SRIKANDI SHARIENA

Ahad, 16 Mac 2014

Manifesto PKR Atasi Kesesakan Lalu Lintas Tak Beri Apa-apa Makna????

                               
Projek My Rapid Transit (MRT) bukan sahaja bakal memberi limpahan ekonomi kepada penduduk di Kajang malah akan turut melonjakkan bandar Kajang sebagai bandar metropolitan yang baru selain membantu menyelesaikan kesesakan jalan di kawasan tersebut.

Justeru salah satu manifesto PKR sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang antara lain memberi penekanan kepada soal penyelesaian kesesakan lalu lintas sebenarnya menumpang komitmen kerajaan persekutuan dalam perkara tersebut.

Demikian menurut Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang turut mengingatkan agar pengundi tidak mensia-siakan peluang pada hari pembuangan undi nanti untuk melakukan perubahan.

ahmad-maslan-menteri-jpm-calon-bn-lawat-projek-bina-mrt-atasi-sesak-trafik-lalu-lintas-reko-kajang

“Pengundi kena ingat pilihan raya ini disengajakan…Lepas pilihan raya umum yang lalu ada pula pilihan raya kecil di Kajang ini. Jadi mungkin lepas ini akan berlaku lagi.

“Perkara penting di sini adalah pengundi. Perlu kasihan kepada pengundi dan bukannya Wan Azizah. Datin Paduka Chew Mei Fun adalah jambatan yang paling hampir dengan kerajaan pusat…bersama beliau sudah tentunya adalah BN, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta barisan kabinet.

“Jadi jangan sia-siakan peluang yang ada pada hari mengundi nanti untuk mengundi calon BN demi penduduk Kajang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama pemandu teksi dan bas di pusat Hentian Kajang di sini, petang tadi.

Beliau seterusnya menambah PRK Kajang turut memperlihatkan BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang sebenarnya.

“Pencalonan Chew Mei Fun di sini menunjukkan kita menghormati semangat kongsi kuasa antara kita di dalam BN… Jadi bukankah itu kesimpulannya BN lebih adil daripada parti sebelah sana,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan