SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 9 Mac 2014

#MH370- 24 Jam Kehilangannya Masih Misteri????

Photo: #MH370- 24 Jam Kehilangannya Masih Misteri????Berbagai andaian berkenaan kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (Mas) Boeing 777-200ER yang memasuki perkhidmatan sejak 2001. Kapal tersebut yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014, dikatakan hilang pada radar kawalan perkhidmatan penerbangan Malaysia pada pukul 2.40 pagi, iaitu 2 jam selepas berlepas.

Berbagai laporan terutama dilokasi di mana kapal tersebut berada saat hilang daripada radar, iaitu 153 batu di Selatan Vietnam. Peguasa Vietnam, melaporkan telah mengesan dua barisan minyak yang berkepanjangan masing-masing 10 dan 15km setiap satu. Indikator itu menggambarkan kesan minyak itu berpunca daripada dua tangi minyak pesawat "malang" itu. Namun, pemerikasaan di lokasi kejadian, tiada tanda-tanda bangkai atau kepingan pesawat, ertinya indikator itu tidak mengsahkan bahawa kapal tersebut terhempas di lokasi itu.

Kerajaan Malaysia telah memperluas kawasan pencarian selain penumpuhan di lokasi di mana pesawat malang itu dipercayai terhempas.

Pesawat yang bernombor MH370 itu berlepas daripada KLIA menuju Beijing, China dengan 239 penumpang termasuk 12 krew. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Laluan pesawat itu kebanyakan melalui darat, yang mempunyai banyak antena yang boleh mengesan signal pesawat tersebut, namun yang menjadi misteri sehingga kini, gagalnya radar atau antena2 itu mengesan signal pesawat itu.

Telah 24 jam kehilangan pesawat tersebut, merupakan satu masa yang panjang. Operasi penyelamat yang meliputi berbagai negara, sehingga kini gagal mengenalpasti, di mana lokasi sebenar pesawat itu. 

Kehilangan pesawat itu masih merupakan misteri. Kita sebagai rakyat Malaysia, hanya mampu berdoa, agar pesawat itu dijumpai dan berharap semua penumpang dalam keadaan selamat, namun itu semua merupakan mukjizat.
Berbagai andaian berkenaan kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (Mas) Boeing 777-200ER yang memasuki perkhidmatan sejak 2001. Kapal tersebut yang berlepas daripada KLIA pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014, dikatakan hilang pada radar kawalan perkhidmatan penerbangan Malaysia pada pukul 2.40 pagi, iaitu 2 jam selepas berlepas.

Berbagai laporan terutama dilokasi di mana kapal tersebut berada saat hilang daripada radar, iaitu 153 batu di Selatan Vietnam. Peguasa Vietnam, melaporkan telah mengesan dua barisan minyak yang berkepanjangan masing-masing 10 dan 15km setiap satu. Indikator itu menggambarkan kesan minyak itu berpunca daripada dua tangi minyak pesawat "malang" itu. Namun, pemerikasaan di lokasi kejadian, tiada tanda-tanda bangkai atau kepingan pesawat, ertinya indikator itu tidak mengsahkan bahawa kapal tersebut terhempas di lokasi itu.

Kerajaan Malaysia telah memperluas kawasan pencarian selain penumpuhan di lokasi di mana pesawat malang itu dipercayai terhempas.

Pesawat yang bernombor MH370 itu berlepas daripada KLIA menuju Beijing, China dengan 239 penumpang termasuk 12 krew. Pesawat itu sepatutnya mendarat pada pukul 6.30 pagi, namun hingga kini tidak pernah sampai.

Laluan pesawat itu kebanyakan melalui darat, yang mempunyai banyak antena yang boleh mengesan signal pesawat tersebut, namun yang menjadi misteri sehingga kini, gagalnya radar atau antena2 itu mengesan signal pesawat itu.

Telah 24 jam kehilangan pesawat tersebut, merupakan satu masa yang panjang. Operasi penyelamat yang meliputi berbagai negara, sehingga kini gagal mengenalpasti, di mana lokasi sebenar pesawat itu.

Kehilangan pesawat itu masih merupakan misteri. Kita sebagai rakyat Malaysia, hanya mampu berdoa, agar pesawat itu dijumpai dan berharap semua penumpang dalam keadaan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan