SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 17 Mei 2014

Najib Mengotakan Janji Hadir Majlis Persandingan Anak Ahmad Said..tapi anak ikan rafiziramli Bodoh jer FITNAH sudah jadi makanan???

Najib Mengotakan Janji Hadir Majlis Persandingan Anak Ahmad Said..tapi anak ikan rafiziramli Bodoh jer FITNAH sudah jadi makanan???Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji beliau untuk hadir pada majlis persandingan anak bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong apabila beliau tiba jam 1.15 petang tadi.

Ini sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada pagi Sabtu yang mendakwa Najib mungkir janji tidak akan hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Said.

Ketibaan Najib disambut bapa pengantin perempuan, Ahmad Said.

Rafizi kemungkinan membuat kesimpulan itu apabila melihat Najib sibuk mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan serta Kelab 1Azam di Pekan, Pahang selain dilaporkan akan berlepas ke Dubai untuk lawatan kerja pada hari ini.

Malah, sebuah portal pro pembangkang juga membuat dakwaan sama kerana percaya Najib sudah ke Dubai tetapi menarik semula berita itu selepas menyedari Perdana Menteri masih berada di Pekan, pagi Sabtu.

Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lalu.

Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir di majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan janji beliau untuk hadir pada majlis persandingan anak bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong apabila beliau tiba jam 1.15 petang tadi.
Ini sekaligus menafikan tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada pagi Sabtu yang mendakwa Najib mungkir janji tidak akan hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Said.
Ketibaan Najib disambut bapa pengantin perempuan, Ahmad Said.
Rafizi kemungkinan membuat kesimpulan itu apabila melihat Najib sibuk mengumumkan dividen Dana Peladang Kebangsaan serta Kelab 1Azam di Pekan, Pahang selain dilaporkan akan berlepas ke Dubai untuk lawatan kerja pada hari ini.
Malah, sebuah portal pro pembangkang juga membuat dakwaan sama kerana percaya Najib sudah ke Dubai tetapi menarik semula berita itu selepas menyedari Perdana Menteri masih berada di Pekan, pagi Sabtu.
Hadir sama memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lalu.
Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir di majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan