SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 12 April 2014

Balai Polis Seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak Terima Laporan Terhadap Rafizi????


Seluruh balai polis di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hari ini menerima laporan berhubung kenyataan menghasut daripada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli di dalam buku yang bertajuk 'Reformasi 2.0 Fakta Kes Anwar Ibrahim : Dimana Intergriti Mahkamah'.

Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi yang mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara ketika bercerita mengenai kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan polis turut dibuat kerana percaya buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c).

Sebelum ini, Gerakan Rakyat Marhaen (GERAM) telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama di Balai Polis Setapak dan berharap agar Ahli Parlimen Pandan ini ditahan serta disiasat berhubung kes tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan