SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 13 April 2014

BUKTI DAN PENGESAHAN, PARA PENYOKONG ANWAR UDAHLAH BODOH EKONOMI DAN KEWANGAN, TAPI CUBA BERLAGAK PANDAI????

Puak Pakatan Rakyat sekarang ini tengah menyebarkan pembohongan yang amat kurang dipedulikan kebenarannya oleh rakyat Malaysia. Dan sedar dengan kelebihan tersebut, para penjahat dan subversif dalam Pakatan Rakyat mengembangkan idea serta hasutan untuk menunjukkan Kerajaan Malaysia lemah, boros, berlaku ketirisan yang teruk, korupsi dan Malaysia akan bankrap.

Namun tahukah anda, Malaysia sebenarnya tidak berhutang atau meminjam daripada Bank Dunia atau IMF?

Entah bagaimana, ramai orang secara tersilap mempercayai dan mengimani bahawa Malaysia berhutang dengan Bank Dunia dan IMF pada jumlah ratusan bilion Dollar. Kepercayaan dan keimanan ini terhasil daripada pembohongan dan propaganda yang mendakwa Malaysia akan bankrap.

Hakikatnya, Malaysia mempunyai Special Drawing Rights dalam IMF. Malaysia mempunyai 1.77 bilion SDR dengan IMF dan jauh lebih tinggi berbanding Singapura, Brunei, Arab Saudi, Ireland, Poland, New Zealand dan banyak negara lain. Dakwaan bahawa Malaysia akan bankrap sebenarnya adalah berniat jahat. Pada November 2013, agensi pemberi kresit terbesar dunia, Moody, memberikan kita 'A' bagi gred kadar kredit untuk pelaburan dan mengangkat taraf Malaysia kepada 'positif'. IMF juga memuji cara Malaysia mengendalikan kewangan negara ini dalam laporan terbaru.
Kak Yong Shariena's photo.Kak Yong Shariena's photo.

Kak Yong Shariena's photo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan