SRIKANDI SHARIENA

Sabtu, 1 Mac 2014

Penduduk Kajang tak terima sikap bongkak Anwar????

PhotoPhotoPembangkang menerusi media-media yang menyebelahi mereka mendabik dada mengatakan sekiranya dapat menawan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Chua, gerenti akan menang Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang.

Kenyataan angkuh itu dibuat berdasarkan majoriti pengundi di PDM Sungai Chua adalah bangsa Cina.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bila diminta komen kenyataan itu, dengan tenang berkata dia tak tak ambil kisah kerana setelah melawat sekitar Kajang, rata-rata penduduk memberitahunya mereka marah dengan Anwar.

"Saya melawat sekitar Kajang dan rata-rata penduduk di sini amat marah dengan tindak tanduk Anwar Ibrahim yang mengarahkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan tanpa sebab. Mereka tidak boleh menerima hal ini," kata Liow.

Menurut Liow apabila Pembangkang dan Anwar beranggapan dengan memenangi PDM Sungai Chua bermakna mereka akan memenangi PRK Kajang, ia ibarat satu kejian.

Anwar dan Pakatan Pembangkang dianggap bongkak apabila menganggap penduduk Sungai Chua perlu menyokong mereka tanpa sebab. Sikap bongkak ini menunjukkan Anwar dan Pakatan tidak menghormati pengundi di sini," kata Liow lagi.

Menurut Liow Anwar boleh meneruskan sikap bongkaknya tetapi MCA dan calonnya, Datin Paduka Chew Mei Fun akan terus mendekati pengundi di Kajang dengan sikap rendah diri.

"Yang penting kami tak bersikap seperti Anwar. Kami dengan rendah diri memohon kepada pengundi di Kajang untuk memberikan sokongan dan peluang kepada MCA untuk berkhidmat kepada mereka. Kita yakin dapat sentiasa berdamping dengan mereka," katanya.

Liow dalam sidang media di Kajang pada Jumaat, berkata Perjanjian Persefahaman (MOU) air yang ditandatangani oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Kerajaan Pusat Rabu lalu patut menjadi noktah kepada Anwar untuk terus menerus menjaja isu air di PRK Kajang.

"Kita tahu isu air di negeri Selangor telah dipolitikkan selama ini dan kita merasa lega apabila Kerajaan Pusat telah memeterai MOU itu. Saya harap Anwar yang sebelum ini kata dia tak tahu apa yang berlaku di negeri Selangor, supaya berhenti politikkan isu ini," katanya.

Liow berkata Mei Fun telahpun mendapat sambutan yang baik di kawasan Kajang. Meskipun begitu masih ada suara-suara sumbang di kalangan penyokong pembangkang yang merendahkan kewibawaannya.

Menurut Liow walaupun dicaci dan dituduh macam-macam, ataranya dilabel "MP Longkang", Mei Fun tetap tenang meneruskan rutinnya berkhidmat kepada masyarakat.

"Mei Fun telah terkenal dengan komitmennya bekerja di peringkat akar umbi termasuk menjaga kebajikan di kawasan parlimen dulu dan sekarang dia menawarkan diri untuk berkhidmat di kawasan Kajang. Saya merayu kepada pengundi supaya berikanlah peluang kepada beliau untuk berkhidmat di Kajang."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan