SRIKANDI SHARIENA

Selasa, 15 April 2014

Dr. Asri Puji Kepimpinan Hishammuddin 'Berdepan' Dunia Dalam Twitternya????

Photo: Dr. Asri Puji Kepimpinan Hishammuddin 'Berdepan' Dunia Dalam Twitternya????Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini melahirkan rasa kagumnya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di atas usaha beliau menangani tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan tenang.

Menurut Mohd. Asri, walaupun tidak mengenali Hishammuddin secara peribadi, namun Menteri Pertahanan itu telah menunjjukan corak kepimpinan yang baik sekaligus mengatasi pemimpin politik yang baik.

"Saya tidak begitu rapat dengan DS Hishammuddin Tun Hussein. Saya tidak begitu kenal peribadi beliau. Namun sesuatu yang tidak boleh dinafikan sejak krisis MH370,  beliau telah menonjol ciri kepimpinan yang mengatasi ramai pimpinan politik yang lain.
"Moga Allah bantu urusannya dan berikannya kekuatan untuk mengatur urusan negara dalam hal-hal yang lain," katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.Sejak kehilangan pesawat MH370, Hishammuddin menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak ekoran peribadinya yang begitu tenang berhadapan dengan dunia tatkala tragedi itu masih menjadi tanda tanya.

Pesawat MH370 yang berlepas pada 8 Mac daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing itu dipercayai hilang daripada radar setelah satu jam perjalanan.

Pada 24 Mac lalu,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut telah mengakhiri perjalanannya di selatan Lautan Hindi.

Sehingga kini, misi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hari ini melahirkan rasa kagumnya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di atas usaha beliau menangani tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan tenang.

Menurut Mohd. Asri, walaupun tidak mengenali Hishammuddin secara peribadi, namun Menteri Pertahanan itu telah menunjjukan corak kepimpinan yang baik sekaligus mengatasi pemimpin politik yang baik.

"Saya tidak begitu rapat dengan DS Hishammuddin Tun Hussein. Saya tidak begitu kenal peribadi beliau. Namun sesuatu yang tidak boleh dinafikan sejak krisis MH370, beliau telah menonjol ciri kepimpinan yang mengatasi ramai pimpinan politik yang lain.
"Moga Allah bantu urusannya dan berikannya kekuatan untuk mengatur urusan negara dalam hal-hal yang lain," katanya menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.Sejak kehilangan pesawat MH370, Hishammuddin menerima banyak pujian daripada pelbagai pihak ekoran peribadinya yang begitu tenang berhadapan dengan dunia tatkala tragedi itu masih menjadi tanda tanya.

Pesawat MH370 yang berlepas pada 8 Mac daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing itu dipercayai hilang daripada radar setelah satu jam perjalanan.

Pada 24 Mac lalu,Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa pesawat tersebut telah mengakhiri perjalanannya di selatan Lautan Hindi.

Sehingga kini, misi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan