SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 26 April 2014

Najib tertawa dengar dakwaan Anwar pasal Obama...????

Photo: Najib tertawa dengar dakwaan Anwar pasal Obama...????Kalau tengok cara Datuk Seri Najib Tun Razak menjawabnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim patut merasa malu sendiri membuat dakwaan yang tidak masuk akal itu.

Ketika soalan mengenainya diajukan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat Perdana Menteri tertawa mendengarnya.

Kemudian dengan nada jenaka beliau berkata, "Siapa boleh tekan Barack Obama? Obama itu presiden kuasa besar. Kita ini hanya negara kecil."

Jawapan Najib itu disambut deraian ketawa kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lain serta wartawan yang hadir dalam sidang akhbar itu.

Perdana Menteri diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa Obama ditekan supaya tidak berjumpa dengannya ketika melawat Malaysia.

Khamis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir cara PKR dan Anwar berfikir berhubung lawatan Obama ke Malaysia..

Katanya terpulang kepada Presiden Amerika itu sama ada mahu menemui Anwar atau tidak.

Siapa yang beliau (Obama) mahu jumpa, itu adalah hak beliau, malah beliau juga tidak mahu berjumpa saya pun selaku bekas perdana menteri,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya.

Dr Mahathir selanjutnya berkata, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada menemui sesiapa sahaja, termasuk Anwar.

“Jika mereka (PKR) tidak berpuas hati, mereka boleh tanya Obama sendiri sama ada kerajaan menghalang beliau daripada bertemu Anwar,” katanya.

Baru-baru ini Anwar buat dakwaan mengarut konon kerajaan dibelakang tindakan pihak imigresen Jepun sekat masuk negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo.

Sebalik kejadian itu berlaku kerana beliau tidak memohon visa khas memasuki negara itu yang diwajibkan keatas mereka yang pernah menjalani hukuman penjara.

Sementara itu kepada soalan sama ada beliau (Najib) akan membincangkan isu Anwar memburukkan negara dan kepimpinan Najib di luar negara, ketika bertemu dengan Obama, Najib berkata:

"Tak tahu. Kita tengok dululah. Saya (akan) beritahu lepas saya jumpa Obama."

Najib berkata kerajaan akan memastikan tahap keselamatan sepenuhnya sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari Obama di Malaysia bermula esok.

"Insya-Allah semuanya akan selamat. Saya akan pastikan semuanya berjalan lancar," katanya
Kalau tengok cara Datuk Seri Najib Tun Razak menjawabnya,Datuk Seri Anwar Ibrahim patut merasa malu sendiri membuat dakwaan yang tidak masuk akal itu.

Ketika soalan mengenainya diajukan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat Perdana Menteri tertawa mendengarnya.

Kemudian dengan nada jenaka beliau berkata, "Siapa boleh tekan Barack Obama? Obama itu presiden kuasa besar. Kita ini hanya negara kecil."

Jawapan Najib itu disambut deraian ketawa kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lain serta wartawan yang hadir dalam sidang akhbar itu.

Perdana Menteri diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa Obama ditekan supaya tidak berjumpa dengannya ketika melawat Malaysia.

Khamis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir cara PKR dan Anwar berfikir berhubung lawatan Obama ke Malaysia..

Katanya terpulang kepada Presiden Amerika itu sama ada mahu menemui Anwar atau tidak.

Siapa yang beliau (Obama) mahu jumpa, itu adalah hak beliau, malah beliau juga tidak mahu berjumpa saya pun selaku bekas perdana menteri,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya.

Dr Mahathir selanjutnya berkata, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada menemui sesiapa sahaja, termasuk Anwar.

“Jika mereka (PKR) tidak berpuas hati, mereka boleh tanya Obama sendiri sama ada kerajaan menghalang beliau daripada bertemu Anwar,” katanya.

Baru-baru ini Anwar buat dakwaan mengarut konon kerajaan dibelakang tindakan pihak imigresen Jepun sekat masuk negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita,Tokyo.

Sebalik kejadian itu berlaku kerana beliau tidak memohon visa khas memasuki negara itu yang diwajibkan keatas mereka yang pernah menjalani hukuman penjara.

Sementara itu kepada soalan sama ada beliau (Najib) akan membincangkan isu Anwar memburukkan negara dan kepimpinan Najib di luar negara, ketika bertemu dengan Obama, Najib berkata:

"Tak tahu. Kita tengok dululah. Saya (akan) beritahu lepas saya jumpa Obama."

Najib berkata kerajaan akan memastikan tahap keselamatan sepenuhnya sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari Obama di Malaysia bermula esok.

"Insya-Allah semuanya akan selamat. Saya akan pastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan