SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 20 Mei 2014

Jika hendak pecat hubungi saya, kata ibu Dyana kepada Umno..Angkuhnya Dasar Lupa Diri Ni???

Jika hendak pecat hubungi saya, kata ibu Dyana kepada Umno..Angkuhnya Dasar Lupa Diri Ni???Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa Umno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya dilucutkan.

Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.

"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja.

"Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. – 20 Mei, 2014.

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad menggesa Umno untuk lebih terbuka menyatakan pendirian selepas ahli veteran parti Melayu itu mendesak keahliannya dilucutkan.Yammy berkata tiada masalah jika veteran Umno serius mencadangkan keahliannya dilucutkan, namun semuanya perlu dibuat secara rasmi.

"Ada desakan veteran untuk memecat saya. Itu terpulang. Jika betul, hubungi saya. Mereka asyik menyalak sahaja."Kenapa tidak hubungi saya terus dan saya akan berikan jawapan," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Media melaporkan Setiausaha Agung veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob menggesa agar keahlian Yammy dilucutkan kerana menyokong dan membantu anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Katanya, perbuatan itu jelas menyalahi Perlembagaan dan menghina parti maka tindakan berkempen calon bukan daripada parti Barisan Nasional (BN) adalah menyalahi tata etika parti, sama ada keluar parti atau pun mesti dipecat. – 20 Mei, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan