SRIKANDI SHARIENA

Khamis, 13 Mac 2014

UPDATE MH370 : PESAWAT BOMBARDIER DIHANTAR KE LOKASI OBJEK TERAPUNG YANG DIKESAN SATELIT CHINA..




KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar pesawat pelbagai guna Bombardier ke Laut China Selatan, di mana tiga objek dikesan satelit China yang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.
Perkara ini disahkan melalui Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melalui lama Twitternya hari ini.

 Awal hari ini, satelit China yang mencari pesawat Malaysia Airlines 370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”, lapor CNN memetik agensi kerajaan China, yang berkemungkinan menjadi petunjuk baru dalam misi mencari dan menyelamat hari keenam ini.

Ketua Penerbangan Awam China berkata hari ini bahawa tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan dari satelit itu berkaitan dengan pesawat MH370 Malaysia yang hilang."Satelit China menjumpai asap dan objek terapung.. pada masa ini kami tidak dapat mengesahkan ia berkaitan dengan pesawat Malaysia yang hilang," Li Jiaxiang memberitahu wartawan semasa mesyuarat tahunan Parlimen China.

Beliau menambah bahawa tiada sebarang bukti angkatan tentera Malaysia sedang menyembunyikan maklumat tentang pesawat itu. – 13 Mac, 2014. ~ Sumber AP dan Astro Awani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan