SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 16 Mei 2014

DAP MAMPU CETUSKAN KEMBALI 13 MEI JIKA.??

Photo: DAP MAMPU CETUSKAN KEMBALI 13 MEI JIKA.??Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa, perjuangan DAP dan kaum Cina jika dibiarkan mampu memecah-belah dan mencetuskan huru-hara di Malaysia.

Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mat Dali berkata, ia ekoran perjuangan DAP berpaksikan ideologi sosialis, sekular, hak sama rata semua kaum di samping membawa konsep Malaysian Malaysia.

Semua fahaman itu, menurutnya, jelas sekali bertentangan dengan Islam dan perlembagaan, lapor laman web pertubuhan itu.

“Dalam masa yang sama mereka turut mengatur langkah untuk mencair dan mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam kepada negara berstatus bukan Islam.

“Jadi jika terus dibiarkan, kelak ia mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969,” Abdul Rahman dipetik sebagai berkata.

Katanya, DAP yang mendapat sokongan hampir 90 peratus kaum Cina di negara ini menjadi lebih angkuh dan berani apabila sering mendesak kerajaan demi kepentingan kaum itu.

Mereka tidak mengiktiraf dan “buat-buat” lupa tentang kontrak sosial di ambang kemerdekaan dahulu yang mana ketika itu orang-orang Melayu berkorban menerima pendatang asing sebagai warga negara, lapor laman itu.

Laporan itu juga menyebut, setelah diceroboh lebih 450 tahun, khazanah bumi dipunggah sebanyak-banyak oleh penceroboh pelbagai bangsa sesuka hati dengan membawa harta pulang ke negara mereka.

Maka, tambahnya, sudah tentu orang Melayu lebih-lebih lagi patut dibantu untuk benar-benar mampu bangun bersaing.
 
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa, perjuangan DAP dan kaum Cina jika dibiarkan mampu memecah-belah dan mencetuskan huru-hara di Malaysia.

Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mat Dali berkata, ia ekoran perjuangan DAP berpaksikan ideologi sosialis, sekular, hak sama rata semua kaum di samping membawa konsep Malaysian Malaysia.

Semua fahaman itu, menurutnya, jelas sekali bertentangan dengan Islam dan perlembagaan, lapor laman web pertubuhan itu.

“Dalam masa yang sama mereka turut mengatur langkah untuk mencair dan mengubah identiti Malaysia sebagai negara Islam kepada negara berstatus bukan Islam.

“Jadi jika terus dibiarkan, kelak ia mampu memecah-belah dan mencetus huru-hara seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969,” Abdul Rahman dipetik sebagai berkata.

Katanya, DAP yang mendapat sokongan hampir 90 peratus kaum Cina di negara ini menjadi lebih angkuh dan berani apabila sering mendesak kerajaan demi kepentingan kaum itu.

Mereka tidak mengiktiraf dan “buat-buat” lupa tentang kontrak sosial di ambang kemerdekaan dahulu yang mana ketika itu orang-orang Melayu berkorban menerima pendatang asing sebagai warga negara, lapor laman itu.

Laporan itu juga menyebut, setelah diceroboh lebih 450 tahun, khazanah bumi dipunggah sebanyak-banyak oleh penceroboh pelbagai bangsa sesuka hati dengan membawa harta pulang ke negara mereka.

Maka, tambahnya, sudah tentu orang Melayu lebih-lebih lagi patut dibantu untuk benar-benar mampu bangun bersaing.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan