SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 12 April 2014

Cerita Detik Detik Masa Kejadian....Sedar-sedar kena tembak...????

Photo: Cerita Detik Detik Masa Kejadian....Sedar-sedar kena tembak...????Kejadian berlaku begitu pantas, saya tidak menyedari suspek mengeluarkan pistol dan terus menembak saya ketika cuba menahannya,” kata Lans Koperal Lional Richard Jr, 26.

Lional berkata demikian kepada pemberita ketika menceritakan detik cemas dialaminya selepas ditembak ketika cuba menahan seorang daripada dua suspek dalam kejadian di Lembah Maju, Ampang Jaya semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia mengejar suspek selepas lelaki terbabit melarikan diri ketika dia dan rakannya mahu melakukan pemeriksaan.

“Kami tahan dia untuk diperiksa tiba-tiba suspek terus melarikan diri sebelum saya mengejarnya.

“Semasa saya mencengkam belakang baju mangsa, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pistol dan terus melepaskan dua das tembakan,” katanya.

Lional berkata, selepas terkena dua das tembakan di bahagian perut, dia terus rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Ampang (HA).Katanya, beliau mengingati wajah suspek yang melepaskan tembakan itu dan menganggarkan suspek berusia 30-an
Kejadian berlaku begitu pantas, saya tidak menyedari suspek mengeluarkan pistol dan terus menembak saya ketika cuba menahannya,” kata Lans Koperal Lional Richard Jr, 26.

Lional berkata demikian kepada pemberita ketika menceritakan detik cemas dialaminya selepas ditembak ketika cuba menahan seorang daripada dua suspek dalam kejadian di Lembah Maju, Ampang Jaya semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia mengejar suspek selepas lelaki terbabit melarikan diri ketika dia dan rakannya mahu melakukan pemeriksaan.

“Kami tahan dia untuk diperiksa tiba-tiba suspek terus melarikan diri sebelum saya mengejarnya.

“Semasa saya mencengkam belakang baju mangsa, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pistol dan terus melepaskan dua das tembakan,” katanya.

Lional berkata, selepas terkena dua das tembakan di bahagian perut, dia terus rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Ampang (HA).Katanya, beliau mengingati wajah suspek yang melepaskan tembakan itu dan menganggarkan suspek berusia 30-an.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan