SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 2 Mei 2014

Ini lah bodoh dan bangang KEna Batang Hidung Sendiri...Diam...Mat Sabu,Tian Chua Enggan Ulas Isu Blackout Pemilihan PKR????

Photo: Ini lah bodoh dan banggang KEna Batang Hidung Sendiri...Diam...Mat Sabu,Tian Chua Enggan Ulas Isu Blackout Pemilihan PKR????Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang enggan mengulas berhubung insiden kejadian 'Blackout' yang berlaku ketika pengiraan undi pemilihan PKR di Batang Sadong, Sarawak.

Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu enggan ditemubual mengenai kontroversi tersebut semasa ditemui selepas sidang media Himpunan anti-GST di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor,di sini, hari ini.

"Saya tidak tengok dan tidak tahu mengenai perkara tersebut jadi saya tidak mahu buat sebarang kenyataan," kata Mohamad Sabu kepada Rakyat News ketika ditemui.

Pemilihan PKR zon Timur dan Sarawak yang bermula sejak Sabtu lalu kecoh dengan pelbagai insiden kontroversi di mana terdapat kumpulan yang ditemui mengundi di dalam bilik hotel selain penemuan perwakilan yang mencurigakan.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, yang mencetuskan kekecohan.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.

Selain di Batang Sadong, wujud juga kekecohan di kawasan lain sehingga memaksa proses pengundian ditangguhkan ke tarikh lain.
 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang enggan mengulas berhubung insiden kejadian 'Blackout' yang berlaku ketika pengiraan undi pemilihan PKR di Batang Sadong, Sarawak.

Kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu enggan ditemubual mengenai kontroversi tersebut semasa ditemui selepas sidang media Himpunan anti-GST di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor,di sini, hari ini.

"Saya tidak tengok dan tidak tahu mengenai perkara tersebut jadi saya tidak mahu buat sebarang kenyataan," kata Mohamad Sabu kepada Rakyat News ketika ditemui.

Pemilihan PKR zon Timur dan Sarawak yang bermula sejak Sabtu lalu kecoh dengan pelbagai insiden kontroversi di mana terdapat kumpulan yang ditemui mengundi di dalam bilik hotel selain penemuan perwakilan yang mencurigakan.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR mengesahkan berlakunya kejadian bekalan elektrik terputus di lokasi pengiraan kertas undi di Cabang Batang Sadong, yang mencetuskan kekecohan.

Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, kekecohan itu berlaku apabila kertas undi bagi pemilihan PKR berkenaan sedang dikira di pusat mengundi, di sebuah bilik hotel bajet di kawasan berkenaan.

Selain di Batang Sadong, wujud juga kekecohan di kawasan lain sehingga memaksa proses pengundian ditangguhkan ke tarikh lain.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan