SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 2 Mei 2014

INGATKAN PKR BERSIH DARI POLITIK WANG...???

Photo: INGATKAN PKR BERSIH DARI POLITIK WANG...???Jumlah dana sebanyak RM8juta serta agihan antara RM60 hingga RM80 ribu bagi setiap cabang, dan semua ini hanyalah untuk memastikan jawatan Timbalan Presiden kekal milik Azmin. Jika selama ini PKR sibuk menunding jari ke arah UMNO/BN dan menuduh parti itu mengamalkan politik wang bagi memancing undi, sekarang apa sudah jadi?

Adakah amalan ini sudah mula meresap dalam parti yang kononnya mementingkan ketelusan, keadilan dan mahu bersih dari pengaruh UMNO/BN? Cakap memang senang, tapi bila kerakusan untuk mengekalkan kuasa dah naik kepala, apa saja boleh jadi.

Yang menghairankan adalah dari mana Azmin dapat mengumpul wang sebanyak itu sedangkan dia hanyalah wakil rakyat biasa yang tidak punya empayar perniagaan atau yang seumpamanya. Adakah Azmin mempergunakan kedudukannya dalam 4 buah GLC seperti yang diketahui umum sebagai ‘cash cow’ untuk orang-orang dibawah jagaannya serta dirinya sendiri?

Mana perginya suara-suara lantang dalam PKR yang selama ini asyik melalak menyelar kerajaan? Tiada siapakah yang berani menyoal Azmin dari mana datangnya dana sebesar ini untuk pembiayai kempen Keadilan Rayanya? Semua senyap macam tikus.

Ramai yang sudah mula bercakap mengenai perkara ini di dalam parti malah Rafizi sendiri tahu di mana dan bagaimana Azmin memperolehi dana tersebut. Kalau nak jadi pakar ‘expose’ kenapa berat sebelah? Dedahkanlah kebenaran mengenai Azmin. Kalau iya pun nak menjaga nama baik dan maruah parti, takkan Rafizi sanggup terus menipu akar umbi yang teguh menyokong idea bahawa PKR adalah berbeza dari UMNO/BN. Bukankah dengan yang demikian bermaksud Rafizi telah mengkhianati kepercayaan akar umbi. Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak sedar.

Tuan punya badan yang memberi ‘bantuan’ kepada Azmin bagi memastikan kejayaan Keadilan Raya sendiri  yang memulakan cakap-cakap ini di kalangan rakan-rakannya. Masih tidak cukup lagikah bukti?Atau mungkin perlu disebarkan kepada umum nama pemaju dalam PKNS Kelana Jaya yang menjadi ‘penaja’ kempen Azmin ini baru semua   menggelupur macam cacing kepanasan.

Mungkin juga soalan perlu diajukan kepada Radin Shamsukamar, Setiausaha Pengelola PKR dan juga ejen Azmin, bagaimana wang tersebut diagih-agihkan dan digunakan bagi melakukan penipuan undi seperti di Batang Sadong? Semuanya dilakukan dengan perlaksanaan yang sangat licik dan teratur. Mungkin pujian patut diberikan bagi kerja keras ini. Apa yang pasti anggaran RM60 ribu bagi setiap cabang pasti dapat ‘membeli’ banyak undian bagi Azmin.

Ramai penyokong tegar PKR serta Pakatan Rakyat akan mengatakan bahawa jumlah tersebut terlalu kecil berbanding wang yang ditabur dalam UMNO/BN. Namun apa yang mungkin tidak tercapai dek akal mereka adalah kenyataan bahawa PKR sebenarnya tiada beza langsung dengan UMNO/BN. Sebelum gah mendabik dada mencanang PKR sebagai parti yang bebas dari semua gejala negatif, tidak seperti UMNO/BN, ambil cermin dan tenung dalam-dalam.

Adakah kerana jumlah RM8 juta itu berskala kecil maka ia tidak di lihat sebagai politik wang? Atau adakah kerana ianya dilakukan oleh Azmin dan PKR, maka ianya jadi halal untuk diterima umum?

Sekiranya cita-cita pakatan pembangkang terutamanya PKR ‘membunuh’ UMNO/BN menjadi kenyataan maka rakyat akan hanya diwakili oleh individu serta parti yang budaya dan perlaksanaannya sama dengan yang sebelumnya. Apa yang berbeza cuma nama. Tidak perlu menidakkan kebenaran bahawa PKR hanyalah ‘mini-UMNO’ dan ini telah dibuktikan sendiri oleh calon ‘kegemaran’ Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
Jumlah dana sebanyak RM8juta serta agihan antara RM60 hingga RM80 ribu bagi setiap cabang, dan semua ini hanyalah untuk memastikan jawatan Timbalan Presiden kekal milik Azmin. Jika selama ini PKR sibuk menunding jari ke arah UMNO/BN dan menuduh parti itu mengamalkan politik wang bagi memancing undi, sekarang apa sudah jadi?

Adakah amalan ini sudah mula meresap dalam parti yang kononnya mementingkan ketelusan, keadilan dan mahu bersih dari pengaruh UMNO/BN? Cakap memang senang, tapi bila kerakusan untuk mengekalkan kuasa dah naik kepala, apa saja boleh jadi.

Yang menghairankan adalah dari mana Azmin dapat mengumpul wang sebanyak itu sedangkan dia hanyalah wakil rakyat biasa yang tidak punya empayar perniagaan atau yang seumpamanya. Adakah Azmin mempergunakan kedudukannya dalam 4 buah GLC seperti yang diketahui umum sebagai ‘cash cow’ untuk orang-orang dibawah jagaannya serta dirinya sendiri?

Mana perginya suara-suara lantang dalam PKR yang selama ini asyik melalak menyelar kerajaan? Tiada siapakah yang berani menyoal Azmin dari mana datangnya dana sebesar ini untuk pembiayai kempen Keadilan Rayanya? Semua senyap macam tikus.

Ramai yang sudah mula bercakap mengenai perkara ini di dalam parti malah Rafizi sendiri tahu di mana dan bagaimana Azmin memperolehi dana tersebut. Kalau nak jadi pakar ‘expose’ kenapa berat sebelah? Dedahkanlah kebenaran mengenai Azmin. Kalau iya pun nak menjaga nama baik dan maruah parti, takkan Rafizi sanggup terus menipu akar umbi yang teguh menyokong idea bahawa PKR adalah berbeza dari UMNO/BN. Bukankah dengan yang demikian bermaksud Rafizi telah mengkhianati kepercayaan akar umbi. Sibuk jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak sedar.

Tuan punya badan yang memberi ‘bantuan’ kepada Azmin bagi memastikan kejayaan Keadilan Raya sendiri yang memulakan cakap-cakap ini di kalangan rakan-rakannya. Masih tidak cukup lagikah bukti?Atau mungkin perlu disebarkan kepada umum nama pemaju dalam PKNS Kelana Jaya yang menjadi ‘penaja’ kempen Azmin ini baru semua menggelupur macam cacing kepanasan.

Mungkin juga soalan perlu diajukan kepada Radin Shamsukamar, Setiausaha Pengelola PKR dan juga ejen Azmin, bagaimana wang tersebut diagih-agihkan dan digunakan bagi melakukan penipuan undi seperti di Batang Sadong? Semuanya dilakukan dengan perlaksanaan yang sangat licik dan teratur. Mungkin pujian patut diberikan bagi kerja keras ini. Apa yang pasti anggaran RM60 ribu bagi setiap cabang pasti dapat ‘membeli’ banyak undian bagi Azmin.

Ramai penyokong tegar PKR serta Pakatan Rakyat akan mengatakan bahawa jumlah tersebut terlalu kecil berbanding wang yang ditabur dalam UMNO/BN. Namun apa yang mungkin tidak tercapai dek akal mereka adalah kenyataan bahawa PKR sebenarnya tiada beza langsung dengan UMNO/BN. Sebelum gah mendabik dada mencanang PKR sebagai parti yang bebas dari semua gejala negatif, tidak seperti UMNO/BN, ambil cermin dan tenung dalam-dalam.

Adakah kerana jumlah RM8 juta itu berskala kecil maka ia tidak di lihat sebagai politik wang? Atau adakah kerana ianya dilakukan oleh Azmin dan PKR, maka ianya jadi halal untuk diterima umum?

Sekiranya cita-cita pakatan pembangkang terutamanya PKR ‘membunuh’ UMNO/BN menjadi kenyataan maka rakyat akan hanya diwakili oleh individu serta parti yang budaya dan perlaksanaannya sama dengan yang sebelumnya. Apa yang berbeza cuma nama. Tidak perlu menidakkan kebenaran bahawa PKR hanyalah ‘mini-UMNO’ dan ini telah dibuktikan sendiri oleh calon ‘kegemaran’ Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan