SRIKANDI SHARIENA

Isnin, 7 April 2014

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR CUBA JADIKAN SYIAH SEBAGAI AGAMA RASMI SELANGOR KER????

Photo: JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR CUBA JADIKAN SYIAH SEBAGAI AGAMA RASMI SELANGOR KER????Tulisan berbahasa Arab pada buku kerja mata pelajaran khat bagi murid sekolah rendah agama (SRA) di Selangor yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, menimbulkan tanda tanya. 

Buku kerja itu didapati memaparkan ayat berbahasa Arab pada bahagian luar kulit hadapan yang bermaksud setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah Karbala. 

Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata siasatan perlu dilakukan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu membetulkan segera perkara itu.

Asyura merujuk kepada hari ke-10 bulan Muharram yang dihormati umat Islam kerana perkara besar berlaku kepada nabi-nabi tetapi pengikut Syiah menyambutnya secara berlebih-lebihan kerana dikaitkan dengan Perang Karbala yang menyebabkan kematian cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussain Ali. 

Karbala pula dianggap bandar suci Syiah, tempat Perang Karbala antara Bani Hasyim pimpinan Hussain dan Bani Umayyah dipimpin Ibnu Ziyad pada 10 Muharram 61 Hijrah atau 10 Oktober 680 Masihi. 

Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad, ketika diminta mengulas perkara itu berkata pihaknya membuka kertas siasatan untuk mengenal pasti motif ia dilakukan. 
Pada peringkat ini, JAIS masih menyiasat dan mencari bukti untuk mengetahui tujuan dan niat buku itu dicetak sedemikian rupa, jadi masih belum dapat menyimpulkan pihak yang bertanggungjawab, katanya kepada BH. 

Beliau juga berkata pihak pembekal juga sudah berjanji untuk menarik balik buku berkenaan yang digunakan oleh murid Tahun Tiga hingga Enam SRA di Selangor dan SRA Integrasi
Tulisan berbahasa Arab pada buku kerja mata pelajaran khat bagi murid sekolah rendah agama (SRA) di Selangor yang dikaitkan dengan fahaman Syiah, menimbulkan tanda tanya.

Buku kerja itu didapati memaparkan ayat berbahasa Arab pada bahagian luar kulit hadapan yang bermaksud setiap hari adalah hari Asyura dan setiap tanah adalah tanah Karbala.

Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (ILMU), Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata siasatan perlu dilakukan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu membetulkan segera perkara itu.

Asyura merujuk kepada hari ke-10 bulan Muharram yang dihormati umat Islam kerana perkara besar berlaku kepada nabi-nabi tetapi pengikut Syiah menyambutnya secara berlebih-lebihan kerana dikaitkan dengan Perang Karbala yang menyebabkan kematian cucu Nabi Muhammad, Saidina Hussain Ali.

Karbala pula dianggap bandar suci Syiah, tempat Perang Karbala antara Bani Hasyim pimpinan Hussain dan Bani Umayyah dipimpin Ibnu Ziyad pada 10 Muharram 61 Hijrah atau 10 Oktober 680 Masihi.

Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad, ketika diminta mengulas perkara itu berkata pihaknya membuka kertas siasatan untuk mengenal pasti motif ia dilakukan.
Pada peringkat ini, JAIS masih menyiasat dan mencari bukti untuk mengetahui tujuan dan niat buku itu dicetak sedemikian rupa, jadi masih belum dapat menyimpulkan pihak yang bertanggungjawab, katanya kepada BH.

Beliau juga berkata pihak pembekal juga sudah berjanji untuk menarik balik buku berkenaan yang digunakan oleh murid Tahun Tiga hingga Enam SRA di Selangor dan SRA Integrasi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan