Menurut beliau, inilah agaknya budaya politik baru yang dikatakan oleh Anwar satu ketika dulu yang kemudiannya disemai namun hasilnya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding budaya politik yang sedia ada di negara ini.

“PKR tidak pernah berubah. Daripada slogan reformasi dan kini dalam pemilihan PKR ianya bertukar kepada slogan baling kerusi. Kita dapat lihat, inilah budaya politik ganas, kasar yang ternyata tidak sihat sama sekali untuk iklim politik di Malaysia sedang tumbuh mekar di dalam PKR.

“Inilah akibatnya apabila sudah terbiasa dengan budaya demostrasi jalanan yang ganas maka apabila sudah terbiasa bertempur dengan pihak berkuasa, terjadilah sebagaimana yang boleh lihat menjadi budaya dalam PKR.

“Sesudah puas bertempur dan membuat huru hara di jalanan menentang pihak berkuasa, hari ini dalam pemilihan parti, mereka bertempur sesama sendiri pula. Slogan lawan tetap lawan kini telah bertukar menjadi slogan bergaduh dengan kawan-kawan,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, budaya politik ganas dan kasar seperti yang diperlihatkan oleh ahli dan kepimpinan PKR ini merupakan budaya luar yang diimpot masuk, di mana ianya ternyata amat bercanggah sama sekali dengan budaya masyarakat Malaysia, khususnya budaya masyarakat Melayu di negara ini.

“Kita tidak mahu budaya politik ganas dan kasar seperti ini menular ke dalam budaya politik berhemah di negara kita ini. Budaya seperti inilah yang menyebabkan berlakunya kecelaruan dan tunggang-langgang pada setiap kali berlangsungnya pemilihan PKR.

“Bak kata seorang negarawan Indonesia, Bapak Mohd Nasir, bahawa inilah sikap dan kelemahan orang Melayu yang suka bergaduh dan berperang. Namun apabila musuh telah tiada, akhirnya mereka berperang sesama sendiri, di mana akhirnya menyebabkan bangsa Melayu menjadi berpecah belah dan hancur.

“Apa yang dikatakan oleh Bapak Mohd Nasir itu dapat dilihat dengan jelas dalam budaya politik baru yang di bawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya,” tegas beliau.

Justeru itu, beliau menasihati agar Anwar dan juga PKR janganlah sibuk mengkritik parti-parti politik lain, khususnya UMNO sebaliknya perbetulkan dulu budaya politik kasar, caca merba dan tunggang-langgang yang berlaku di dalam partinya terlebih dulu.

“Saya minta Anwar dan juga kepimpinan PKR tidak payahlah nak kritik orang lain tak betul dan sebagainya. Tengok diri di cermin dulu. Budaya politik yang dibawa di dalam PKR adalah jauh lebih buruk daripada budaya politik yang sedia ada di negara kita.

“Bak kata pepatah, PKR seumpama ayam yang kokoknya berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahi. Mereka mengkritik parti lain kononnya tidak demokrasi, penuh penipuan dan penyelewengan tetapi kritikan mereka itu seumpama menepuk dulang terpercik air ke muka sendiri, bahkan mereka sendiri lebih teruk dari pihak yang dikritik itu,” ujar Ruslan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan