SRIKANDI SHARIENA

Jumaat, 11 April 2014

Anwar tuduh Hakim Negara macam BOMOH..????

Photo: Anwar tuduh Hakim Negara macam BOMOH..???? Susulan hukuman penjara penjara yang dikenakan selepas didapati bersalah dalam kes liwatnya, Anwar Ibrahim jelas berang dan menyerang hakim dengan pelbagia cacian di dalam setiap ceramahnya.

Dan yang terbaru, dalam satu ceramah jelajah Reformasi 2.0 yang bertempat di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan lantangnya menghasut penyokongnya supaya membenci intitusi kehakiman negara kononnya menjadi tali barut kepada UMNO.

Anwar mempertikaikan kredibiliti hakim yang terlibat dalam kes perbicaraannya dengan dakwaan tidak telus dan menggelarkan mereka umpama bomoh kerana dokumen pembelaan yang diberikan pihaknya diteliti dalam masa yang singkat sahaja.

“Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,” ujar beliau sambil disambut sorakan dari penyokongnya.

Anwar turut menuduh bahawa segala perbicaraan kesnya itu telah diatur dan dirancang dengan teliti agar beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat demi menyekat agendanya untuk menawan Putrajaya.

“Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya tetapi saya berjanji akan tetap lawan habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno,” tegas Anwar lagi.

Jelajah Reformasi 2.0 ini diadakan ke seluruh pelosok negara untuk menarik sokongan penyokong selepas Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Antara agenda utama Reformasi 2.0 adalah melakukan demonstrasi jalanan demi menuntut bela terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya dianiaya pihak kerajaan
Susulan hukuman penjara penjara yang dikenakan selepas didapati bersalah dalam kes liwatnya, Anwar Ibrahim jelas berang dan menyerang hakim dengan pelbagia cacian di dalam setiap ceramahnya.

Dan yang terbaru, dalam satu ceramah jelajah Reformasi 2.0 yang bertempat di Taman Rakyat Jalan Kebun, di sini, Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan lantangnya menghasut penyokongnya supaya membenci intitusi kehakiman negara kononnya menjadi tali barut kepada UMNO.

Anwar mempertikaikan kredibiliti hakim yang terlibat dalam kes perbicaraannya dengan dakwaan tidak telus dan menggelarkan mereka umpama bomoh kerana dokumen pembelaan yang diberikan pihaknya diteliti dalam masa yang singkat sahaja.

“Fail tebal dari atas sampai bawah dalam masa sehari belum tentu habis baca, tapi hakim sekarang macam bomoh tengok saja dari atas sampai bawah, sah Anwar masuk penjara lima tahun,” ujar beliau sambil disambut sorakan dari penyokongnya.

Anwar turut menuduh bahawa segala perbicaraan kesnya itu telah diatur dan dirancang dengan teliti agar beliau disabitkan dengan kesalahan meliwat demi menyekat agendanya untuk menawan Putrajaya.

“Tak payah buat perbicaraan kalau sudah tahu dari awal saya masuk penjara, bukannya saya tak tahu ini rencana Umno nak jatuhkan saya tetapi saya berjanji akan tetap lawan habis-habisan, saya tak takut dengan kekejaman dan kezaliman Umno,” tegas Anwar lagi.

Jelajah Reformasi 2.0 ini diadakan ke seluruh pelosok negara untuk menarik sokongan penyokong selepas Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari. Antara agenda utama Reformasi 2.0 adalah melakukan demonstrasi jalanan demi menuntut bela terhadap Anwar Ibrahim yang kononnya dianiaya pihak kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan