SRIKANDI SHARIENA

Rabu, 12 Mac 2014

LAPORAN TERKINI Kehilangan Pesawat #MH370????

Insiden kehilangan pesawat MH370 yang masuk hari ke 5 kini masih berkisar kepada usaha mengesan dan mencari kedudukan pesawat malang tersebut.Seluruh pasukan yang terlibat dalam usaha bersama masih gagal mengesan lokasi pesawat terbabit.

Setakat jam 5.40 petang ini operasi pencarian masih di teruskan dengan kawasan carian di perluaskan.Operasi mengesan dan mencari kini melibatkan 42 buah kapal dan 39 pesawat dari pelbagai negara terlibat.

Untuk rekod 12 negara kini terlibat secara langsung dalam operasi dan terkini yang menyertai operasi mencari dan mengesan kehilangan pesawat MH370 adalah negara India , Jepun dan Brunei.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn sebentar tadi operasi ini kini telah menjadi multi nasional operation dan usaha bersungguh-sungguh kini sedang di arahkan kepada mengesan pesawat yang hilang.

Semua pihak di minta supaya menghentikan segala bentuk spekulasi yang boleh mengganggu urusan mencari dan mengesan dan ketika ini operasi masih di teruskan melibatkan kedua-dua kawasan di sebelah Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan